Thank you so much for following this blog

Wednesday, December 8, 2010

Terima kasih orang Chukai .....

Assalamualaikum semua,

Hujung tahun memang time untuk berjalan-jalan, sama ada disebabkan time ni cuti sekolah panjang atau sebab nak habiskan cuti tahunan yang tak boleh diforward ke tahun berikutnya (kui...kui..kui). Apapun alasannya, inilah masanya untuk keluarga tersayang.

Last week, family zur telah konvoi beramai-ramai ke Pantai Timur. Itinerarynya ialah menjenguk bekas cikgu kitorang di Chukai, dah lebih 10 tahun tak jumpa (thanks to Facebook that bring us together again) pas tu makan ikan bakar di Tj.Lumpur and the next day, wanna go to the beach.

Jom tengok-tengok sambil zu sambung cerita...

Sebelum bertolak, semua agak bermalas-malasan. Apa taknya, hujan turun menambahkan nikmat tidur. Haish, budak-budak ni, akhirnya hampir pukul 10am jugak kitorang bertolak dari Temerloh. Sepanjang jalan hujan je memanjang, alhamdulillah, sejuk sikit. Anak-anak pun relaks je sepanjang perjalanan.

Ahli rombongan yang dah tak sabar-sabar lagi nak memulakan perjalanan, snap snap dulu....atuk tumpang sekaki tapi tak ikut..sayang sangat kat ayam itik angsa dia..haish

Baru sampai di homestay di Bandar Damansara, Kuantan..its really a big house with 4 rooms and 4 bathroom, huge hall, big kitchen and very nice place...rent for RM200 per night...worth it for a big group like us..

Sampai di Kuantan, melencong ke Bandar Damansara dulu, ambil kunci rumah dan letak barang (berat kereta ooo..). Lepas berehat sekejap dan berebut bilik...(hehehe), kami terus ke Chukai. Perjalanan mengambil masa hampir sejam lebih selepas GPS orang tu telah mengelirukan kami (hehehe...) Nasib baik selamat sampai, kalau tak, tinggallah GPS tu kt tepi jalan tu.
With cikgu Jamal and wife, at the back is my crazy sister....cikgu Jamal is my discipline and history teacher , very garang one but see....he is in our heart, jauh kami datang, cikgu...

Cikgu Jamal nampak muda lagi, still macam dolu-dolu. Cuma slang terengganu je yang makin tegar (hehehehe)...Apapun, kedatangan kami di sambut dengan penuh ramah, terima kasih pada kak yah yang sudi menyediakan nasi tomata yang marvellous kau mmg de bom.Sedapnya sampai terkenang-kenang. Pas tu sambil minum teh kosong, pekena lak kerepok lekor fresh, pergh...sambil borak-borak mengimbau kisah-kisah lama...hehehe

Ni tah mcmn di tengah-tengah keramaian boleh syok sendiri...wakakakaka...

Cikgu Jamal ni cyclist, ni basikal kesayangan dia..opss..salah satunya lah, tapi yang ni letak dlm rumah sbb harganya boleh buat deposit beli umah...hahahahaha...gurau je cikgu..putera puteri tumpang bergaya...hehehe
Ahli rombongan cik kiah...huru-hara rumah cikgu tapi kami sangat suka, sbb makanan sedap, rasa macam family sendiri je,  lain kali kitorang datang tidur kat umah lak cikgu ye...ye...ye...
Kami lepak2 di rumah cikgu dalam sejam-dua macam tu, lepas tu rushing balik ke kuantan sebab malamnya semua sibuk nak makan ikan bakar + seafood. On the way singgah di gerai-gerai di tepi jalan beli keropok2, sata dan otak-otak buat bekal dalam kereta..(hehee..makannn je).

Nanti sambung....okay...bye for now

1 comment:

  1. sori la sbb anak2 koi menyebok dlm gambo aok tu....hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts