Salam semua,
Hari ini hari yang teramat sibuk. Bermula dari pagi hingga lah lewat petang , membawa ke malam, tak henti-henti, tak juga habis-habis kerjanya. Hmm..kalau dah nak bercuti lama, macam inilah biasanya, makin kita nak cepat habiskan kerja, makin bertambah pula. aduh..Kehidupan, macam tu lah kan. So lepas solat asar tadi, sambil minum kopi, ambil masa rehat sekejap sambil baca email-email yang dikirim oleh kawan-kawan. Ada satu yang sangat menarik perhatian, so rasanya sesuai sangatlah jika aku kongsikan bersama para pembaca semua, disini. By the way,terima kasih kepada penulis asal (yang tidak dikenali). Moga info yang disampaikan akan dimanfaatkan oleh kita bersama. Insyaallah.
***********************************************************************************
SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari
rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih
faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata
sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”
Teringat pesan ayah di suatu petang...“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak
balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang
cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah
Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan
isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama
41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai
sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan.
Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan
dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima
kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia
sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami
kerana bencidengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap
menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan
suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau
semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
“Wahai kaum
wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka” Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan
yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat
kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami
yang tak tahu menahu,terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang
serinya. Menahan ego diri,ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak
berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah
siapa agaknya,bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar
marah. Marah marak menyala benci.
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak
seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh
cahaya mata.“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih
banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,”
jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia
bijak berjenaka,meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan
bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan
ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah
bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil
kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.”
pujuk saya lagi.Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’
kehadiran seorang
suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri,
buang yang keruh,ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.” Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri.
Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar
dan juga sedekah,
kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama
suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya
lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,
“Terima kasih,suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Hmmm.... :)
No comments:
Post a Comment