Thank you so much for following this blog

Tuesday, August 18, 2009

Cinta ini boleh membunuh!!


Coretan ini di tujukan buat seorang teman yang sangat manis dan baik sekali.

Cinta itu boleh membunuhmu. Semakin dalam kau mencintai dia, semakin kau menderita. Semakin kau cuba lari, semakin kuat dia menghampiri. Semakin kau cuba membenci, semakin sayang kau padanya. Semakin kau melupakan dia, semakin kau merindui dia. Mungkin dia bukan untukmu. Mungkin dia bukan tercipta untukmu. Mungkin dia bukan ditakdirkan untukmu.

Tapi jangan kau tolak dan hancurkan hatinya kerana mungkin suatu hari nanti, dia lah yang terbaik untukmu. Mungkin satu hari nanti kau perlukan dia untuk segala resahmu. Mungkin di suatu masa hanya dia yang mampu meleraikan segala deritamu. Siapa tahu hanya dia sahaja yang mampu menjadi pendengar setia. Mungkin juga hanya dia yang sudi membiarkan kamu menangis di bahunya. Jadi, jangan biarkan dia bersedih. Jangan kau sakiti hatinya. Jangan kau remukkan perasaan walaupun kau begitu ingin membencinya.

Teman,

Selagi kau masih mampu bernafas, selagi kau masih mampu tersenyum, selagi masih ada hayat, aku tahu dia akan terus memujamu. Walaupun suatu masa kau tidak tahu di mana dia, tetapi hati mu akan mengetahui bahawa dia sedang merindukanmu.

Ye, itulah cinta. Jauh di lubuk hati namanya akan terus terukir walaupun kenangan itu akan terus berlalu, akan terus sepi, akan merobek hati. Aku harap segala kekeliruan perasaan yang kau hadapi akan terlerai, terungkai lalu membentuk satu perasaan tenang dan penuh kebahagiaan.

Terimalah dia seadanya, kerana cinta sejati tidak akan pergi, dan pencinta sejati akan bersama denganmu sehingga mati....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts