Thank you so much for following this blog

Thursday, May 6, 2010

Kasih I.B.U bawa ke syurga..

Kasih ibu bawa ke syurga, ayat yang dah biasa kita dengar, dah selalu sangat, sampai terkadang ia tak lagi membawa apa-apa makna pada kita. Bukan semua orang yang masih ada mak, ramai juga yang tandus kasih sayang hingga hati menjadi keras seperti batu , tapi ramai juga yang menagih suci murni hati-semuanya dari seorang yang bergelar ibu. Sebelum menjadi seorang ibu, zu tak faham bila mak sanggup buat apa sahaja bila zur nakkan sesuatu-baju baru, kasut baru, krim muka, pencuci muka, syampu; perkara-perkara asas yang pada masa dulu susah yang amat untuk diperolehi. Zur tak faham kenapa mak menangis bila kitorang adik-beradik minta baju baru bila menjelang raya, zur juga buat tak reti bila kitorang adik-beradik bertumbuk sakan sebab berebutkan sebiji bola!.

Tapi itu dulu...dulu, dah lama dah. Sekarang masa yang ditunggu dah tiba. Masa yang berlalu sentiasa memberi kita pengajaran hidup yang amat bermakna. Sekarang zur telah bergelar seorang mama kepada dua cahayamata yang sentiasa menjadi segala-galanya dalam hidup zur. Sekarang aku faham..aku faham apa yang mak aku rasa. Zur faham kenapa adakalanya mak menangis, zur mengerti kenapa mak ketawa melihat kami 7-beradik, zur rasa apa yang mak rasa-kebahagiaan itu, kesedihan itu, kegembiraan itu, semua perasaan itu, yang ada kalanya susah yang amat untuk dimengertikan, kini zur faham..sungguh faham.

Buat mak yang disayangi, kalau suatu masa dulu mak sanggup lakukan apa sahaja untuk akak, sekarang akak pun ingin katakan bahawa, akak juga sanggup lakukan apa sahaja, berkorban apa sahaja asalkan segala pengorbanan, kasih sayang mak pada akak tidak sia-sia. Maafkan akak kerana pernah buat mak menangis, tapi akak berjanji mak, demi Allah yang menjadikan langit dan bumi dengan penuh kasih sayang-Nya, mak akan tetap menjadi keutamaan dalam diri akak dan adik-adik. Sebagaimana mak menjaga dan membelai kami dengan tulus kasih sayangmu, begitulah yang akan kami lakukan. Sesungguhnya, akak bermohon kepada Allah,semoga Dia akan memberikan kami 7-beradik sedikit daripada sifat lemah-lembut dan kasih sayangNya, agar kami boleh menjaga, mengasihi dan menyayangi mak seadanya.

Kami sayang mak...kami sayang abah jugak..


4 comments:

  1. Pernah tengok email ni...sangat sayu.. :-(

    ReplyDelete
  2. kisah benar ni kak eynda, meleleh zu baca, tapi kalau jadi lah benda mcm ni, zu sanggup, janji anak-anak zur selamat..simpang malaikat 44, doa yg baik2 je kan kak

    ReplyDelete
  3. sedih kan~
    selamat hari ibu=)

    awal lagi..hehe

    ReplyDelete
  4. xpe farah...advance wish..hehehe..selamat hari ibu gak kat all the vogue mama

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts