Thank you so much for following this blog

Tuesday, February 8, 2011

Ketagihan gula? ...Ah sudah!

Pic from uncle google
Salam semua,

Hari ni zur nak berkongsi cerita, mana yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan teladan. Pernah tak you all terasa stress yang teramat sangat dan tiba-tiba stress tu hilang bila you all makan chocolate atau minum air berkarbonat, 100plus misalnya? Atau selera makan akan lebih terbuka luas seluas perut ikan paus bila you all terlalu risau atau bimbang atau tension? Dan untuk mengatasinya, tanpa disedari you all akan makan lebih ais-krim mcdonals, atau dunkin donut, atau starbuck chocolate brownies ice blended atau lollipop? Dan yang bagusnya, lepas makan semua makanan-makanan manis ni, tiba-tiba aja otak jadi tenang...so peaceful, seolah-olah langsung tak ada masalah dalam dunia ni? Biasa buat macam ni? Atau ini sahaja cara untuk mengurangkan kekusutan? Awas tau, itu tandanya anda mengalami ketagihan gula.

Zur pernah mengalami masalah begini, suatu masa dulu. Bukan kata jerawat sahaja yang naik tapi berat badan pun naik jugak, tapi masalahnya tak tahu macamana yang berhenti. Setiap jam MESTI ambil makanan manis, paling kurang pun teh o.

Tapi nak tahu macamana nak berhenti? Tak susah tapi bukan senang, nama pun ketagihan kan. First, yang paling penting tetap terpulang pada diri sendiri, kita harus MAHU untuk berubah ke arah yang lebih positif. Bila ketagihan itu datang, cuba tunggu 5minit, kalau masih lagi mahu, cuba alihkan tumpuan anda, buatlah perkara yang lain, sibukkan diri anda seperti berbual-bual dengan rakan, mengemas rumah, mendengar muzik kegemaran sambil membaca majalah mahupun menulis blog :p

Ada lagi..kalau ketagihan tu masih ada, cuba gantikan dengan makanan-makanan manis ni dengan sesuatu yang lebih sihat sepeti jus atau buah-buahan segar. Buah-buahan sangat baik untuk badan dan kandungan gulanya tidak mempunyai kesan sampingan. Cuba kurangkan kandungan gula dalam minuman sedikit demi sedikit, setiap hari. Kurangkan juga pengambilan, contohnya kalau setiap 2 jam zur nak kena minum nescafe atau teh 0, sekarang zu cuba limitkan 2 kali sahaja dalam sehari. Tak susah, kurangkan gula dulu, gantikan dengan buah-buahan and then jarakkan atau kurangkan pengambilan.

Kalau zur boleh, you all also can.

Kata zur: Selalu beringat, apalah gunanya harta tanpa kesihatan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts