Duhai anak, mengapa menangis
Duhai sayang, mengapa bersedih
Duhai manja, mengapa termenung
Sakitkah engkau, bimbangkah engkau
Tidur tak mahu, makannya sedikit sekali
Katakan pada mama apa isi hatimu
Luahkan segala yang sedang mengganggumu
Katakanlah apa yang merunsingkan kalbu
Nyatakan apa yang sedang berlegar di fikiranmu
Mama disini, mama akan selalu ada
Menghiburkan sayang di kala duka
Menjadi penawar tatkala sengsara
Menggembirakan manja tatkala hiba
Katakan sayang...katakan sahaja
Tangismu buat mama bersedih
Resahmu buat mama bermenung
Ketawalah sayang, ayuh ketawalah
Buangkan segala yang mengundang resah
Usahlah menangis, cukuplah bersedih
Hidup ini tidak selalunya senang
Hari-hari mu tidak akan selalu mudah
Tapi mama berjanji
Akan menjadikan setiap detik dalam hidupmu amat berharga
Mencipta saat-saat yang amat manis untuk dikenang
Biarlah mama fikirkan segala-galanya
Dan kamu, duhai anak,
Membesarlah dengan nakal dan sihat
Jadilah anak yang gembira, yang sentiasa tersenyum
Kerana senyummu...pengubat duka lara.
Maafkan mama, maafkan mama mu ini
Adakala teralpa, terlalu pentingkan diri sendiri
Maafkan mama, maafkan mama sekali lagi
Adakala tidak mampu memberikan apa yang kau ingini
Tapi sayang,
Mama berjanji, sayang akan sentiasa hero dan heroin hati mama
Buat selama-lamanya...
No comments:
Post a Comment