Aku mahu setiap detik yang Allah beri dihargai
Aku mahu setiap saat berlalu penuh pengajaran
Agar aku tak tersesat di pertengahan jalan
Aku mahu bekerja bagai tiada penghujungnya
Aku mahu tersenyum bagai hidup ini tiada masalahnya
Aku mahu menikmati sisa-sia hidupku
Agar tiada penyesalan di masa tua ku.
Aku mahu beribadat bagai esok tiada lagi buatku
Aku mahu mensyukuri setiap kasih sayang yang ku terima
Aku mahu hari ini lebih baik dari semalam
Agar esok mampu ku hadapi dengan ketenangan.
Aku mahu dikasihi dan menyayangi
Biarpun kasih ku tidak seagung cinta-Nya
Namun aku mahu perhatianku dihargai
Aku mahu senyumku di terima dengan kegembiraan
Aku mahu tangisku menjadi pelupus kedukaan.
Ah...terlalu banyak yang ku mahu
Walhal terlalu sedikit aku memberi
Hakmilik mutlak:
zur @ www.siapalebihtahu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment