Thank you so much for following this blog

Thursday, December 30, 2010

Kan dah cakap...Malaysia memang BOLEH!

Malaysia Menang....woohooooooo
Aksi perlawanan bolasepak Piala Suzuki semalam masih terbayang di ruang mata zur. Hari ini masuk ke office, senyum tak sudah, macam anak dara kena pinang. Bangga ada, terharu ada. Yelah, pertama kali kita menang dalam tempoh 14 tahun, ibaratkan bumi kemarau yang disimbah hujan... Hebat, memang hebat. Rasanya dah lama tak melihat pasukan Malaysia sehebat ini. Nampaknya kepercayaan coach Malaysia , K.Gunalan terhadap pemain-pemain muda tak dipersiakan. Mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu mengembalikan kegemilangan Malaysia dan membuatkan Malaysia mula dipandang dimata asia.

Hmm..siapa yang paling hebat? Bagi zur, pujian harus diberi kepada goalkeeper kita, Khairul Fahmi. Muka memang ganas giler macam Mask Rider Kabuto, tapi dia sangat matang dalam menangani situasi. Walaupun telah memboloskan 2 gol pada game ke-2 di Jkt, tapi dia tetap seorang hero. Zur rasa dia sangat berani dan he just knows what to do. Wa suspect lu lah, bro

Tahniah pada Safee Sali yang tapau best player punya award. Jangan lepas ni, terus prestasi merudum lak. Congrats juga pada barisan pertahanan Malaysia yang beraksi cemerlang walaupun terlepas gak 2 gol. And yang paling penting, terima kasihlah pada skuad Harimau Malaya sebab bawak balik kejuaraan sekaligus memberi kami cuti percuma.... tapi sayang Jumaat tu memang replacement New Year holiday for my company so, management just added one more day to our annual leave. Okaylah walaupun baru ingat kalau dapat cuti sederet, boleh tapau OT. ..

Congrats Malaysia...and thanks for all Malaysian for the support.

Kata Zur: Tak heran dengan laser2 issue ni sebab keeper kita bukan lembik mcm Mungkas...adios

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts