Thank you so much for following this blog

Thursday, February 17, 2011

Mood itu bukan milikku ..


Hari ni xde mood, semua benda yang dibuat tak menjadi. Hati panas semacam, tapi lepas ambil wuduk tadi, rasa tenang sikit. Tak tahu kenapa, rasa tension dan tertekan, ada juga bibit-bibit kebosanan tapi malas nak layan, jadi buat-buatlah sibuk walaupun hati rasa macam nak menjerit. Timbunan kertas-kertas yang didokumenkan dengan nombor siri masing-masing menambah semak yang menggunung di hati. Email-email yang bertalu-talu masuk beserta dengan reminder yang asyik keluar setiap sejam memburukkan lagi perasaan yang sedia ada. Rimas, resah,celaru, bengang, kusut bersatu menjadi satu perasaan yang memualkan.

Hari ni hari serba tak kena sedunia. Hari di mana nak tengok muka orang pun rasa menyampah, hari di mana lauk-lauk di kedai mamak serba tak sedap, hari yang penuh kebosanan, even lagu Sungai Lui nyanyian Aizat pun sumbang di telinga. Hari dimana bos buat lawak pun aku malas nak layan. Hari yang buat aku rasa macam nak balik tidur atau meringkuk dalam selimut di dalam bilik ber-aircond di tengah hari buta. Ah...syoknya kalau waktu-waktu begini ada atuk dan wan. Alangkah bagusnya kalau saat-saat begini ada zara damia..

Waktu bekerja masih berbaki 6jam sebelum tiba waktu dinner di kelab Aman. Sabar zuriati, tak mengapa, tiada untungnya melayan perasaan negatif sebegini. Buang masa malah langsung tak membantu, sedangkan masa laju berputar meninggalkan kita terkapai-kapai. Aku tak mahu menjadi orang yang sia-sia, leka mengira bintang di langit hingga lupa bahawa tiba masanya matahari akan menjelma. Yang negatif harus diucapkan goodbye, welcome positif mind, semoga masih ada sisa-sisa semangat untuk meneruskan jam-jam berikutnya.

Assalamualaikum ...

Kata zur: tak tahu nak kata apa...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts