Thank you so much for following this blog

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011 punya cerita

Salam Sabtu semua,

Semalam PM dah umumkan bajet 2011. Sambil sibuk lipat kain dan melayan karenah anak dara yang baru belajar bermain-main dengan Julia, si anak patung, sempat juga pasang-pasang telinga dengar pembentangan bajet di TV3. Bunyinya agak menarik, banyak juga faedah yang diberi, pendek kata penjawat awam dan boleh senyum sampai ke telinga. Tapi bagi zur pekerja swasta ni, biasa je, cuma tumpang gembira lah sebab adik-adik  semua kerja gomen...

Boss Malaysia..on the way nak buat pembentangan bajet 2011 yang sebanyak 100++ helai...pergh...mahu jam jaw kalau mcm tu - gambar ehsan pakcik Metro
Ada few point yang zur nak share pasal bajet 2011 ni, yang pada zur agak menarik. First cuti bersalin yang dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari. Akhirnya tercapai juga hajat diorang nak dapatkan cuti bersalin 90 hari...lama tu 3 bulan. Ambillah kesempatan ni untuk menyusukan anak sepenuh masa dan berehat untuk diri sendiri. Tapi jangan sampai lupa diri pula, masuk office terus lost sebab cuti 3 bulan..hehehe...tak pasal-pasal dapat memo. Syoknya, tak tahulah kalau benda ni akan diaplikasikan untuk penjawat swasta jugak, mcm zur...hmmm. Agak-agak company nak ke bagi cuti berbayar selama 90 hari macam tu...hehehe...bunyi macam tak je, but whatever it is, we'll wait and see.

Kedua...pasal 100% pinjaman perumahan untuk golongan muda berpendapatan kurang RM3ribu sebulan. Bukan zur nak sentuh pasal angka 100% tu, tapi angka RM3ribu tu. Memang kan, punyalah tinggi kos hidup sekarang sehingga kalau gaji kurang dari RM3ribu dah pun dianggap sebagai golongan berpendapatan rendah, sebab tu kerajaan bermurah hati untuk bagi 100% loan. Wow..kalau korang tak ambil kesempatan ni, takut dalam budget akan datang dikurangkan pulak sebab kurang sambutan. Bersyukur tau, 100% loan, kena usaha sikitlah sebab kalau nak kira tak cukup duit nak beli rumah, tak ada lagi alasan tu..Tak payah keluar EPF akaun 2 lagi...jimat dan selamat.

Duti import pun dah dimansuhkan. So harap-harap harga handbag COACH yang dah bertahun zu aim tu akan turun lah. Baju-baju brand boleh lah kot turun harga, supaya rakyat Malaysia boleh bergaya sakan. ahaks.Ini termasuk: beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuk kelambu..banyak tu..
 
And telefon bimbit dikenakan cukai jualan? Alamak, kalau tahu takdelah beli Blackberry, sanggup ku tanggu kalau pengurangan cukai jualan tu bermakna zur boleh jimat beratus ringgit? Ye ke?..

Hai..macam-macam ye kakitangan awam dapat. Nampaknyak lepas ni makin efektiflah diorang. Kitorang yang kerja swasta ni jugak yang putih mata....alahai, nasib badan.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts