Salam semua,
Hari ni Rabu, 24 June 2009, hari di tengah-tengah minggu yang sangat sibuk dan tertekan. Pelbagai perkara yang berlaku, cukup menghambat aku supaya mengejar waktu yang semakin berlalu. Detik demi detik, saat saat yang tak terhitung, tapi aku pasrah, hidup memang begini. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan kpd kebenaran.
Banyak yang aku belajar hari ni, trust, tanggungjawab, semua pengalaman yang semakin mematangkan aku. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu, berkongsi pengetahuan yang ada, menjadi sokong daripada rebah. Kepada kawan aku, shira, yg tak penah jemu melayan panggilan telefon aku di saat aku ketensionan dan perlukan teman berbicara (thanks a lot, shira). Walaupun tak pernah berjumpa, tapi persahabatan yang terjalin ternyata membawa faedah. Aku sayang ko, shira.
Buat kwn-kwn aku, baitie and nor, thanks for sharing. Nor, walaupun ko pregnant, sanggup lagi ko buatkan aku cupcakes. Walaupun tak cantik, tapi sedap. Tengkiu friends.
Oh, hari ni gaji dah masuk. Alhamdulillah, bolehlah start bayar apa-apa yang patut. Huhuhuhu..kejap je berisinya, tak sampai sejam dh kempis balik. Adeh.
Oh ya, ada satu perkara baru aku belajar hari ni "terima orang lain seadanya". ini kisah client aku, yang aku benci sgt dgn sikap bossy dia, pas tu nak menggatal dgn aku, excited sgt nak dtg KL office. Tadi chatting dgn officemate dia, minah ni bgtau yg mamat ni tgh ambil MBA, walaupun kerja dia serabut tapi dia baik hati sebab suka tolong orang dan suka ambil tahu kesusahan orang. And bukan jenis hot-tempered lah.
Masa time dia cerita ni, baru aku tersedar silap aku. Rupanya kebencian yang aku tanam tak membawa apa-apa makna pun, takde faedah langsung, malah makin menyakitkan hati aku sendiri. Aku lupa bahawa setiap insan dan anak adam di bumi Allah ni, disebalik keburukan dia pasti ada kebaikan yang tertanam dalam diri dia. Betul, kalau korang tak percaya, cuba kalau korang renung balik sifat-sifat orng yg korang benci, mesti, jauh di sudut hati korang akan setuju yang mamat/minah tu ada sifat-sifat baik yang boleh dibanggakan, maca, kerajinan dia, ketekunan dia, atau paling kurang senyum manisnya atau tahi lalat dia. cuma adakalanya kebencian kita membuatkan kita tutup mata atas semua tu.
So hari ni dengar kata dia dh sampai Malaysia, and esok dia masuk opis, aku nak tgklah mcmnlah orangnya mamat vietnam yang almost everyday call aku dr vietnam and argue dgn aku sbb aku xnak pick up call dia through skype. kita tunggu dan lihat...
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam viewers, Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik...
-
Salam sejahtera sahabat yang dihormati... Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je...
-
Salam semua, Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab sa...
-
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung min...
-
Hmmm.. Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka deng...
-
Salam sejahtera to all my wonderful friends, Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this wee...
-
Hye, good day everyone, Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau...
-
Salam sejahtera semua.. Today is Wednesday already, eh, baru zur perasan kebanyakan entry zur diposkan pada hari Rabu. Haha..nampak sangat...
-
Assalamualaikum semua, Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem...
-
Salam guys, How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mo...
No comments:
Post a Comment