Hubungan aku dan Ah soh memang sudah diketahui ramai. Ah soh adalah kawan kepada atuk aku, dan panggilan 'gagap' diberikan kerana pertuturannya tidak begitu teratur, agak gagap. Kejam sungguh orang yang memberi gelaran itu. Kesian ah soh..
Ah Soh ni tinggal di perkampungan cina di Kerdau. Yes, Kerdau yang baru-baru ni ada pilihanraya kecil tu. Dengar cerita dia orang pembangkang tapi dia sangat kamcing dengan atuk yang pro-kerajaan. Tak kisahlah ah-soh, orang merah ke, biru ke, hijau ke tapi yang pasti ah soh tetap kawan kami.
Kalau time hari raya, Ah soh mesti datang beraya satu family. Dia akan bawa isteri, anak-anak dan cucu-cucunya datang beraya, makan lemang 3-5 batang, belasah rendang dan kuah kacang, pas tu siap bawak bungkus balik. Tak apa, kitorang tak kisah, kitorang seronok ah soh datang, atuk pun suka, atuk memang buat lemang-lemang tu untuk ah soh tau. Atuk sanggup tak keluar ikut kitorang beraya sebab nak tunggu ah soh dan family beraya.
Atuk dan ah soh memang close.Orang-orang kampung pun memang dah kenal sangat dengan ah soh. Apa taknya, bila time ah soh dapat bunuh babi hutan, dia akan ikat babi tu atas motor dan lalu kat tengah-tengah kampung. Ah soh..ah soh. Tapi dia tahu jaga sensitivity walaupun ada masa dia main hentam je.
Oh ya, kalau time sambutan tahun baru cina, ah soh beria-ria tempah sate, beli kuih-kuih dari orang melayu,sediakan air tin, air botol, pinggan mangkuk kertas sebab ah soh nak kitorang datang beraya kat rumah dia. Kitorang pun pergi ke rumah dia, duduk kat luar rumah sambil makan sate yang ditempah dr kedai melayu kat simpang empat Kerdau, sambil berborak-borak dan tengok bunga api . Pas tu kami akan bergambar, muhibah sungguh.
Skang ah soh pergi Hong Kong, melawat saudara-mara dia di sana. Ah soh pesan kat atuk tolong tengok-tengokkan kebun dia dan tolong bagi makan anjing dia yang menjaga kebun tu. Atuk bengang sbb atuk malas..tapi zur tengok atuk start gak motor pergi jalankan tugas yang diamanahkan. Oh ya, hari tu atuk pernah jatuh sakit, seminggu atuk demam teruk, langsung tak boleh bangun, ah soh datang rumah melihat atuk, lama dia duduk meneman atuk, macam-macam topik yang keluar. Kalau ah soh datang, mesti dia tanya wan: aaalong mana? ... ah soh memang sayang kat zur :p
Sebab tu masa zur kahwin dulu, ah soh sentiasa ada. Masa orang kampung sibuk pasang penanggah, ah soh pun sibuk tolong, ah soh buat macam-macam. Ah soh dah macam bayang-bayang atuk, mana ada atuk, situ ada ah soh. Masa Zur bersanding atas pelamin, ah soh suruh semua ahli keluarga dia naik bergambar, nasib baik tak runtuh pelamin. Tapi kalau runtuh pun, mesti itu akan jadi satu kenangan yang amat lucu untuk dikenang.
Ah soh, terima kasih sebab jadi kawan kami. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama, kita tetap sama. Kalau tak wujud konsep 1Malaysia pun, kita dah lama macam ni.
ah soh..oh ah soh
Kata Zur: Sayang Ah Soh ..macam sayang keluarga sendiri...
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam viewers, Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik...
-
Salam sejahtera sahabat yang dihormati... Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je...
-
Salam semua, Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab sa...
-
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung min...
-
Hmmm.. Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka deng...
-
Salam sejahtera to all my wonderful friends, Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this wee...
-
Hye, good day everyone, Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau...
-
Salam sejahtera semua.. Today is Wednesday already, eh, baru zur perasan kebanyakan entry zur diposkan pada hari Rabu. Haha..nampak sangat...
-
Assalamualaikum semua, Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem'...
-
Salam guys, How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mo...
No comments:
Post a Comment