Thank you so much for following this blog

Friday, November 19, 2010

Alahai COUCH...

Salam Jumaat semua,

Zu tak tahu lah sama zu ni yang melampau atau benda tu yang berhantu. Makin lama cuba buat tak tahu, lagi pula lah dia memanggil-memanggil, menyeru-nyeru. Alahai coach, kenapa lah ko mahal sangat. Sometimes tak faham lah, kenapa harga beg yang sebegini 'buruk' boleh cecah ribu-ribu. Menyampah, benci, tak suka....tak suka...tak suka (sambil tekup muka dengan bantal).

Tak boleh jadi ni, perasaan 'ingin memilikinya' makin menjadi-jadi. Ini si Harpreet lah punya pasal ni, tiap-tiap hari Coach...Coach...Coach. Udahlah tu, cukup-cukuplah satu, Zuriati. Sedor diri sikit. Udah dapat betis nak peha pula.

Takpe..takpe.. apa salahnya dapatkan satu lagi untuk 'menghargai diri sendiri' kan? Yes! I like that word! Appreciate yourself, better late than never. Ah, kak Eynda mesti setuju tapi kak eynda ni kaki gadget, macam zu gak (hihihihi). Takpe kak, biar kaki gadget, jangan kaki temberang kan. Hahaha, kak eynda, apalah nama akak tersesat kat dalam entry zu kali ni, tapi apa-apapun, COACH yang 'very de stunning' ni akan aku dapatkan juga, by hook or by crook, bak kata mat saleh yang dulu menjajah bumi Malaysia ni. Haish.

Ah, pas ni mestilah ada yang mengata. Korang nak kata apa, kata lah, nak mengeji, nak mencaci, nak hantar komen yang tak berperikemanusiaan, hantor ler, takdenya aku heran. Lantok dema lah. Yang penting, zu tahu apa yang zu mahukan dan tahu juga cari jalan yang HALAL untuk dapatkannya. Hai uncle coach, tunggu ye...buah hatiku, intan payung, aku dah kemaruk kerana kamu wahai pakcik coach...huuuuuuuuuuu...

zur: Sambil tongkat dagu, berfikir-fikir kalau letak dalam wishlist ni, can my dream comes true?



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts