Thank you so much for following this blog

Monday, November 2, 2009

Puing-puing kehidupan


Salam semua,

Lamanya tak update blog ni, rindu sangat nak berkongsi cerita tapi apakan daya, memang tak sempat langsung, walaupun dalam kepala ni ada seribu perkara yang ingin diberitakan. Adik-adik dan kawan-kawan yang mana menjadi pengunjung setia blog ni dah asyik bertanya, "hello along, takde cerita baru ke?". Sabar..sabar...jangan terburu-buru, meh sini nak dikhabarkan beritanya.


Tapi itulah kehidupan, ada masa kita rasakan bahawa kita sangat terluang tapi sebenarnya masih ada yang belum selesai. Namun ada juga ketikanya, kita rasakan hidup ini sangat-sangat menyesakkan dan sempit ruangnya, tetapi sebenarnya (rupa-rupanya) ada juga masa untuk berseronok dan bersukaria kerana firah manusia memang begitu, kita perlukan kegembiraan, kita juga perlukan kesedihan, maka jika ada kedua-duanya, insyaallah, kita akan bertambah matang dan bersemangat menghadapi hari esok. Dan sebenarnya ini hanyalah sebahagian daripada puing-puing kehidupan..
.
Kehidupan aku selepas Aidilfitri penuh cerita suka duka. Ada masa gembira, asyik tertawa, dan ada masanya sedih tak terkata. Kerja..ya ampun, boleh dikatakan memang tiada masa untuk 'berpoya-poya' seperti dulu. Setiap saat yang berlalu menuntut kesabaran, keazaman dan tekad hingga adakalanya aku mengabaikan insan-insan tersayang dalam hidup aku. Tapi ada masanya aku sangat enjoy dan bersyukur dengan kehidupan aku, mana tidaknya dengan segala cerita yang berlaku di dalam kehidupan aku membuatkan aku rasa lebih 'hidup", lebih bernyawa, tabah dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Terima kasih kepada insan yang sudi memberi kemaafan dan menerima aku seadanya. Hanya Allah yang boleh memberi balasan yang setimpal atas kebaikan dan kemaafan itu.


Anak-anak...merekalah segala-galanya. Melihat mereka membesar dengan sihat dan gembira, berlarian, saling bergurau, usik mengusik membuatkan aku menjadi insan yang bersyukur, mengingatkan aku betapa bertuahnya aku kerana berpeluang menjadi seorang mama. Ya Tuhan, sihatkanlah anak-anakku, gembirakanlah mereka dan lindungi mereka dari segala keburukan. Amin. Abang, zara, mama sangat sangat sayangkan kalian berdua, Allah sahaja yang tahu banyak mana kasih sayang itu, sayang. Mama sanggup lakukan APA SAHAJA, asalkan kalian bahagia, asalkan kita bersama sehingga ke hujung nyawa.


Oh ya, wabak H1N1 yang melanda seluruh negara baru-baru ini membuatkan aku menjadi insan yang lebih 'alert' dan berhati-hati. Kebersihan semakin diutamakan, salah satu benda wajib yg ada dalam handbag aku ini (selain bedak compact and lipgloss :p) ialah instant hand sanitizer. Kena berjaga-jaga walaupun wabak ni dah semakin reda, espeially anak-anak, lama jugalah tiada sesi outing ke shopping complex, pilihan yang ada, sama ada lepak je kat rumah (yg ni dah tentu the whole day jadi chef kat dapur) atau kalau dah kesian sangat, bawaklah ke kawasan taman, ambil angin segar. Extra caution: make sure ambil supplement especially anak-anak kena ambil vit.C dan banyakkan makan buah-buahan (aiyoo, nasib baiklah aku ni suka sangat makan buah-buahan...selamat...).


Tapi itulah, kita doakan yang terbaik ajalah kan. Sekarang sudah bulan November, lagi sebulan, insyaallah, kalau panjang umur, sempatlah dengan thn 2010.Sempatkah umurku mencecah 30 tahun hadapan? 


Merenung kembali segala pengalaman yang diperolehi dan DIPELAJARI sepanjang tahun ini...phewww...banyak sangat. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Manusia tidak sempurna (tiada siapa sempurna) tapi kita kena selalu pandang ke hadapan, terus mengatur langkah, pastikan tidak terserong arahnya, jika sesat dihujung jalan, pulanglah ke pangkal jalan dan mulakan langkah yang baru.


Bersihkan hati dan nurani, mintalah keampunan dari Allah kerana DIAlah tuhan yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bukakan minda, luaskan pemikiran, bersihkan hati, sentiasa memaafkan, kerana sekali lagi, manusia tak pernah sunyi dari kesilapan. Jika kita rasakan terseksa dan tiada keadilan untuk diri kita, renung kembali dan pandang lebih jauh, fikirkan adakah apa yang kita ada hari ini tidak cukup baik untuk kita? Apakah kehidupan yang kita lalui sekarang tidak adil? Jika jawapannya ya, muhasabahlah diri, dekatkan kepada-Nya, supaya hati lebih tenang, jiwa lebih aman, dan diri kita lebih dekat kepada-Nya.


Teman pembaca sekalian, sesungguhnya tiada siapa yang dapat menilai, membetulkan dan menyayangi kita dengan cara yang lebih baik melainkan diri kita sendiri .


Renung-renungkanlah dan selamat beramal....!!














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts