Korang takut? Aku dah lama di ganggu macam tu. Kalau solat terasa macam ada orang yang menjadi makmum nya, solat tak kusyuk. Penyelesaiannya, pasang lampu dan panggil anak-anak supaya meneman. Parah kan? Yes it is. Waktu malam, jam 11 ke atas akan kedengaranlah suara kerusi meja seolah-olah dialihkan di tingkat atas. Entah siapa yang nak sibuk nak mengatur rumah waktu malam buta. Haiii..kamu manusia ke apa ni? Aku pun mulut kurang ajar, mula lah menyumpah " hah! dah mulalah tu nak buat kerja malam-malam buta, macam @$@^(!$%!!"
Aku ada terbaca satu artikel tentang gangguan jin. Jin ni macam manusia juga, ada yang baik, ada yang jahat. Dan jin ni ada yang suka kat kita, ada yang benci sangat. Kalau ikutkan gangguan-gangguan yang aku kena ni, berdasarkan artikel tu, menandakan jin tu suka kat kita. Ha sudah! And benda-benda ni kalau tak disekat boleh menjadi makin parah.
Aku kalau nak cerita kat hubby dia tak percaya, dia kata itu perasaan aku je. Baiklah, tapi aku rasa dia pun dengar bunyi perabot dipindahkan dan guli dibaling.Dia kata maybe orang atas ni pindah2kan sofa dia sebab nak tidur. Apa kejadah tiap-tiap malam macam tu? And maybe dia tak rasa terganggu sebab jin tu tak suka kat dia, sebab dia tak pernah kena orang main auuu cak!!. Ah..malas nak layan
Aku ni pun kemampuannya terbatas, nak g jumpa orang yang lebih tahu pun tak tahu kat mana, so apa aku buat, aku amalkan membaca dan mendengar surah Ruqyah Syar'iah. Masa mula-mula dengan tu perut sebu, kepala berserabut tapi aku teruskan juga. Aku yakin Allah akan membantu
Di rumah, aku pasang ayat-ayat Quran. Aku perbaiki kualiti solat, kalau dulu zohor dibuat bila asar sudah nak menjelang tapi sekarang bila masuk waktu je, aku dah tak berlengah. Kalau dulu time di opis, mp3 lagu-lagu yang menemani tapi sekarang dah bertukar, setiap 1-2 jam sekali, aku dengar bacaan surah-surah Al-Quran. Lagi satu aku percaya kita yang lebih layak menguasai fikiran dan perasaan kita so setiap kali ada perasaan yang buruk datang, aku akan beristighfar, selalu beristighfar, banyak-banyak beristighfar...semoga Allah melindungi aku.
Oh ya, ini maybe satu info yang sangat berguna pada sesiapa yang mengalami gangguan seperti aku ini. Mungkin itu bukan seperti yang kita sangkakan. Kalau kita rasa agak negatif pada diri dan persekitaran kita, cuba muhasabah balik diri sendiri. Mungkin...mungkin ada perkara yang kita telah lakukan yang telah menyinggung hati sesiapa, tak kira sama ada dengan manusia, haiwan atau alam sekitar . Mungkin kita telah menyakitkan hati ibubapa atau suami kita, mungkin kita ada membuatkan rakan kita berkecil hati..tanpa sedar. Mungkin ibadah kita hanya 'setakat muat'. Segalanya mungkin, Yang penting sucikan hati dulu ya..
Pic credit to http://waneyellis.blogspot.com |
Dengan menggunakan kasturi ini, jin kafir akan membenci kita ,malaikat suka,org soleh suka...banyak kelebihannya pada rohani kita.Kalau nak dapat lebih info, boleh lihat di website pengedarnya>> http://www.kasturisyifa.com.my
Aku harap story aku kali ini akan dapat membantu kawan-kawan di luar sana yang mungkin menghadapi masalah yang sama. Tapi selalu ingat, apa-apapun selalulah pulang ke pangkuan Dia. Jangan lupakan DIA walaupun sesaat. Insyaallah, kalau kita ingat Dia, Dia akan selalu menjadi kekasih yang melindungi kita. Insyaallah.
Sesungguhnya yang baik tu hanyalah dari Allah dan yang buruk tu adalah kerana kekurangan diri aku semata-mata.
No comments:
Post a Comment