Aku adalah insan yang sentiasa mengejar impian
Angan-angan yang disimpan ketika aku masih anak-anak
Satu persatu ku kutip ia menjadi kenyataan..
Diam-diam aku jadikan realiti dalam kehidupanku
Jerih....sungguh jerih aku mencari kepuasan diri.
Remehkah impianku?
Kebudak-budakan sangatkan kehendakku?
Terbang tinggi di awan biru bagaikan burung
Bebas menikmati kehijauan bumi di atas sana
Cuba mentafsir erti di sebalik kehidupan insan lain
Yang pastinya tidak selalu bernasib baik
Seperti diriku juga..
Susah benarkah menerima kenyataan itu?
Impian anak kampung yang bermula dengan angan kosong
Memenuhi ruang yang ada tatkala malam menjelma
Menjadi bicara sambil menunggu mata mengantuk
Aku mahu berpakaian cantik dan bersih bagaikan puteri
Aku mahu diriku diterima dan dibanggakan
Aku anak si polan dan si polan...yang selalu membuat orang tersenyum
Aku mahu mendengar mereka yang dulu mengejiku berkata
Oh...dia itu dulu anak kecil yang membantu ibunya menjual kuih
Yang tekun belajar tatkala rakan-rakannya sibuk bermain..
Ah...tingginya angananku..
Mahu dijadikan idola walhal diri ini tak pernah sempurna di mata mereka
Tapi haruskan aku peduli apa kata mereka?
Patutkah aku kisah apa ada difikiran mereka?
Ah..Aku tak peduli...dan tak pernah peduli
Persetan sahaja kata-kata mereka
Kerana aku bangga mereliasasikan impian ini
Dengan wang ringgit dan hasil sendiri
Jerih ku bekerja, banyak yang ku korbankan
Hanya kerana mahukan impian ini menjadi kenyataan
Jika percutianku, pakaianku, kerjaku, serta segala kepunyaanku
Menjadi satu kesusahan buat kamu
Luahkanlah...pandanglah aku dengan sinis
Aku tak akan peduli dan tak pernah peduli
Aku berusaha dengan kudrat yang diberi
Cuma satu sahaja pesanku
Jika kau punya kata-kata nista buatku
Simpan saja dalam poketmu....
Hakmilik mutlak:
zur @ www.siapalebihtahu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment