Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua,
Kemaafan...sesuatu
yang enak didengar (mungkin) tapi adakalanya amat sukar untuk dilakukan.
Kemaafan, dendam yang terindah? Betul ke? Mungkin, terpulang pada situasi yang
dihadapi oleh seseorang individu. Bagi sesetengah orang, ia dengan ikhlas dan
senang hati boleh dilakukan, tapi pada sesetengah yang
lain...hmm..sangat-sangat sukar dan di luar kemampuan.
Apa yang
paling sukar untuk dilakukan dalam hidup ini? Memberi kemaafan atau meminta
kemaafan? Jawapannya masih sama, terpulang pada individu. Ada orang EGO,
katanya 'itu bukan salah aku dan aku takkan sekali-kali minta maaf pada
dia".Ada juga yang keras hati, katanya "aku tak akan maafkan dia
sampai mati" Jadi kalau kedua-duanya begini, apalah kesudahannya ya?
Orang
yang tidak memaafkan , dirinya akan'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya.
Sebaiknya jika kita memaafkan, kita akan terlepas dari ikatankemarahan yang
mengikat diri sendiri. Justeru Allah telah mengingatkan kita di dalam AL-Quran agar
kita menolak sesuatu kejahatan itu dengan kebaikan. Maknanya, katakanlah jika
seseorang itu telah menyakiti hati kita dengan kata-katanya, maka usahlah
dibiarkan kesakitan dan kemarahan itu memakan diri sebaliknya, lembutkanlah
hati dan maafkanlah dia. Mohonlah semoga diri kita dikurniakan sedikit sifat
pemaaf dari-Nya, kerana Allah itu sendiri Maha Pengampun, Maha Pemaaf.
Berilah
kemaafan, kerana maanfaatnya amat besar dan sangat bermakna kepada diri sendiri
dan orang lain.Sebaliknya jika tidak memaafkan, bukan sahaja akan merosakkan
hati dan pemikiran, juga akan meletakkan kita sebagai salah seorang calon pesakit
di rumah sakit jiwa!
Memaafkan
diri sendiri? Pasti sukar jika apa yang kita lakukan itu sangat menyakiti orang
lain hinggakan dia menderita, lebih malang jika membawa kepada kematian. Tapi,
belajarlah memaafkan diri sendiri, kerana dengan cara itu sahaja kita boleh
meneruskan kehidupan ini dengan lebih tenang dan aman.Manusia itu tak
sempurna, manusia diciptakan Allah penuh keunikan, punya kelebihan dan kekurangan
diri sendiri. Jika kita melakukan kesalahan, janganlah mudah putus asa, atau
kecewa, atau patah hati dan jiwa, gunakan akal fikiran yang diberikan oleh-Nya,
jika sesat di hujung jalan, carilah cara untuk kembali ke pangkal jalan.
Tanya
hati, tanya diri, adakah kita sudah memaafkan kesalahan diri sendiri dan dengan
ikhlas hati memaafkan kesalahan orang-orang disekeliling kita hari ini? Jika
belum, lakukanlah dengan segera. Jika tidak mampu melakukannya, muhasabahlah
diri, kembali kepada-Nya.
Berharga
bukan, sebuah KEMAAFAN ??
No comments:
Post a Comment