Suatu hari datanglah seorang lelaki ke
rumah Saidina Umar untuk mengadu masalah rumahtangganya.
Sesampainya di
halaman rumah Saidina Umar, tiba-tiba ia mendengar suara isteri Saidina
Umar sedang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. saidina Umar
ketika itu sepatah pun tidak menjawab, bahkan dia hanya berdiam sahaja.
Lelaki itu membatalkan hajatnya untuk mengadu masalahnya kerana
mendapati Saidina Umar pun menghadapi masalah yang sama sepertimana
yang ia hadapi. ia pun mengalih haluan untuk pulang ke rumahnya.
Kedatangan lelaki itu disedari oleh Saidina Umar dan beliau pun memanggil
lelaki yang telah mula melangkah separuh jalan untuk pulang itu.
Saidina Umar pun bertanya : "apakah hajat kamu datang ke mari?".
Jawab lelaki itu. " Ya
Amirul Mukminin, tujuan kedatangan aku untuk mengadukan hal aku kepada
mu. Aku sekarang ini memiliki seorang isteri yang sentiasa menyakiti
hati aku. Tapi belum pun sempat aku mengadu, aku dapati engkau pun
menghadapi masalah sepertimana aku juga, maka tidak jadilah aku hendak
mengadu hal itu kepada engkau." .
Dengan tenang Saidina Umar berkata, " Wahai
saudaraku, sesungguhnya aku sabar menanggung kepahitan tingkah laku
isteri ku itu kerana khidmatnya kepada aku dan rumahtangga aku sangat
besar.
Dialah yang memasakkan makanan untuk aku dan anak-anak ku dan
sabar pula berhadapan dengan bahang api yang panas dalam masa membakar
roti semata-mata untuk aku dan anak-anak ku.
Dialah juga yang membasuh
pakaianku. Dia juga menyusukan anak aku hingga besar. padahal semua
kerja-kerja itu wajib bagi aku dan tidak wajib keatasnya. Dan lagi,
dialah yang menyelamatkan aku dari pada melakukan perkara haram (zina)
.
Dia juga menjadi tempat aku berseronok-seronok dengannya ketika aku
berhajat dengannya. Memandangkan hal itu , segala kesakitan yang aku
tanggunggi kerana tingkahlakunya itu amat kecil kalau dibandingkan
dengan segala khidmatnya kepada aku ".
"Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah keadaan aku". Jelas lelaki itu.
Saidina Umar membalas, " Sabarlah
menanggung itu semua, sesungguhnya penderitaan itu cuma sekejap
sahaja (kalau dibandingkan dengan penderitaan di akhirat)".
Kata Zur: Anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment