Thank you so much for following this blog

Sunday, May 15, 2011

Kerana...


Kerana hidup ini tak selalunya tenang
Kerana hari-hari itu tidak selalunya gembira
Kerana ada hati hati yang  perlu dijaga
Kerana senyum itu penawar duka
Aku tak akan menyerah kalah

Kerana kasih ini tidak bertepian
Kerana sayang ini sentiasa bertautan
Kerana cinta ini terlalu mendalam
Biarlah hati ini terluka daripada terus melukakan
Biarlah bibir ini terus mengukirkan senyuman
Kerana hati yang luka tidak selamanya gundah
 Kerana aku yakin masa akan menjadi penawar kedukaan

Duhai hati yang disayangi
Duhai jiwa yang dicintai
Aku adalah kepunyaanmu dan kau adalah milikku
Kembalilah kau...walau setinggi langit pun kau terbang
Singgahlah pulang...bersama harum kasihmu
Ubatilah hatiku, jadilah penawar abadi

Kerana ketahuilah..
Walau sekejam manapun robekanmu itu
Diri ini sentiasa memaafkan..
Walau sebesar manapun luka itu
Hati ini sentiasa akan menyayangimu..

Aku mahu kau sentiasa bersamaku
Aku mahu tidur dan bangunku melihat wajahmu
Aku mahu bercanda denganmu, menikmati hidup ini
Kerana aku mahu menjadi milikmu...hanya milikmu
Selama-lamanya.

Kata Zur: Tak terkata apa-apa...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts