Thank you so much for following this blog

Thursday, November 5, 2009

Welcome to school, son...goodbye ipod !!

Hahahaha...huhuhuhu....


Nak ketawa ada, tapi nak menangis lagi banyak, rasa tak percaya pun ada. Tak sangka, tup tap tup tap, anak aku dah pun 5thn next year, dan dah tiba masanya untuk dia ke sekolah, melebarkan langkah, menimba pengalaman, mempelajari sesuatu yang baru dalam hidupnya,sesuatu yang lebih formal dan berbentuk ilmiah. Sayang, welcome to school!!


So since last month, aku dah mula survey mana-mana pre-school yang bagus dan having a good co-curriculum, kalau boleh yang boleh ajar solat dan mengaji sekali. Penting tu, nak pulak anak lelaki sulong, insyaallah, mudah-mudahan boleh jadi imam solat, boleh doakan aku kalau ditakdirkan aku mati dulu nanti. Besarnya harapan yang ada, tak terucap dek kata-kata. Hati pun bimbang tidak terkira, nak melepaskan anak tapi demi kebaikan dan masa depan dia, terpaksalah mamanya ni tabahkan hati, kuatkan semangat dan beri sedikit kepercayaan pada dia untuk belajar melangkah sendiri. Jika dulu pengalaman diperolehi dan dipelajari daripada orang lain, kita tibalah masanya dia mencipta pengalaman dan kehidupannya sendiri.



Tapi inilah nak diceritakan, antara kehendak dan keperluan, nampaknya keperluan kenalah diutamakan. Situasi sekarang, keperluan adalah menghantar anak ke sekolah dan kehendak mama nya ni: IPOD NANO. Huhuhuh...lama pendam keinginan, penuh keazaman untuk pastikan bahawa aku akan dapat jugak one day nanti tapi bila dah cukup ongkosnya, nak kena bayar yuran sekolah anak pulak. Huhuhu, nak nangis pun tak guma, sabo ajerlah. Nak buat mcmn, rezeki takde lagi buat masa sekarang. Tunggulah, kot kot company bagi increment next year...insyallah.


Tak sangka pulak mahal benar yurannya (yelah, agaknya sekolah tu bagus kot, itulah sebabnya, well, no pain no gain kan). Monthly pun dah cecah RM300  (huhuhu...nangis dalam hati je lah ni). Belum masuk pakaian lagi and extras...sabar...sabar...rezeki Allah ada, kena usaha lebih ni.


Tak mengapa, pelajaran lebih penting.  Kalau berilmu, dihormati orang, kalau berpelajaran, pemikiran akan lebih matang, optimistik, logical and lebih positif. Kalau berpelajaran, kita dipandang tinggi di mata masayarakat, masa depan cerah, hidup lebih berguna dan bermakna.


Anak, tiada apa yang lebih membahagiakan mama, melihat kau ketawa. Tiada apa yang lebih mendukacitakan mama melihat kau berduka. Kuatkan hati, sayang, pergilah melangkah, jauh ke hadapan. Melompatlah setinggi langit, tapi jangan lupa rerumput di bumi. Jika kau di atas,wahai anak, ingatlah orang di bawah. bersyukur dengan apa yang ada, sentiasa berusaha memperbaiki diri, jangan mudah berputus asa, jangan mudah mengalah. Walau apa pun terjadi, mama akan sentiasa di sini....dekat di hatimu.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts