Thank you so much for following this blog

Wednesday, February 9, 2011

Rest n .... Go!

Salam girls,

How's your day so far? Busy? Tak sempat makan? Stress? Tension? Atau biasa-biasa sahaja, just a normal day? Ok, bagi yang tension and stress tu, ambil masa relaks ya, take a deep breath, dont take too much sugar, ok, not good for our health (hiihihihi...refer artikel zu semalam ye pasal  Ketagihan Gula). Pada yang banyak masa free tu, sambil cover line dari membelek-belek facebook...hihihihi...pesanan zur, jangan sampai kantoi. Jaga periuk nasi masing-masing ya.

Semalam, lepas kerja, zur sempat singgah di The Curve. There is a few stuff yang nak dibeli, yang paling penting ialah buku sekolah anak. So sampai je, terus meluru ke Border, a bookstore. Syoknya kat situ, kalau tak kerana rushing nak ke kedai lain, mesti zur berlengah-lengah. Ingat lagi dulu, zaman bercinta dengan hubby, time nak tunggu dia habis kerja, zur duduk di Kinokuniya (betul ke ejaan aku ni eh?) kat KLCC, tak sedar masa berlalu, leka dengan buku-buku. Tunggu, di suatu hari Jumaat yang aman, nak jugak lepak di Border ni.

Punyalah leka berjalan-jalan , dari floor ke floor, dari store ke store, semua kedai dah zur redah tapi barang yang dicari tak jugak jumpa. Frust betul. Kaki pun dah sakit, pakai high-heel lagi tu. Tekak dah haus. Tiba-tiba....


 Tahu tak apa ni? Ini memang pantang zur, pantang jumpa!. Hehehehe...Terima kasih banyak-banyak pada en. Gintell sebab bermurah hati untuk mewujudkan 'kiosk' yang sebegini. Walaupun bukan free, tapi bagi yang tak berkemampuan macam zur ni,dapatlah orang kata nak menumpang guna...hehehee

Tak sure pebenda ni?


Ini dia kerusi urut electronik (kalau nak manual, kena g spa ye). Nampak sangat selesa kan? Memang selesa. Semua kerusi-kerusi ni kelihatan masih baru dan zur berharap sangat supaya para pengguna akan bersama-sama menjaga dan menghargai kewujudan Rest and Go station ni. Please ye. Station sebegina, sangat membantu, sangat menyenangkan dan sangat syok. Jangan rosakkan harta awam ye, tak baik tau vandalisme, Allah marah, government marah apatah lagi pakcik Gintell.

Free ke? Tak, bukan free, mesti kena bayar:


 Oh, sorry ya, tak berapa clear sebab silau cahaya lampu tu. Charge is RM1 for 3min, RM5 for 15min and RM10 for 30min. So kalau nak lebih lama, sejam contohnya, lepas habis tempoh 30min, just masukkan lagi duit. Lagi satu yang bagusnya, hanya wang kertas sahaja yang diterima. Baguslah kan, kalau tak, jenuh lak nak cari coin...hihihihihi

Location Rest n Go station ni, at first floor kot (tak berapa ingat) tapi depan FOS and Poney store.

Sorry, gambar blurr sbb yang tukang ambil pun, badan tgh bergegar-gegar duk atas kerusi tu...hehehe
Jawapnya, ada yang tiap-tiap minggu pergi The Curve ni...hihihihi

Terima kasih Gintell...so easy, just rest and go...

Kata Zur: Tak mampu nak beli kerusi mahal macam ni, jadi nak ajak masyarakat gunakan secara berhemah sebab kalau boleh, nak pakai lama kan ;)


Tuesday, February 8, 2011

rindu...

To my lovely sister, Nurul Azira, i want to tell you that i miss our second princess so much!.


Kata Zur: Nur'Aisyah Duranni, mommy sayang padamu...

Ketagihan gula? ...Ah sudah!

Pic from uncle google
Salam semua,

Hari ni zur nak berkongsi cerita, mana yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan teladan. Pernah tak you all terasa stress yang teramat sangat dan tiba-tiba stress tu hilang bila you all makan chocolate atau minum air berkarbonat, 100plus misalnya? Atau selera makan akan lebih terbuka luas seluas perut ikan paus bila you all terlalu risau atau bimbang atau tension? Dan untuk mengatasinya, tanpa disedari you all akan makan lebih ais-krim mcdonals, atau dunkin donut, atau starbuck chocolate brownies ice blended atau lollipop? Dan yang bagusnya, lepas makan semua makanan-makanan manis ni, tiba-tiba aja otak jadi tenang...so peaceful, seolah-olah langsung tak ada masalah dalam dunia ni? Biasa buat macam ni? Atau ini sahaja cara untuk mengurangkan kekusutan? Awas tau, itu tandanya anda mengalami ketagihan gula.

Zur pernah mengalami masalah begini, suatu masa dulu. Bukan kata jerawat sahaja yang naik tapi berat badan pun naik jugak, tapi masalahnya tak tahu macamana yang berhenti. Setiap jam MESTI ambil makanan manis, paling kurang pun teh o.

Tapi nak tahu macamana nak berhenti? Tak susah tapi bukan senang, nama pun ketagihan kan. First, yang paling penting tetap terpulang pada diri sendiri, kita harus MAHU untuk berubah ke arah yang lebih positif. Bila ketagihan itu datang, cuba tunggu 5minit, kalau masih lagi mahu, cuba alihkan tumpuan anda, buatlah perkara yang lain, sibukkan diri anda seperti berbual-bual dengan rakan, mengemas rumah, mendengar muzik kegemaran sambil membaca majalah mahupun menulis blog :p

Ada lagi..kalau ketagihan tu masih ada, cuba gantikan dengan makanan-makanan manis ni dengan sesuatu yang lebih sihat sepeti jus atau buah-buahan segar. Buah-buahan sangat baik untuk badan dan kandungan gulanya tidak mempunyai kesan sampingan. Cuba kurangkan kandungan gula dalam minuman sedikit demi sedikit, setiap hari. Kurangkan juga pengambilan, contohnya kalau setiap 2 jam zur nak kena minum nescafe atau teh 0, sekarang zu cuba limitkan 2 kali sahaja dalam sehari. Tak susah, kurangkan gula dulu, gantikan dengan buah-buahan and then jarakkan atau kurangkan pengambilan.

Kalau zur boleh, you all also can.

Kata zur: Selalu beringat, apalah gunanya harta tanpa kesihatan

BELIEVE in YOURSELF

There may be days when you get up in the morning and things aren't the way you had hoped they would be. 
 
That's when you have to tell yourself that things will get better. There are times when people disappoint you and let you down. 

 
But those are the times when you must remind yourself to trust your own judgments and opinions, to keep your life focused on believing in yourself. 
There will be challenges to face and changes to make in your life, and it is up to you to accept them. 

 
Constantly keep yourself headed in the right direction for you. It may not be easy at times, but in those times of struggle you will find a stronger sense of who you are. 

 
So when the days come that are filled with frustration and unexpected responsibilities, remember to believe in yourself and all you want your life to be. 

 
Because the challenges and changes will only help you to find the goals that you know are meant to come true for you. 

 
Keep Believing in Yourself 

Pics from Uncle Goggle

Kata Zur: I never regret anything in my life. If i chance, i still choose to be myself :) . How about you?

Minyak Kepala Dara.....wangiiiii ..

Hi girls,

Zur tak pernah terniat untuk mencuba, memang ada pernah dengar tentang minyak ni tapi tak pernah terfikir pulak nak try until one day, my friend came to me with the NutriMetics catalogue. As a woman who wears hijab, memang ada juga masalah rambut. Apatah lagi last time zur perm and color my hair, seems like its more dry and mudah putus. Shampoo...dah macam-macam yang zur cuba. Pernah sekali zur pergi spa buat head to toe treatment, bila time cuci rambut tu, girl yang cucikan rambut tu tegur and she said that i had a serious hair problem-GUGUR!. Boleh botak, beb, so dia letakkan hair serum, alhamdulillah, agak mujarab. Tapi bila zur nak pergi lagi sekali, haiyooo, sudah lupa apa nama spa tu, sebab banyak sangat tempat yang zur pergi...

Berbalik pada topik kita, Minyak Kelapa Dara, my friend ni tunjukkan shampoo. Baunya, masyaallah, sangat sedap dan menyegarkan. So zur belilah sepasang-syampu dan minyak rambutnya, sampai tak sabar-sabar nak balik rumah untuk cuci rambut...hihihihih. Baunya sangat harum, ada sedikit manis dan sungguh fresh, sebab ada campuran halia. So bila pakai sambil urut-urut kepala, rasa sangat nyaman, lagi best dari shampoo yang ada menthol tu. Plus it is 2 in 1 shampoo..with conditioner. Same goes to the hair serum, not too oily, very nice smell...hmmm... I just dont know how to explain.

Zur suggest pada kawan-kawan yang bertudung dan ada masalah rambut ni, eloklah cuba Set Virgin Coconut Oil from NutriMetics ni. Murah pun murah and kalau serasi, berbaloilah beli.



Kata Zur: Tak kisah sangat pasal brand, janji alah membeli menang memakai. And bila time tidur, hubby pun peluk lebih kuat sebab.....wangiiiiiii ....hihihihihi

Monday, February 7, 2011

Body semaskulin Lilian Tan? Aku tak mampu...

Salam guys,

How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mood from lazy mode to working mode since 7pm last night. Hahaha..kenalah buat macam tu, kalau tak, takut terlajak tidur sampai jam 10pagi.

Jap...jap...Siapa kenal Lilian Tan? Tak kenal? Tak familiar with that name? Tak seglamor Fasha Sandha kot? Tapi tahu tak siapa satu-satunya jaguh bina badan wanita dari Malaysia? Tak tahu? Apa? Tak tahu pun ada jaguh bina badan WANITA? Zur pun tak tahu, dan tak pernah membayangkan tapi here she is: Lilian Tan.


Lilian Tan merupakan anak jati Malaysia, orang Penang. Dia telah menyertai pertandingan Bina Badan di US dan telah memenangi tempat  pertama dalam Miss USA Overall Natural Bodybuilding and Fitness Competition (Open category) and earned her status as a professional natural bodybuilder. Then it was a silver medal in the Natural Olympia Competition (Open category) and a bronze in its Women’s Professional Category.

Wow...kagum..sungguh kagum. Bukan kagum dengan body maskulin tu tapi kagun dengan kesabaran dia yg dengan selamba dan penuh hati kering dalam menghadapi kata-kata orang. First time tengok mesti kata Lilian Tan ni pondan tapi im sorry, she is straight one...she is a woman ok.

Tapi kalau diberi pilihan,, zur tak rasa nak body macam ni. Biarlah zur kurus kering macam ni, sebab zur tanya hubby as a man, what he thinks about a woman like Lilian Tan. Jawapan: kalau macam ni, takut abang!

Hahahaha....so i just be grateful with myself..aku tak mampu. Kalian mampu??

Kata Zur: Tak dapat bayangkan kalau zur body macam ni, boleh tolong atuk menoreh getah di kampung...sure sentiasa kuat dan penuh stamina...hehehehe



Wednesday, February 2, 2011

Marathon Day..

Salam guys,

Esok Chinese New Year. Warna Merah dah seminggu berleluasa, sana-sini pun boleh nampak tanglung tergantung-gantung, nampak sangat cantik di waktu malam. Tak payah pergi I-City, kat KL pun leh tengok. Hmm...patung rabbit pun ada banyak gak jual. Tahun ni kan tahun arnab. Orang yang lahir tahun arnab mesti cergas and cute..hehehe, so siapa yang lahir pada tahun arnab, sila angkat tangan dan senyum..

Unfortunately shopping mall not do so much sales for CNY, not even in KLCC. Oh ya, they had but it is for Valentine Day. So frustated, because im waiting my best time to get my admire Fossil watch and perfumes. I had been missed the YES sale, which is the best time to buy all stuffs, except for FOSSIL, they never had sales la, not even in a dream. KL will have public holiday starts from tomorrow, 4days include weekend. But traffic so clear since Monday, means a lot of people takes extra leave on Monday and Wednesday, so that they got 7 days holiday all together. Good plan, but of course not for me, who just came back from a trip. Kalau still nak bercuti-cuti lagi sedangkan kerja bertimbun, memang sebulan lah dapat kerlingan tajam dari bossess. Huh!

Office today so quiet, so peaceful. Tak dengar perbualan clients from Vietnam yang setiap jam 3pm akan berkumpul di pantry yang letaknya hanya sebelah bilik Zur. Kalau jam 3-4pm tu, kena tahan telinga, sebab macam-macam bahasa akan keluar, vietnam, tamil, iran bla bla bla. Bilik zur pun kurang yang keluar-masuk, siap boleh tutup pintu dan buat kerja sendiri diam-diam sebab masing-masing buat tak reti je. Tapi, ingatkan ramai org cuti maka kuranglah kerja, bolehlah bersenang-lenang tapi alahai.... Dari pagi marathon, so skang, end of the day, bila dah siap kerja-kerja yang urgent, baru terasa keletihan yang amat sangat...keletihan tahap gaban!.. Keletihan yang membuatkan nak angkat kaki pun dan tak larat dah ni, rasa macam nak merangkak je...huhuhuhuhu.

But it's ok, at least i can go for holiday peacefully and when i in to office on Monday, not so much things to do. Hopefully lah kan.

Oh ya, to all my Chinese viewers (ada ke?), i would like to take this opprtunity to wish u, Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai, and to other friends, happy holiday. Drive carefully ya, semoga selamat pergi dan pulang.

To my love one here is message of the day:

fROM the BottOM of HeaRT..

Kata zur: Life without LOVE is just like a tree without  fruits and blossom...pale and useless!

Wednesday, January 26, 2011

C.I.N.T.A


Cinta itu indah...sangat indah. Hanya orang yang terpilih sahaja yang boleh jatuh cinta dan merasai cinta yang sejati. Hanya segelintir yang berjaya meraih cinta, ramai juga yang tewas kerana cinta. Cinta itu suci, cinta itu murni...putih bersih. Cinta itu adakala menyakitkan tapi masih, ia sangat indah dan unggul untuk dimiliki.

Cinta itu hangat...sungguh mententeramkan. Kehangatan cinta itu mampu mencairkan seketul hati yang keras bagaikan batu. Ketenteraman yang dibawa oleh cinta boleh mengundang senyuman sepanjang hari. Sinar cinta yang datang dari hati yang tulus sukar diselindungkan, ia akan terpancar dengan sendirinya melalui pandangan mata yang bening dan penuh kasih. Ya, cinta itu sukar ditafsirkan, sukar juga ditelusi andai di dalam hati tidak pernah ada perasaan cinta.

Cinta itu amat menyenangkan. Bila hati ada cinta, cubalah pejamkan mata, dengan sendiri kamu akan tersenyum bahagia. Hatimu berbunga-bunga ceria, otakmu pantas berfikir sekaligus kamu bisa menjadi insan yang positif. Baguskan kalau punya cinta? Alangkah bertuahnya tatkala cinta itu hadir dan dengan perlahan ia cair dan sebati dengan darahmu lalu mengalir tenang ke seluruh tubuhmu, hingga kamu bisa sahaja merasakan kehadirannya. Indah bukan?

Cinta itu satu anugerah. Ia satu karya agung yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Adakah kita boleh memilih untuk jatuh cinta? Dan adakah kita bisa memilih dengan siapa kita mahu jatuh cinta? Mustahil sayang, cinta sejati hadir dengan sendiri. Cinta satu anugerah Tuhan yang tak ternilai. Alangkah bertuahnya yang empunya badan jika punya ruang untuk menyintai dan dicintai. Biarpun cinta itu bisa membuat kamu gila, tapi kegilaan itulah yang membuat kamu terus tabah meraih cinta.

Cinta itu perlu kebebasan. Jika kamu menyintai seseorang, lepaskanlah dia pergi, berikanlah dia ruang yang diinginkannya agar dia bisa bernafas dan menghargai. Kerana aku bimbang, jika kamu terlalu menggengamnya, akan mati jiwanya dan cintanya akan berakhir tanpa kamu dimatanya.

Jika kamu punya perasaan sesuci ini, bersyukurlah, kerana ramai lagi yang masih menunggu detik dan saat untuk memilikinya. Jika cinta itu hadir, terimalah dengan penuh ketenangan. Dan jika kamu punya insan yang menyintai kamu sepenuh jiwa dan ragamu, jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana takut jika dia terluka, kamu akan kehilangan kasih dan cintanya secara perlahan-lahan.

Hargai cinta, selama masih ada.

Nukilan,
Zur
26 Jan 2011 @ 12.30am



Tuesday, January 25, 2011

It is...

It's nice to know that you're secured with that someone. That even if the rain is pouring hard and the sky is almost dark, he'll never leave you just so you won't feel alone. Even if his friends had left him (and even if he has to be somewhere else) he'd still stay by your side, just so you won't feel alone.

It's so good to know that you have someone who'll be willing to help you cope up in every frustrations you're having. Every depressing moments, every down moments, every self-worthless-realization moments, he'd be there, not because you want someone to be with you, but because he wants to be with you. 
 
It's great to know when a person appreciates every little thing you do. Even a smile would mean a lot to him, just because you own that smile. And that even if no words are expressed as long as the eyes understand, you'd be able to communicate, just like that.

It's overwhelming when a person tells you that he loves you for who you are. He may not have an answer when you ask him why, but really, he doesn't have to have reasons for loving you.

It's more grateful to know that someone is grateful to have you. We don't choose the people who enter our lives, so it must be luck that you have that person, then you have to be thankful. It may just be coincidence or fate, but whatever the reason is, you have to be thankful in having him the same way he is thankful for having you.

It's a wonderful feeling when you're on the verge of giving up the things you've worked hard for, someone isn't just helping you carry the weight on your shoulders, but he carries it on his own because he'd also be in pain when you are in pain. And then you'll realize, trials would all be worth it as long as you have him, not because he would do things for you, but because you gather all the strength you need, in him and his love.

It's a superb feeling when one is willing to take the risks just so you'll be happy. Unselfishness rule in him just so happiness would take over you.

It's a nice feeling that when you're apart, and days seem to be long, that person misses you. Yes, you might feel bad about not being with each other, but knowing that you feel the same way would drive those blues away, thinking, you'd fight over that feeling because you're looking forward to seeing each other, and that's something to be happy about.

It's a great feeling when he wants to be with you because of the happiness you have when you're together. That even if corny jokes and senseless stories are told, it won't matter as long as you're together.

It's a lovely feeling when someone thinks about your future, with or without him. He cares and he cares enough to think of you and what you'll be someday. But of course, he also wants to be in it someday.

It's a nice feeling when you can be who you really are with that person. No pretentions, no lies, no hypocrisy, because he accepts you for who you are. You can be funny, you can be embarrased, but it won't matter coz it doesn't matter to him. Trust and faith in each other keeps you alive. And it will always do.

It's good to know that you have someone who'll not have the intentions of breaking your heart. Instead, he would be willing to mend it, picking up the broken pieces of your heart that your past love have scattered in the ground. He may not be able to put the pieces back to where they really belong, but you shouldn't mind, because he had repaired that heart of yours, and he fixed it in his own way. He loves you in his own way, not the way your past did. He fixed your heart in a different way, to keep you from feeling the pains of your past heartache and to make you feel, the love, that he's unselfishly giving.

It's a great feeling when that person has every effort to let you feel what he feels for you. Because of the distractions, you may not hear him shout it to the world, but as long as you feel it, his efforts has paid off, big time. And when you feel the same way too... He'd feel as if he's the luckiest person alive.

... when in fact, you're more blessed to have him.

Monday, January 24, 2011

Entry Cuci Mata di Bandung

Hari ni jiwa sedikit kacau, mungkin badan sedang keletihan yang amat sangat selepas pulang dari trip ke Jakarta-Bandung-Jakarta selama beberapa hari. Itu Marathon holiday, pecah rekod. Dan itu juga membawa maksud yang jasad ini tidak lagi muda dan kuat untuk terus bekerja selepas perjalanan yang panjang dan amat memenatkan. Lesson learnt: Ambillah cuti supaya boleh berehat secukupnya dan taklah tanpa sedar boleh argue dengan boss :(

Kalau nak share entry pasal barang-barang yang dah dibeli, bosan pulak nanti. So zur ambil secara random je gambar-gambar yang zur rasa patut dikongsi.

Lokasi: Lembang Tauhu, Bandung - Tauhu Tauhid yang famous, di cicah dengan kuah kicap campur cili padi, ada lak teh botol...pergh..marvellous.         
Lokasi: Tangkuban Parahu, Bandung - Mini instruments sells at the bazaar, they are extremely cool and their people...so talented. Wa respect lu, bro
Lokasi: Toko Tiga - Kura-kura kesepian.    

Lokasi: Pasar Baru, Bandung - Silver ring, tak dapat diamond, silver pun jadi lah :(
Lokasi: Sanny Rossa Hotel, Jln Setiabudi, Bandung - Beg-beg yang dah 'beranak-pinak' daripada 5 ke 9 buah beg... wakakakaka...nasib baik tak kena extra charge di airport.
Lokasi: Berhampiran Pasar Baru (cant remember what is the name of the road) - Salah satu painting yg dijual di kaki lima. They are so talented, it looks alive
Pose favorite tuan rumah...sekianm terima kasih :)
 

Monday, January 17, 2011

24 Things to Always Remember

Your presence is a present to the world.
You are unique and one of a kind.
Your life can be what you want it to be.
Take the days just one at a time. 

Count your blessings, not your troubles.
You will make it through whatever comes along.
Within you are so many answers.
Understand, have courage, be strong. 

Do not put limits on yourself.
So many dreams are waiting to be realized.
Decisions are too important to leave to chance.
Reach for your peak, your goal and you prize. 

Nothing wastes more energy than worrying.
The longer one carries a problem the heavier it gets.
Do not take things too seriously.
Live a life of serenity, not a life of regrets. 

Remember that a little love goes a long way.
Remember that a lot … goes forever.
Remember that friendship is a wise investment.
Life’s treasure are people together. 

Realize that it is never too late.
Do ordinary things in an extraordinary way.
Have hearth and hope and happiness.
Take the time to wish upon a start. 

AND DO NOT EVER FORGET ….
FOR EVEN A DAY
HOW VERY SPECIAL YOU ARE !


Kata Zur: You can do it when you believe you can, not hard to be positive, its all comes from your mind :)

Saturday, January 8, 2011

Can you ever love me for me?

Can you ever love me for me? 
For the me that I am true and true 
Can you love me with my imperfections? 
Can you see me as I am and not as what you want me to be?
 
Can you ever love me for me?
 
For the me that makes mistakes and speaks without thinking 
Can you love me even when I am unreasonable? 
Can you see me as I am and not for the Angel you seek?
 
Can you ever love me for me?
 
For the me that cries when a stranger child is hurt 
Can you love me when I am sad without me having a reason to be? 
Can you see me as I am not as what I once was? 
Can you ever love me for me?
 
Photo by Niki_Sue23
I said: And sometimes she just doesn't care....


Tuesday, January 4, 2011

A Glass of Water and A Couple of Vits

Assalamualikum and hello my friend

My husband gave positive comments (not complaint ok...it's totally two different thing) about my face. I had smalls pimple's scar on my face (which is made me feel that Im the ugliest woman in the world and this is dropped my self-confident). Because Im too worried and hates to see my own face in the mirror (entah macamana, with scar, i've seen myself turn to be a nenek kebayan yang sedikit muda dari cerita-cerita dalam tv tu), so i decided to do facial at Dermalogica saloon at Capsquare, near my office.

After few times and with the Active Mosturiser that cost me RM230 for 100ml (huhuhu) it's finally works. The scar has been lighten and my skin getting smooth and better. My husband told me that the skin now looks nice because i did the facial and the most important thing is: i've taken the vit.e and multivits that he bought for me.

What i want to say here is, my dear, im beautiful not because i am, it is because you love me. And my skin getting better not because of the facial, that damn expensive product or whatsoever, but it is because of his love and caring to me that shows in a glass of water and a couple of vits that he prepared for me on the kitchen table, everynite after dinner. And i wrote it here just to let him knows that i do appreciate every single things he did to me, and i do hope that he got my point when he read this.

Life is nothing without Love.

Kata Zur: I love you too :)

Thursday, December 30, 2010

Kan dah cakap...Malaysia memang BOLEH!

Malaysia Menang....woohooooooo
Aksi perlawanan bolasepak Piala Suzuki semalam masih terbayang di ruang mata zur. Hari ini masuk ke office, senyum tak sudah, macam anak dara kena pinang. Bangga ada, terharu ada. Yelah, pertama kali kita menang dalam tempoh 14 tahun, ibaratkan bumi kemarau yang disimbah hujan... Hebat, memang hebat. Rasanya dah lama tak melihat pasukan Malaysia sehebat ini. Nampaknya kepercayaan coach Malaysia , K.Gunalan terhadap pemain-pemain muda tak dipersiakan. Mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu mengembalikan kegemilangan Malaysia dan membuatkan Malaysia mula dipandang dimata asia.

Hmm..siapa yang paling hebat? Bagi zur, pujian harus diberi kepada goalkeeper kita, Khairul Fahmi. Muka memang ganas giler macam Mask Rider Kabuto, tapi dia sangat matang dalam menangani situasi. Walaupun telah memboloskan 2 gol pada game ke-2 di Jkt, tapi dia tetap seorang hero. Zur rasa dia sangat berani dan he just knows what to do. Wa suspect lu lah, bro

Tahniah pada Safee Sali yang tapau best player punya award. Jangan lepas ni, terus prestasi merudum lak. Congrats juga pada barisan pertahanan Malaysia yang beraksi cemerlang walaupun terlepas gak 2 gol. And yang paling penting, terima kasihlah pada skuad Harimau Malaya sebab bawak balik kejuaraan sekaligus memberi kami cuti percuma.... tapi sayang Jumaat tu memang replacement New Year holiday for my company so, management just added one more day to our annual leave. Okaylah walaupun baru ingat kalau dapat cuti sederet, boleh tapau OT. ..

Congrats Malaysia...and thanks for all Malaysian for the support.

Kata Zur: Tak heran dengan laser2 issue ni sebab keeper kita bukan lembik mcm Mungkas...adios

Friday, December 24, 2010

Erti Perkahwinan

Sejak akhir-akhir ni banyak perkara yang berlaku di sekeliling Zur. Kisah kejayaan dan kegagalan perkahwinan banyak membuat zur termenung sendiri, fikiran melayang, berfikir dan terus berfikir. Betapa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, diciptakan satu ikatan yang menyatukan hati dua jiwa, menghalalkan seks dan dikurniakan pula halangan-halangan bagi menguji kekuatan dua hati. Jika sabar maka bersamalah mereka tapi jika perasaan menjadi taruhan, maka ia tak kemana-mana.

Kisah perkahwinan seorang sahabat yang diceritakan secara tak sengaja di suatu tengahari yang agak aman, bukan sahaja membuatkan zur tersenyum malah di sudut hati secara tiba-tiba ada sedikit rasa kesyukuran. Kisahnya yang bercinta bertahun-tahun dan kemudian mengambil keputusan mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan menarik minat zur untuk terus mendengar. Ikatan perkahwinan itu sebaliknya menjadi duri dalam daging lantaran masing-masing sibuk dengan kerjaya dan mulai tidak punyai masa untuk bercinta lagi. Apatah lagi mereka terpisah jauh, harus menyeberangi gunung dan lautan untuk berjumpa. Pengakhirannya, mereka mengambil keputusan untuk berpisah apabila dirasakan tidak lagi punya keserasian.

Tapi itu dahulu. Entah bagaimana, tiba-tiba dia datang dan mengkhabarkan berita gembira that they decided to give each other another chance. Dan entah mengapa, zur rasa sangat gembira. Mungkin selama dia bercerita, zur dapat merasakan kekalutan dalam hidupnya. Ya, benarlah dalam hidup seorang lelaki itu, walau sebagaimana hebat pun kehidupannya, dia masih memerlukan seorang wanita yang menjadi pendorong dan pendampingnya.

Sebenarnya zur sangat seronok. Hati zur terasa riang melihat dia kembali bahagia. Walaupun adakala semasa dia bercerita, kitorang bagaikan ayam dengan itik (sebab tak faham sangat slang dia...hiihihihi), tapi zu faham luahan hatinya. Dan sebagai sahabat, zu nasihatkan dia supaya jangan lagi menoleh ke belakang, teruskan memenangi hati isterinya kerana bagi zu, tak berbaloi jika berpisah selepas bertahun-tahun mengharungi susah dan senang bersama. I just think that both of them made a correct decision.

Kisah-kisah begini banyak mengajar zur.Itulah kehidupan. Memetik kata seorang sahabat, hidup ini adakalanya tidak banyak pilihan. Tapi ada masanya terlalu banyak pilihan di depan mata sehingga kita keliru dan tidak tahu yang mana yang benar, yang mana yang salah. Hati...ya, soalnya hati. Terpulang apa kata hati tapi kalau zu, zu akan pastikan suara hati itu datangnya dari fikiran kerana itulah tujuannya Allah kurniakan kita akal.

Merenung kembali usia perkahwinan zur yang baru sahaja menjangkau usia 6 tahun baru-baru ini, terasa masih banyak kekurangan diri ini dalam mendapat keredhaan suami. Terlalu banyak cacat dan celanya, terlalu hebat dugaannya, terlalu rapuh, too fragile, maka zur tahu, haruslah terus menatangnya bagai minyak yang penuh. Banyak lagi yang harus dilakukan, membaja cinta agar sentiasa harum mewangi, mengambil berat perkara-perkara remeh yang sebenarnya memberi kesan yang amat mendalam dalam sesuatu perhubungan. Jauh, masih jauh perjalanan, banyak lagi yang harus ditempuh tapi zur yakin, selagi diri ini sujud kepada-Nya, Dia akan sentiasa menunjukkan zur jalannya..

Buat suami tersayang, zu tahu he is one of my silent reader too. Zur cuma nak ucapkan terima kasih padanya kerana menjaga zu dengan baik selama ini, sentiasa bersabar dengan sikap zur yang agak keanak-anakan ini dan menerima zur seadanya. Maaf, kerana masih banyak kekurangan diri ini tetapi terima kasih kerana terus memberi peluang pada zu untuk menjadi diri sendiri.

Happy 6th Anniversary, my dear. May Allah bless both of us.

Kata Zur : Never forget 3 important word: I love you, Im sorry and Thank you  ;)









Hero ...

I would like to dedicate this song to my hero, Muhammad Muqri. May Allah bless him forever:


There's a hero,
If you look inside your heart,
You don't have to be afraid
Of what you are.

There's an answer,
If you reach into your soul,
And the sorrow that you know
Will melt away.

And then a hero comes along
With the strength to carry on.
And you cast your fears aside
And you know you can survive.

So when you feel like hope is gone.
Look inside you and be strong.
And you'll finally see the truth,
That a hero lies in you.

It's a long road,
When you face the world alone,
No one reaches out a hand
For you to hold.

You can find love,
If you search within yourself,
And the emptiness you felt
Will disappear.

And then a hero comes along.
With the strength to carry on
And you cast your fears aside.
And you know you can survive.

So when you feel like hope is gone.
Look inside you and be strong.
And you'll finally see the truth,
That a hero lies in you,

Lord knows,
Dreams are hard to follow.
But don't let anyone,
Tear them away.

Hold on,
There will be tomorrow.
In time,
You'll find the way.

And then a hero comes along.
With the strength to carry on
And you cast your fears aside.
And you know you can survive.

So when you feel like hope is gone,
Look inside you and be strong.
And you'll finally see the truth,
That a hero lies in you.
That a hero lies in you.

With Love,
mama

Thursday, December 16, 2010

Menutup Aurat Adalah Seksi... ;)

Salam Satu Malaysia semua.

Hari ni Zu nak menyentuh sikit pasal isu menutup aurat ni. Maaflah, zu bukanlah seorang yang berilmu tentang bab-bab begini, setakat asas untuk panduan sendiri tu bolehlah. Tapi tadi Zu terjumpa satu artikel yang amat menarik minat zur, tajuknya pun sungguh catchy. Artikel yang zur dapati daripada laman sesawang (hehehe..) www.iluvislam.com ini ditulis oleh saudara Hanif Abdul Hamid, editor majalah Almusafirq8.

Marilah, kita kongsi bersama. Moga dapat membuka minda kita dan mana tahu, boleh mengubah persepsi kita?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.

Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?

Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.

Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?

Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.

Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.

Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.

Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.

Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.

Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.

Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.

Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.

Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.

Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.

Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.

Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

Kata Zur: Tepuk dada tanya iman. Allah kurniakan akal kepada kita untuk berfikir. Ikut rasa, binasa, ikut hati, masuk neraka...pilihlah.. :)

Wednesday, December 15, 2010

Kita Hidup Kerana Adanya Cinta....

Salam sejahtera semua,

Bagaimana hari anda setakat ini? Adakah segala-galanya berjalan lancar dan membuatkan anda tersenyum sepanjang masa? Atau semua yang dirancang tak seperti yang diharapkan? Hmm...sabar ye. Bukan semua yang kita mahu dimudahkan jalannya tapi percayalah, sedikit rintangan mampu memberi warna dan kemanisan yang berbeza dalam hidup kita.

Zu baru baik demam. Orang kata "biasalah tu, demam".Itu kalau orang yang biasa demam, kalau yang tak biasa demam mcm zu ni, ha, jawapnya memang tak bangunlah. Teruk juga, sampai tak larat bangun, kepala sakit rasa macam nak pecah, satu badan sakit-sakit sampai tak boleh tidur, makan tak selera, minum pun terpaksa, paling teruk bila diserang kesejukan melampau satu badan. Letaklah satu dozen selimut pun, sejuk tu memang tak berkurang. Ingatkan dah sampai masa, syukur, Allah mendengar doa Zu. Ya, Zu belum bersedia, tidak sehinggalah anak-anak zu tahu berdikari dan tahu tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim. Syukur padaMu, Allah. Terima Kasih Ya Tuhanku.

Kasihan pada keluarga di kampung yang bergegas datang ke KL sebaik sahaja mendengar Zu jatuh sakit. Maaf abang, maaf mak, maaf abah, maaf juga pada atuk, wan dan adik-adik kerana membuat kalian risau. Bukan Zu tak menjaga diri tapi penyakit tu datang kembali. Dah puas Zu kawal supaya tak melarat tapi bila time nak kena, kena juga. Tak ada ubat, hanya boleh mengurangkan derita yang ada. Mengalir airmata menghadapi saat-saat kesakitan itu, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya melihat anak-anak memandang Zu dengan cemas. Insya Allah, sayang, mama akan kuatkan semangat. Mama yakin pada kasih sayang Allah pada kita.

Betul kata mak, jaga kesihatan. Penting sangat kesihatan sehingga diandaikan jika punya wang berjuta pun, ia tak memberi makna bila badan tak sihat. Tak boleh makan itu ini, tak larat nak jalan sana sini apatah lagi membeli yang begitu dan yang begini.

Tapi macam tulah putaran hidup. Ada masa kita sihat, ada masanya sakit. Ada masa susah, ada masa senang. Malah Zu pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa hidup kita ni ada 3 stage utama:

1. Kita berkeinginan tapi kita tak punya wang dan tak berupaya (ini time budak-budaklah kan..)
2. Kita berkeinginan, kita berupaya tapi tak punya wang ( rasa-rasa kebanyakan orang macam ni)
3. Kita berkeinginan, kita punya wang tapi kita dah tak berupaya (ini bila dah masuk usia senja dimana kesihatan tak lagi mengizinkan.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Atuk kata, jangan lupa Allah sebab Allah tak pernah terlepas memandang dan menilai kita.

Kata zur: Hidup ini, ada kepahitan yang susah untuk diterima tapi kenanglah pada kemanisan yang adakalanya hadir sebagai pelangi kehidupan. Bila kita rasa sudah kaya, kesudahannya hanya keluarga yang kita ada. ;)

Wednesday, December 8, 2010

Terima kasih orang Chukai .....

Assalamualaikum semua,

Hujung tahun memang time untuk berjalan-jalan, sama ada disebabkan time ni cuti sekolah panjang atau sebab nak habiskan cuti tahunan yang tak boleh diforward ke tahun berikutnya (kui...kui..kui). Apapun alasannya, inilah masanya untuk keluarga tersayang.

Last week, family zur telah konvoi beramai-ramai ke Pantai Timur. Itinerarynya ialah menjenguk bekas cikgu kitorang di Chukai, dah lebih 10 tahun tak jumpa (thanks to Facebook that bring us together again) pas tu makan ikan bakar di Tj.Lumpur and the next day, wanna go to the beach.

Jom tengok-tengok sambil zu sambung cerita...

Sebelum bertolak, semua agak bermalas-malasan. Apa taknya, hujan turun menambahkan nikmat tidur. Haish, budak-budak ni, akhirnya hampir pukul 10am jugak kitorang bertolak dari Temerloh. Sepanjang jalan hujan je memanjang, alhamdulillah, sejuk sikit. Anak-anak pun relaks je sepanjang perjalanan.

Ahli rombongan yang dah tak sabar-sabar lagi nak memulakan perjalanan, snap snap dulu....atuk tumpang sekaki tapi tak ikut..sayang sangat kat ayam itik angsa dia..haish

Baru sampai di homestay di Bandar Damansara, Kuantan..its really a big house with 4 rooms and 4 bathroom, huge hall, big kitchen and very nice place...rent for RM200 per night...worth it for a big group like us..

Sampai di Kuantan, melencong ke Bandar Damansara dulu, ambil kunci rumah dan letak barang (berat kereta ooo..). Lepas berehat sekejap dan berebut bilik...(hehehe), kami terus ke Chukai. Perjalanan mengambil masa hampir sejam lebih selepas GPS orang tu telah mengelirukan kami (hehehe...) Nasib baik selamat sampai, kalau tak, tinggallah GPS tu kt tepi jalan tu.
With cikgu Jamal and wife, at the back is my crazy sister....cikgu Jamal is my discipline and history teacher , very garang one but see....he is in our heart, jauh kami datang, cikgu...

Cikgu Jamal nampak muda lagi, still macam dolu-dolu. Cuma slang terengganu je yang makin tegar (hehehehe)...Apapun, kedatangan kami di sambut dengan penuh ramah, terima kasih pada kak yah yang sudi menyediakan nasi tomata yang marvellous kau mmg de bom.Sedapnya sampai terkenang-kenang. Pas tu sambil minum teh kosong, pekena lak kerepok lekor fresh, pergh...sambil borak-borak mengimbau kisah-kisah lama...hehehe

Ni tah mcmn di tengah-tengah keramaian boleh syok sendiri...wakakakaka...

Cikgu Jamal ni cyclist, ni basikal kesayangan dia..opss..salah satunya lah, tapi yang ni letak dlm rumah sbb harganya boleh buat deposit beli umah...hahahahaha...gurau je cikgu..putera puteri tumpang bergaya...hehehe
Ahli rombongan cik kiah...huru-hara rumah cikgu tapi kami sangat suka, sbb makanan sedap, rasa macam family sendiri je,  lain kali kitorang datang tidur kat umah lak cikgu ye...ye...ye...
Kami lepak2 di rumah cikgu dalam sejam-dua macam tu, lepas tu rushing balik ke kuantan sebab malamnya semua sibuk nak makan ikan bakar + seafood. On the way singgah di gerai-gerai di tepi jalan beli keropok2, sata dan otak-otak buat bekal dalam kereta..(hehee..makannn je).

Nanti sambung....okay...bye for now

Hal Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu...

Beberapa fakta yang perempuan perlu tahu mengenai lelaki:

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. 
  • Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. 
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita… 
  • Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! 
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. 
  • Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. 
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 
  • Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! 
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… 
  • Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:) 
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. 
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti… 
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 
Kesimpulan: Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

Kata Zur: i reserve my comment! hehehe....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts