Thank you so much for following this blog

Sunday, September 27, 2009

Private OR Government?


Salam sejahtera para viewers yang dihormati.


Entry kali ini agak tipikal and sensitif bagi sesetengah pihak tapi suka diingatkan ini hanyalah pendapat peribadi penulis, tiada niat untuk menyinggung perasaan atau sensitiviti mana-mana pihak.


Aidilfitri yang baru berlalu, disambut sederhana. Biasalah, bila dah berjumpa sanak-saudara, banyaklah cerita yang dikongsi, termasuklah cerita-cerita ala-ala gossip yang malas betul nak dengar tetapi terpaksalah ditadahkan jugak telinga. Yelah, nanti dikatakan menyombong pulak, bak kata seorang makcik ni "ala, orang KL". hAHAHa, agong sangat ke KL ni. Kalaulah makcik tahu..pasti makcik bersyukur kerana ditakdirkan menetap dan memperolehi rezeki di kawasan luar bandar tu. aduh..makcik..makcik.


Oh ya, sambil sibuk melayan tetamu yang datang, sempatlah jugak 'terdengar' perbualan seorang makcik (yg terpaksa dirahsiakan identiti nya...hahah) dengan pak mak segala budak. Berdesing sekejap telinga ni, bulat mata aku pandang makcik ni..aduh..makcik..makcik..aku nak jawap kang dikatakan kurang ajar lak, tapi kalau dibiarkan makin 'bermaharajalela' lak dia ni. Ni tak lain tak bukan isu kerja swasta dengan 'gomen'.


Kata dia..dia bersyukur anak-anak dia kerja government, bila makcik no.2 and no.3 kata anak-anak dia ada yang kerja cikgu, askar, nurse, pegawai kerajaan, bangga..sebab semua kerja dengan government. Pendek kata semua bagus, ada KOLA lah, elaun lah, elaun tetap, elaun entah hape lagi..ok..ok..aku pun dengar je..dalam hati dah berbuku sebab apa? sebab aku ni kerja PRIVATE company JE!!!.


Aduh, tak percaya betul, dalam dunia yang serba moden ini, masih ada lagi yang berfikiran taboo dan primitif macam ni. Makcik, pakcik, tolong lah ye, kami ni (mewakili para pekerja SWASTA ye), manusia gak, ada hati dan perasaan. Ada masanya kita ni bekerja bukan kerana duit semata-mata, ada kerana minat yang mendalam atau peluang untuk meluaskan kerjaya dan pengalaman yang lebih terbuka lagi bila bekerja di sektor swasta ni. Gaji lagi besar, bonus dan kenaikan gaji setakat ni alhamdulillah dan yang paling penting, kami juga menyumbang untuk EKONOMI KELUARGA. 


Tolong! Janganlah dianaktirikan anak-anak yang berkerja di sektor swasta ni. Nak tanya sikit, duit yang anak-anak bagi tu, lain ke nilainya kalau anak yang kerja government bagi dgn yang kerja swasta bagi? Sama kan? Jadi tolonglah faham ye pakcik makcik atuk wan semua. Aku pasti dalam ramai-ramai anak-anak yang ada, tak semua yang kerja dgn kerajaan kan? Agak-agak yang kerja di sektor swasta ni, ada tak membantu kalau makcik pakcik perlukan duit? Rasanya ada kan, melainlah kalau budak tu tak mengenang budi!!



Pada rakan-rakan pembaca yang mungkin merasakan aku terlalu sensitif atau you all rasa isu ni hal remeh je, maaflah. Sebenarnya memang hal remeh tapi bila ia diungkitkan SETIAP KALI ada perjumpaan keluarga, rasanya kecil betul hati, rasa terpinggir sangat. Yelah, aku ni bukan staff kerajaan, kerja swasta, contract staff pulak tu, tapi alhamdulillah, aku suka dan bangga dengan kerja aku, dan aku bersyukur, berkat usaha dan kesungguhan, dapatlah aku meringankan beban suami dan membesarkan permata hati aku. Dan bolehlah setiap bulan hulur ke mak abah seseratus dua.


Anyway, terima kasih kepada makcik tu, dengan kebanggaan dia terhadap anak-anaknya yang berjaya menjawat jawatan di sektor awam yang sekaligus telah mengguris hati aku, menghina aku, tapi tak mengapa, aku sambut penghinaan itu sebagai satu kritikan positif. Akan aku buktikan walau di mana pun aku tercampak di bumi Allah yang maha besar ini, aku yakin, selagi ada usaha aku boleh hidup dan mencari rezeki yang halal. Tak mengapalah kalau aku bukan bekerja di sektor awam, tak ada KOLA, elaun khas, bonus tambahan, pencen atau sebagainya tapi aku yakin, aku telah memilih jalan yang betul dan aku bahagia dengan pilihan aku. Syukur kepada Allah.

2 comments:

  1. keje gomen ke tak bukan ukuran kejayaan seseorang. apa yang penting keje. dah dapat keje tu pun dah satu rahmat. dan kalau x keje gomen pun ramai gak yg lebih berjaya dari keje gomen. ayah zur pun keje gomen jadi x perlu kecik hati ngan org yg menyindir tu. yg penting kalau boleh buktikan boleh dapat yg lebih terbaik dari yg keje di gomen....

    ReplyDelete
  2. Anonymous: sedang berusaha .. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts