Thank you so much for following this blog

Wednesday, February 9, 2011

Rest n .... Go!

Salam girls,

How's your day so far? Busy? Tak sempat makan? Stress? Tension? Atau biasa-biasa sahaja, just a normal day? Ok, bagi yang tension and stress tu, ambil masa relaks ya, take a deep breath, dont take too much sugar, ok, not good for our health (hiihihihi...refer artikel zu semalam ye pasal  Ketagihan Gula). Pada yang banyak masa free tu, sambil cover line dari membelek-belek facebook...hihihihi...pesanan zur, jangan sampai kantoi. Jaga periuk nasi masing-masing ya.

Semalam, lepas kerja, zur sempat singgah di The Curve. There is a few stuff yang nak dibeli, yang paling penting ialah buku sekolah anak. So sampai je, terus meluru ke Border, a bookstore. Syoknya kat situ, kalau tak kerana rushing nak ke kedai lain, mesti zur berlengah-lengah. Ingat lagi dulu, zaman bercinta dengan hubby, time nak tunggu dia habis kerja, zur duduk di Kinokuniya (betul ke ejaan aku ni eh?) kat KLCC, tak sedar masa berlalu, leka dengan buku-buku. Tunggu, di suatu hari Jumaat yang aman, nak jugak lepak di Border ni.

Punyalah leka berjalan-jalan , dari floor ke floor, dari store ke store, semua kedai dah zur redah tapi barang yang dicari tak jugak jumpa. Frust betul. Kaki pun dah sakit, pakai high-heel lagi tu. Tekak dah haus. Tiba-tiba....


 Tahu tak apa ni? Ini memang pantang zur, pantang jumpa!. Hehehehe...Terima kasih banyak-banyak pada en. Gintell sebab bermurah hati untuk mewujudkan 'kiosk' yang sebegini. Walaupun bukan free, tapi bagi yang tak berkemampuan macam zur ni,dapatlah orang kata nak menumpang guna...hehehee

Tak sure pebenda ni?


Ini dia kerusi urut electronik (kalau nak manual, kena g spa ye). Nampak sangat selesa kan? Memang selesa. Semua kerusi-kerusi ni kelihatan masih baru dan zur berharap sangat supaya para pengguna akan bersama-sama menjaga dan menghargai kewujudan Rest and Go station ni. Please ye. Station sebegina, sangat membantu, sangat menyenangkan dan sangat syok. Jangan rosakkan harta awam ye, tak baik tau vandalisme, Allah marah, government marah apatah lagi pakcik Gintell.

Free ke? Tak, bukan free, mesti kena bayar:


 Oh, sorry ya, tak berapa clear sebab silau cahaya lampu tu. Charge is RM1 for 3min, RM5 for 15min and RM10 for 30min. So kalau nak lebih lama, sejam contohnya, lepas habis tempoh 30min, just masukkan lagi duit. Lagi satu yang bagusnya, hanya wang kertas sahaja yang diterima. Baguslah kan, kalau tak, jenuh lak nak cari coin...hihihihihi

Location Rest n Go station ni, at first floor kot (tak berapa ingat) tapi depan FOS and Poney store.

Sorry, gambar blurr sbb yang tukang ambil pun, badan tgh bergegar-gegar duk atas kerusi tu...hehehe
Jawapnya, ada yang tiap-tiap minggu pergi The Curve ni...hihihihi

Terima kasih Gintell...so easy, just rest and go...

Kata Zur: Tak mampu nak beli kerusi mahal macam ni, jadi nak ajak masyarakat gunakan secara berhemah sebab kalau boleh, nak pakai lama kan ;)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts