Thank you so much for following this blog

Thursday, June 9, 2011

Kisah kami dan Mojo & Coco

Kisah kehadiran Mojo dan Coco ke dalam keluarga kecil kami bukan satu perkara baru. Di Wall Facebook dan inbox penuh dengan comment-comment yang berbaur hasad dengki (hahaha..). Ada yang mengeji kami kerana membuat keputusan sedemikian, tak kurang yang menyokong kami dengan kata-kata manis yang pedih menikam.

Walau apa pun kata mereka di luar sana, Mojo dan Coco telahpun secara rasminya menjadi ahli keluarga kami. Malah zara secara sukarela menggelarkan dirinya 'kakak' tatkala berbicara dengan Mojo dan Coco. Dua beradik ini hanya terkebil-kebil bila Zara mula menyanyi lagu 'Aku Cinta Aku Rindu' kepada mereka. Walaupun pada mulanya mereka agak takut-takut akhirnya kami pasti mereka telah berjaya membiasakan diri dengan suasana bising di teratak kecil kami.

Kedua anak kecil ini agak kacak. Sebab itulah kami jatuh cinta pada pandangan yang pertama. Mojo kacak bergaya dengan rambutnya yang berwarna kelabu dan berjalur hitam di tengah dan Coco pula agak unik, berambut putih. Kedua-duanya mempunyai perangai yang berbeza. Mojo lebih suka meneroka, lebih banyak berfikir tetapi Coco, lebih suka menghabiskan masa dengan bermain.

Kami bersyukur dengan kehadiran mereka, ternyata telah 'memeriahkan' lagi keluarga kami yang memang sudah sedia 'happening ' ini. Mojo, Coco, we love both of you...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts