Aku tak pernah tahu bagaimana untuk memulakannya
Dan aku tak pernah mahu menamatkannya
Ia datang dan akan pergi begitu sahaja
Bagaikan angin lalu yang bertiup nyaman
Hadirnya sungguh menenangkan
Tapi perginya....di luar kesedaran
Cinta,
Sukar dilafazkan, sukar ditafsirkan, sukar dibuktikan
Perasaan,
Sukar dimengertikan, sukar difahami, sukar diketepikan
Hati,
Adakala gembira, adakala pedih, adakala sedih
Dan aku?
Aku berdiri di tengah keramaian namun masih terasa asing
Aku ikhlas mengukir senyuman namun tampak kosong dan sombong
Ah..persetan semua perasaan karut ini!
Pergi kau...jangan kau kembali lagi.
Hello hari esok,
Kau akan ku sambut dengan penuh kegembiraan
Selamat tinggal semalam..
Terima kasih kerana memberikan aku pengajaran hidup
Terima kasih kerana mematangkan aku
Terima kasih kerana luka yang kau tinggalkan membuatkan aku lebih matang
Dan hari ini?
Aku adalah insan yang baru
Langkahku adalah langkah yang pasti dan yakin
Senyumku adalah dari hati yang bahagia
Aku adalah seorang wanita berani
Semalam..tak akan dapat lagi merudum perasaanku..
Kata Zur: dari katil hospital....
No comments:
Post a Comment