Thank you so much for following this blog

Friday, June 17, 2011

Jiwa Kacau..


Hi bloggies,

Kali ni entry tak best, baca title pun dah boleh nampak yang diri aku tengah down giler.

Dah hampir seminggu macam ni, tak tenang. Jasad je yang masuk office, melalui hari-hari sibuk dengan kerja yang semakin bertimbun dan tiada tanda-tanda akan berkurangan *sigh*. Semangat, kemana kau pergi? Pulanglah....aku rindu

Macam-macam perkara yang berlaku. Most of the time,happy moment cant swipe away sadness that keep deep inside..terlalu jauh untuk diselam. Hilang punca. Tak tahu apa sebenarnya hala tuju. Hati...kenapa kau meracau? Fikiran...aku perlukan kau untuk lebih fokus *sigh*

Perasaan buat masa ini? Risau.Fikiran berkecamuk. Bergelora. Pelayaran hidup aku sejak akhir-akhir ini sangat tidak stabil. Adakah ini kesan daripada persekitaran aku yang menyedihkan? Keruntuhan rumahtangga kawan-kawan rapat. Ada yang putus cinta. Ada yang sakit hati. Ada yang salah faham. Semuanya menjadikan aku 'nakhoda' yang tak tentu arah. Ah..mahu sahaja aku persetankan segala-galanya tapi semuanya bagai sudah 'di tattoo' ke dalam diri...

Entahlah.....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts