Thank you so much for following this blog

Tuesday, December 13, 2011

Si Comel Laura...

Makhluk Allah yang kecil ini sememangnya telah berjaya membuatkan aku jatuh cinta.  Masyaallah, comelnya, manjanya dia. Dengan wajahnya yang comel, matanya yang bulat, bulunya yang lebat dan lembut membuatkan hati bertambah sayang. Bermula dengan seekeor, kini dah bertambah ahli keluarga kecil aku ni. Tapi Laura tetap maintain sebagai tuan rumah.

Dulu Laura sangat takut dengan kamera. Kalau dia nampak aku pegang handphone and halakan ke dia, memang xde harapanlah. Cepat je dia nyorok dalam pouch. Lagi satu, disebabkan dia ni terlalu aktif maka teramatlah susah nak mendapatkan shot-shot terbaik. Akhirnya, di suatu malam yang dingin, selepas makan sesuku jagung kepunyaan anak teruna kesayangan, aksi-aksi manja Laura dapat dirakamkan. Terima kasih pada encik di rumah sebab kasi pinjam DSLR...

Lepak-lepak lepas pekena jagung...tapi kena maintain cun sebab mama nak ambil gambar and letak dalam blog...hihihihii
 Dulu pernah bawak Laura pergi opis tapi lepas ramai sangat yang kacau and usik-usik dia, terus tak bawak dah sebab kesian anak mama kena buli. Apa taknya, depa pegi tiup muka member, sure lah bengang si Laura, then mulalah dia crabbing tak berhenti. Mengelabah aku jap..hehe. Sekarang dia dah makin gemuk, dahlah manja, makan pun bersuap dengan babah kat rumah. Untung la, ada orang nak suap :P
Malu-malu kucing, main nyuruk-nyuruk lak...hahahaha

Sebenarnya time ni dia baru bangun tidur and ada seekor lagi kat bawah tu, si baby.
Laura ni suka makan buah-buahan tapi sekarang makin lama makin cerdik, dah pandai memilih. Kalau aku letak buah-buahan yang dipotong dadu and campur dengan sayur skit, esok pagi bila bangun tinggal sayur je. Pandai sungguh. Oh ya, sekarang no more apple please. Muak! sebab kalau letak apple, memang tak luak, pandang pun tak. Untungla...boleh pilih-pilih makan :P
Aksi manja budak busuk yang buat mama rasa macam nak picit2....eeeiii...geram!
#Sayang makhluk-makhluk Allah ni seperti anak-anak sendiri

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts