Thank you so much for following this blog

Thursday, December 10, 2009

Outing Day: Eagle Ranch Resort, PD

Salam semua,

Last week, aku telah mengikuti outing day untuk department aku ke Pork Dickson, lokasi utamanya ialah Eagle Ranch Resort. Terletak hanya 2km dari Tiara Beach Resort (lebih kurang 5km dari Teluk Kemang), resort ni boleh dikatakan best jugalah. Resortnya ala-ala koboi gitu, kawasannya agak luar dan kebanyakan aktivitinya, adalah outdoor aktiviti seperti paintball, go-kart, cycling, volleyball dan macam-macam lagi. (kalau sesiapa berminat boleh surf websitenya ya).

Bertolak jam 3pm dari KL, on the way tu jalan agak sesak, dari jauh aku tngok ada asap berkepul-kepul, ish...dashyat gak..rupa-rupanya ada lori terbalik, so agaknya diorang guna pemadam api kot. Seterusnya, perjalanan kembali lancar sehingga lah ke Eagle Ranch Resort.




Lori terbalik, tapi rasanya tak ada yang cedera kot..

Aku tiba di Eagle Ranch Resort ketika jam menunjukkan hampir jam 5pm. Penatnya, tak sabar nak check-in dan berehat. Nasib baiklah, untuk petang, free and easy aktiviti. So selepas check-in, aku dan hubby join other friends minum petang sebelum masing-masing beredar ke bilik masing-masing. Oh ya, untuk tea time, simple je, ada kuih tradisional dan sandwich, tea and coffee. Coffeenya rasa pelik sikit..tapi oklah, nice.

Untuk penginapan, disini ada tersedia banyak jenis-ada log cabin, kampung house,  paddock chalet, bandwagon, tepee and hut. For me, aku dapat log cabin. Sangat cantik, very cozy, bathroom ada open roof dan bila paip dibuka, ada waterfall. Cakap banyak pun tak guna, jom tengok gambar-gambarnya ye. zasss!!

Me...in front of our Log Cabin resort. Sempat lagi tu, walaupun dah kepenatan tahap gaban.


Sempat lagi tu...posing kat verandah tu...hehehe...layannnn!!


My room...very cozy dan bagaikan memanggil-manggil supaya tidur aje..tak payah buat aktiviti lain..heheheh


Ada tv, and all those lamps made this room, rasa sangat selesa dan menyenangkan.




My room again, dari sudut lain. Ada wardrobe yang boleh muat aku kat dalam tu, kira kalau main hide and seek, sure tak jumpa...hehehe


Verandah, got two chairs untuk lepak-lepak sambil menikmati angin petang. In front of this log cabin is litar go-kart.



Lampu di verandah...i admire this..cool



Inilah bathroom view yang ada open roof dan waterfall tu...cool!!

Jam 8pm, selepas solat maghrib, we have bbq dinner. Hahaha, part ni yang kelakar, me and few friends, dah ready, siap posing-posing time ambil makanan, dah ambil apa yang berkenan di hati, sesuai untuk perut. Bila time duduk je, baru nak menyuap makanan, tetiba waitress tu tegur " Kak, akak ni dari Ranhill XXXX kan? Akak punya bbq dinner kat sebelah sana kak, yang ni company lain punya" What??? hahaha, kelakar, sambil ketawa sampai nak pecah perut, masing-masing menatang pinggan ke tempat yang betul. hehehe, salah info daaa.

Cakap banyak pun tak guna ..mamam time.!!

 
ready for dinner with friends



Sempat lagi posing depan all those foods. Time ni semua tengah excited, tanpa disedari bahawa sebenarnya kitorang dah 'knocked at the wrong door". hahaha


Cabutan bertuah. Masing-masing dapat frame gambar tapi gambar kawan-kawan. Gamat...gamat..






Ni, namanya cempaka. Dia makan memang dashyat. Nasi goreng kampung yang aku pun mengelupur nak habiskan tapi dia layaaannnn je, semua makanan yang abah dia letak, dia makan je. Adeh!!

Habis makan, tibalah karaoke session, tapi bukan di eagle, di Ancasa. Reason, sebab di eagle, karaokenya sampai jam 10pm sahaja, mana boleh, masing-masing semua ak tunjuk bakat, so we decided, makan dulu, isi minyak sampai penuh, then we moved to Ancasa untuk karaoke sampai jam 1 pagi. yee haaa...Inilah masanya nak releasekan tension..hheheh




Kakak dan ready, buat stunt ala-ala harry porter atas penyapu terbang..lagu dh bermain-main di dalam kepala (+ pening2 lalat sebab mata dah mengantuk dan badan dah penat giler), tapi demi meyahut seruan boss ku agar semuanya sepakat, aku gagahkan juga :p



 Iye...itulah dia kawan-kawan ku, yang sedang syok melayan perasaan. Hahaha. Aku? Cukuplah 5-6 lagu pas tu surrender...layan je lah

Pagi, aku ter'miss breakfast sebab tak sedar. Handphone lak tertinggal dalam kereta. Bila tengok, punya lah banyak missed call dari friends...nak wat macamana, malam tu aku balik kul 3pagi, selepas habis satu PD aku round dengan hubby. Penat beb..

Akitivi pagi tu: paintball dan go-kart. tapi sebab aku tak sempat dengar briefing, so takde lah berani nak join. Ralat jugalah tapi nak buat macamana, salah sendiri, tidur mati. So hubby je lah yang join. Jom ..layannn!!

 
Team berani mati...hahaha..semua try buat muka gempak tapi hampeh!!



Ini dia perwira..Suria perkasa hitam...hahaha

Oklah, paintball dah habis main, sekejap je, lepas tu, plan untuk main go-kart pun tak jadi sebab satu je ketenya yang jalan, yang lain-lain semua sedang diperbaiki. Orang punyalah ramai queu, so aku tak sanggup nak tunggu, barang-barang pun belum kemas lagi, nanti pukul 12 dah nak check-out, so aku balik bilik, mandi, kemas barang, dan sambiltu, sempat lagi posing2. Alahai, tak puas hati tapi nak buat macamana, tibalah masanya untkku pulang. Hati pun dah kat rumah, teringatkan anak-anak ku yang tersayang.

Conclusion, oklah, syoklah jugak cuma terkilan sebab banyak aktiviti yang tak sempat dilakukan disebabkan oleh kesuntukan masa. Insyaallah, next time akan datang lagi, with my family or friends.

Adios!!



 Lompatan terakhir, cuba nak cipta rekod,wanita pertama melompat sampai kepala boleh cecah bumbung log cabin eagle ranch resort




- THANK YOU -

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts