Thank you so much for following this blog

Thursday, February 10, 2011

Kenapa rasa terhina bila digelar ustaz?

Salam semua,

Dalam dunia ni memang manusia dilahirkan dengan pelbagai karenah dan perangai. Memang manusia diciptakan begitu, punya kelebihan dan juga kekurangan. Allah menciptakan sesuatu itu dengan peranannya yang tersendiri. Dan setiap ciptaan-Nya yang begitu dan begini, punya sebab dan musabab yang adakalanya sukar dijangkau oleh pemikiran manusia yang amat terbatas ini.

Begitu juga, di sekeliling kita, ada banyak manusia yang boleh menaikkan kualiti hidup kita hingga tahap tertinggi yang 'disukat' mengikut penilaian masing-masing, tapi ada banyak juga yang bisa menjatuhkan maruah kita sehina-hinanya, lebih hina dari binatang.Jika seseorang itu tahu bersyukur dan menghargai setiap kelebihan yang di anugerahkan oleh Tuhan yang Maha Esa, maka alangkah beruntungnya dia tapi jika sebaliknya maka tergolonglah dia dalam golongan orang-orang yang rugi.

Dalam pergaulan sesama manusia yang pelbagai karenah ini, kita digalakkan supaya bertoleransi dan berhemah, supaya tak menyinggung perasaan sesiapa. Salah satunya ialah menggunakan nama atau panggilan-panggilan yang mempunyai maksud yang baik serta disukai oleh si empunya badan. Kalau antara suami isteri, panggillah nama-nama manja seperti sayang, baby, cinta, darling, kuci-kuci (hahahaha...ni pun ada), supaya dapat mengeratkan kasih sayang antara mereka.

Tapi adakalanya zur tak faham perangai sesetengah manusia. Ada masa-masanya bila zur rasa hormat dengan ketinggian ilmu seseorang,zur akan panggil dengan nama sifu, cikgu atau ustaz. Bukankan itu panggilan-panggilan yang baik? Bukankah tugas seorang cikgu, sifu atau ustaz itu satu tugas yang mulia? Takkan nak panggil sayang kot, nanti apakah pula yang membezakan mereka dengan sayang zur yang kat umah tu (hai yang...peace no war).

Oh, mungkin bagi mereka itu adalah satu sindiran? Atau maksud zur disalah-erti sebagai panggilan sinis? Apakah mereka rasa terhina? Adakah gelaran-gelaran itu terlalu keji untuk disambut dengan senyuman? Oh..kalau begitu, zur minta maaf. Tidak ada sekelumit pun niat di hati nak memerli atau menyindir. Kalau itu anggapan mereka, zur rela berdiam diri, ucapkan terima kasih dan blah je dari situ. Demi Allah yang mencipta langit dan bumi, zur ikhlas. Kalau mereka mengatakan bahawa zur cuba cari pasal, i think u might 'ring a wrong number'. Kalau semata-mata nak cari pasal, i prefer to be 'out of coverage area'.

Ingat pesan orang tua-tua, bila memandang birunya langit, kenang juga pada hijaunya rerumput di bumi. Kalau mahu dihargai, belajarlah menghargai. Kalau mahukan tingginya martabat di samping masyarakat, kongsilah ilmu di dada, jangan mengeji, jangan menghina, kerana kau tak akan selamanya berada di atas...


Kata Zur: Tak kisah orang nak cari pasal, jangan ganggu periuk nasi and family zur sudah dan satu lagi: aku tak ada masa nak layan sampah!








2 comments:

  1. mungkin si 'ustaz' merasa rendah diri, ilmu belum sampai ke bumi Al Hosni (Mesir) tp gelaran setinggi mufti telah diberi :)
    sabar je Zur, niat di hati yg penting....

    ReplyDelete
  2. doc, tak kisah cuma risau kalau disalah-erti sbg menyindir, hati orang, doc, sedangkan hati kita pun kekadang susah nak ditafsir...

    thanks doc, singgah sini and bagi komen...

    salam maulidurrasul

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts