Thank you so much for following this blog

Tuesday, September 20, 2011

Surat cinta..

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog ni, dah bersawang-sawang. Maaflah, sepanjang Ramadhan sangat sibuk dengan kehidupan realiti, tak punya masa terluang untuk ber-blogging. Anyway thanks for the silent reader out there who gave sometimes a sneak-peek to my blog.

Love letter...lama betul tak pernah dapat love letter. Korang ada bersurat-surat cinta macam dolu-dolu? Eh, syok tau. Teringat zaman remaja dulu,selalu curi-curi baca surat cinta bapak saudara. Semua ayat bermula dengan "ditemani cahaya bulan, aku mendoakan semoga....". Wakakaka...jiwang!

Kisahnya si anak teruna, pulang je dari taska semalam terus mintak pensil dan kertas, nak tulis surat cinta katanya. Wahh...budak-budak zaman sekarang, kelas ko jah! Mama dulu umur 6 tahun, tak tahu apa surat cinta, nak tulis nama sendiri pun kurang pandai, apatah lagi nak menulis surat cinta. Lepas dapat pensil dan kertas, si boboiboy teruslah menunduk, tekun menulis, kita pun rasa bangga , hati kembang-kuncup memikirkan nak dapat surat cinta dari anak, aish! tak sabarnya....

Ok mama, dah siap! Skang abang nak pergi rumah irfan (cousinnya yang tinggal di tingkat satu). Aik? Mama dah naik hairan, mana surat cinta untuk mamanya?, aku bertanya. Bukan untuk mama lah (ha, time ni mama rasa dah nak menangis!) Habis untuk siapa? Takde jawapan, hanya satu senyuman yang agak mencurigakan yang bisa aku lihat. Eh? Kenapa mamat ni tersengih-sengih ni? Tak boleh jadi ni!

So aku pun apa lagi, psycho lah dia skit. "Okay, kalau macam tu, bagi mama tengok surat tu, mama nak check, spelling abang betul atau tak". Nah! Trick menjadi....Surat dah pun ada di dalam tangan, dengan penuh suspen...jeng jeng jeng.



Kata aku: Eh! Malulah nak teruskan cerita, korang nilailah sendiri...hehehe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts