Thank you so much for following this blog

Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri 2009


Salam semua,

Aidilfitri 2009 disambut sederhana. Memang serba sederhana.Baju cuma 2 pasang, itupun dibeli last minute di Jln Masjid India, baju melayu hubby and my hero sepasang seorang dan baju kurung utuk little princess juga hanya sepasang. Cukuplah..nanti berlaku pembaziran, kang seronok syaitan.


Kuih raya, tahun ni tak banyak. Biasa kalau menempah biskut raya di office mahu cecah rm200-rm300 tapi tahun ni tak cecah seratus pun. Beli kerepek, mana yang orang suka makan. Itupun di bahagi dua, separuh untuk rumah di kampung, separuh lagi untuk rumah sendiri, mana tahu ada kawan-kawan yang nak beraya di rumah, so standby ajerlah.

Tak tahulah kenapa, raya tahun ni hambar je. Atau cuma perasaan aku kot. Maklumlah kalau dah tua-tua ni, mana ada yang seronoknya, cuma suka melayan anak-anak lah, si hero tu selagi tak nampak baju melayu baru dia, selagi itulah mulut petahnya bertanya.Hai anak, takkanlah mama lupa, mama pun nak tengok anak-anak mama cantik dan segak di pagi raya. Tak apa kalau mama tak beli baju baru janji anak-anak mama seronok dan gembira, mama pun happy.


Mak dan abah bukan main seronok lagi tengok anak menantu dan cucu-cucunya semua ada berkumpul, sampai terlupa rendang di dapur kerana terlalu sibuk melayan karenah zara yang baru belajar bertatih.Adik-adik ipar sibuk membakar lemang, atuk dan uwan pun tumpang seronok bila melihat semua pulang berhari raya bersama-sama. Adik aku yang tengah mengandung tu plak, sibuk dengan ketupat. Pendek kata semua ada peranan masing-masing.


Pagi raya, biasalah, semua sibuk nak ke masjid untuk solat hari raya, lepas tu bersarapan sama-sama kemudian acara rutin family-sesi bermaaf-maafan. Bab ni memang malas nak layan, sebab for sure aku nangis punya. Ingatkan nak gelak-gelak tapi mesti tak boleh bila tiba turn salam and cium tangan suami. Banyak dosa aku kat dia, tak terhitung, aku harap dia akan ampunkan aku dunia akhirat.


Lepas itu kami konvoi ramai-ramai balik ke kg abah dia Lanchang, melawat atuk dan uwan di sana. Dah tua, 80+ umur tapi alhamdulillah, masih kuat. Orang kampung, macam tu lah. Sempatlah menyinggah rumah mak saudara yang lain. Sampai je rumah, memang penat, dah tak larat nak kemana. So lepak jelah di rumah, melayan tetamu yang datang.


Hambarnya raya tahun ni,entah mengapa. Agaknya semakin meningkat usia, macam nilah kan. Mungkin kalau anak-anak dah besar dan diorang dah mengerti apa itu erti HARI RAYA, mungkin lebih seronok. Oh ya, anak-anak aku, awal-awal lagi dah di warning supaya bila bertandang ke rumah orang, JANGAN MINTA DUIT RAYA. Pantang aku tu. Malu beb, macam kita ajar anak supaya jadi materialistik je.


Tapi walau apapun , aku bersyukur, masih ada lagi umur aku untuk menyambut hariraya tahun ini. Alhamdulillah, masih sihat dan mampu lagi untuk bertandang dan melawat saudara-mara, berkongsi cerita dan berita, ada yang gembira, ada yang berduka.Syukur, kerana tiada malapetaka yang berlaku sepanjang perjalanan pergi dan pulang, tiada kisah terlalu duka yang ingin dikongsikan, semua serba sederhana.

Kepada Allah, aku bersyukur di atas rahmat-Mu. Bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menikmati Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.Bersyukur kerana berpeluang meraikan hari gembira ini bersama keluarga, kerana setiap hari aku terfikir, andainya tiada esok bagi ku, adakah aku sudah bersyukur diatas apa yang aku ada hari ini???







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts