Thank you so much for following this blog

Thursday, November 11, 2010

Bunga kekwa untuk kamu...

Kau mahu mengeji aku? Silakan
Kau mahu terus menghina aku? Teruskanlah
Buatlah apa saja yang perlu menyakiti aku
Aku pasrah menerima, aku tabah menghadapi
Kerana aku tahu Tuhan itu Maha Berkuasa.

Aku tiada hak untuk menilai hati budi mu
Kau tidak berhak untuk menyakiti aku
Aku tak ingin berterusan menanggung sengsara
Takku ku mahu berkorban jiwa dan raga
Jika sumpah seranah itu yang menjadi balasannya

Jika senyum ini menyakitkan bagi mu
Palinglah ke arah lain agar hatimu itu gembira
Jika ketawa ini menjelakkan kamu
Tutuplah telingamu agar ia tuli pada keikhlasan
Jika lirikan mata ini membuatkan kamu sengsara
Pejamkanlah matamu
Biarkan ia kelam dan kabur pada sinar kebahagiaan itu

Aku tiada apa untukmu
Aku bukan sesiapa bagi kamu
Kau tak berhak menghancurkan hatiku
Kau tak berhak memijak maruahku
Kau tak akan mampu menghalang langkahku

Ini bunga kekwa putih untukmu
Doaku, semoga kamu bahagia atas tangisan insan lain.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts