Thank you so much for following this blog

Wednesday, December 15, 2010

Kita Hidup Kerana Adanya Cinta....

Salam sejahtera semua,

Bagaimana hari anda setakat ini? Adakah segala-galanya berjalan lancar dan membuatkan anda tersenyum sepanjang masa? Atau semua yang dirancang tak seperti yang diharapkan? Hmm...sabar ye. Bukan semua yang kita mahu dimudahkan jalannya tapi percayalah, sedikit rintangan mampu memberi warna dan kemanisan yang berbeza dalam hidup kita.

Zu baru baik demam. Orang kata "biasalah tu, demam".Itu kalau orang yang biasa demam, kalau yang tak biasa demam mcm zu ni, ha, jawapnya memang tak bangunlah. Teruk juga, sampai tak larat bangun, kepala sakit rasa macam nak pecah, satu badan sakit-sakit sampai tak boleh tidur, makan tak selera, minum pun terpaksa, paling teruk bila diserang kesejukan melampau satu badan. Letaklah satu dozen selimut pun, sejuk tu memang tak berkurang. Ingatkan dah sampai masa, syukur, Allah mendengar doa Zu. Ya, Zu belum bersedia, tidak sehinggalah anak-anak zu tahu berdikari dan tahu tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim. Syukur padaMu, Allah. Terima Kasih Ya Tuhanku.

Kasihan pada keluarga di kampung yang bergegas datang ke KL sebaik sahaja mendengar Zu jatuh sakit. Maaf abang, maaf mak, maaf abah, maaf juga pada atuk, wan dan adik-adik kerana membuat kalian risau. Bukan Zu tak menjaga diri tapi penyakit tu datang kembali. Dah puas Zu kawal supaya tak melarat tapi bila time nak kena, kena juga. Tak ada ubat, hanya boleh mengurangkan derita yang ada. Mengalir airmata menghadapi saat-saat kesakitan itu, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya melihat anak-anak memandang Zu dengan cemas. Insya Allah, sayang, mama akan kuatkan semangat. Mama yakin pada kasih sayang Allah pada kita.

Betul kata mak, jaga kesihatan. Penting sangat kesihatan sehingga diandaikan jika punya wang berjuta pun, ia tak memberi makna bila badan tak sihat. Tak boleh makan itu ini, tak larat nak jalan sana sini apatah lagi membeli yang begitu dan yang begini.

Tapi macam tulah putaran hidup. Ada masa kita sihat, ada masanya sakit. Ada masa susah, ada masa senang. Malah Zu pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa hidup kita ni ada 3 stage utama:

1. Kita berkeinginan tapi kita tak punya wang dan tak berupaya (ini time budak-budaklah kan..)
2. Kita berkeinginan, kita berupaya tapi tak punya wang ( rasa-rasa kebanyakan orang macam ni)
3. Kita berkeinginan, kita punya wang tapi kita dah tak berupaya (ini bila dah masuk usia senja dimana kesihatan tak lagi mengizinkan.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Atuk kata, jangan lupa Allah sebab Allah tak pernah terlepas memandang dan menilai kita.

Kata zur: Hidup ini, ada kepahitan yang susah untuk diterima tapi kenanglah pada kemanisan yang adakalanya hadir sebagai pelangi kehidupan. Bila kita rasa sudah kaya, kesudahannya hanya keluarga yang kita ada. ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts