Thank you so much for following this blog

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul...

Assalamualaikum semua,

Hari semalam hari bersejarah. Hari Keputeraan Rasullullah, nabi junjungan kita. Hari yang jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai  Maulid Nabi.

Semalam juga adalah public holiday. Bagi yang kuat tidur, inilah yang ditunggu, peluang untuk tidur melewati waktu subuh dan adakalanya berpanjangang hingga ke zuhur menghala ke asar. Jauhnya 'perjalanan', kalau ditakdirkan mati antara waktu-waktu itu, apakah agaknya nasib (peringatan untuk diri sendiri juga). Ada yang mengambil kesempatan membawa keluarga beriadah, ada yang duduk berehat sahaja di rumah tapi kebanyakan tempat mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Ala, macam birthday party, ada makan-makan, gossip-gossip tapi untuk Rasulullah, sempena meraikan hari Baginda, kita buat sesuatu yang lebih bermakna dan berilmu.

Tahu tak you all. Dengan menghadiri majlis Maulidur Rasul ini, Allah memberikan kita pahala. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan, apatah lagi dengan menghadirinya. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang

Zur kagum dengan keperibadian Rasullullah. Sungguhpun baginda seorang yang maksum, ibadahnya kepada Allah sangat luar biasa. Kasih sayang kepada umatnya sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Zur menangis apabila membaca kisah baginda yang risaukan nasib umat-umatnya biarpun baginda hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir. Betapa, tingginya cinta baginda kepada kita semua, dan betapa, kita ini adakalanya lupa pada baginda, betapa kita angkuh hidup di bumi Allah ini dengan melakukan kemaksiatan seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya...

Sahabat , semoga kita akan mendapat keberkatan bersama, insya allah

Kata Zur:Teringin sangat nak menziarah makam nabi, bawak anak-anak sekali..

2 comments:

  1. Gi ziarah makam Rasulullah dan berada di Raudah, rasa kehadiran Baginda. Rasa seperti berada di Taman-taman syurga

    ReplyDelete
  2. doc: insya allah doc, one day...i will...teringinnn sangat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts