Thank you so much for following this blog

Wednesday, January 26, 2011

C.I.N.T.A


Cinta itu indah...sangat indah. Hanya orang yang terpilih sahaja yang boleh jatuh cinta dan merasai cinta yang sejati. Hanya segelintir yang berjaya meraih cinta, ramai juga yang tewas kerana cinta. Cinta itu suci, cinta itu murni...putih bersih. Cinta itu adakala menyakitkan tapi masih, ia sangat indah dan unggul untuk dimiliki.

Cinta itu hangat...sungguh mententeramkan. Kehangatan cinta itu mampu mencairkan seketul hati yang keras bagaikan batu. Ketenteraman yang dibawa oleh cinta boleh mengundang senyuman sepanjang hari. Sinar cinta yang datang dari hati yang tulus sukar diselindungkan, ia akan terpancar dengan sendirinya melalui pandangan mata yang bening dan penuh kasih. Ya, cinta itu sukar ditafsirkan, sukar juga ditelusi andai di dalam hati tidak pernah ada perasaan cinta.

Cinta itu amat menyenangkan. Bila hati ada cinta, cubalah pejamkan mata, dengan sendiri kamu akan tersenyum bahagia. Hatimu berbunga-bunga ceria, otakmu pantas berfikir sekaligus kamu bisa menjadi insan yang positif. Baguskan kalau punya cinta? Alangkah bertuahnya tatkala cinta itu hadir dan dengan perlahan ia cair dan sebati dengan darahmu lalu mengalir tenang ke seluruh tubuhmu, hingga kamu bisa sahaja merasakan kehadirannya. Indah bukan?

Cinta itu satu anugerah. Ia satu karya agung yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Adakah kita boleh memilih untuk jatuh cinta? Dan adakah kita bisa memilih dengan siapa kita mahu jatuh cinta? Mustahil sayang, cinta sejati hadir dengan sendiri. Cinta satu anugerah Tuhan yang tak ternilai. Alangkah bertuahnya yang empunya badan jika punya ruang untuk menyintai dan dicintai. Biarpun cinta itu bisa membuat kamu gila, tapi kegilaan itulah yang membuat kamu terus tabah meraih cinta.

Cinta itu perlu kebebasan. Jika kamu menyintai seseorang, lepaskanlah dia pergi, berikanlah dia ruang yang diinginkannya agar dia bisa bernafas dan menghargai. Kerana aku bimbang, jika kamu terlalu menggengamnya, akan mati jiwanya dan cintanya akan berakhir tanpa kamu dimatanya.

Jika kamu punya perasaan sesuci ini, bersyukurlah, kerana ramai lagi yang masih menunggu detik dan saat untuk memilikinya. Jika cinta itu hadir, terimalah dengan penuh ketenangan. Dan jika kamu punya insan yang menyintai kamu sepenuh jiwa dan ragamu, jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana takut jika dia terluka, kamu akan kehilangan kasih dan cintanya secara perlahan-lahan.

Hargai cinta, selama masih ada.

Nukilan,
Zur
26 Jan 2011 @ 12.30am



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
There was an error in this gadget

Popular Posts