Sejak akhir-akhir ni banyak perkara yang berlaku di sekeliling Zur. Kisah kejayaan dan kegagalan perkahwinan banyak membuat zur termenung sendiri, fikiran melayang, berfikir dan terus berfikir. Betapa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, diciptakan satu ikatan yang menyatukan hati dua jiwa, menghalalkan seks dan dikurniakan pula halangan-halangan bagi menguji kekuatan dua hati. Jika sabar maka bersamalah mereka tapi jika perasaan menjadi taruhan, maka ia tak kemana-mana.
Kisah perkahwinan seorang sahabat yang diceritakan secara tak sengaja di suatu tengahari yang agak aman, bukan sahaja membuatkan zur tersenyum malah di sudut hati secara tiba-tiba ada sedikit rasa kesyukuran. Kisahnya yang bercinta bertahun-tahun dan kemudian mengambil keputusan mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan menarik minat zur untuk terus mendengar. Ikatan perkahwinan itu sebaliknya menjadi duri dalam daging lantaran masing-masing sibuk dengan kerjaya dan mulai tidak punyai masa untuk bercinta lagi. Apatah lagi mereka terpisah jauh, harus menyeberangi gunung dan lautan untuk berjumpa. Pengakhirannya, mereka mengambil keputusan untuk berpisah apabila dirasakan tidak lagi punya keserasian.
Tapi itu dahulu. Entah bagaimana, tiba-tiba dia datang dan mengkhabarkan berita gembira that they decided to give each other another chance. Dan entah mengapa, zur rasa sangat gembira. Mungkin selama dia bercerita, zur dapat merasakan kekalutan dalam hidupnya. Ya, benarlah dalam hidup seorang lelaki itu, walau sebagaimana hebat pun kehidupannya, dia masih memerlukan seorang wanita yang menjadi pendorong dan pendampingnya.
Sebenarnya zur sangat seronok. Hati zur terasa riang melihat dia kembali bahagia. Walaupun adakala semasa dia bercerita, kitorang bagaikan ayam dengan itik (sebab tak faham sangat slang dia...hiihihihi), tapi zu faham luahan hatinya. Dan sebagai sahabat, zu nasihatkan dia supaya jangan lagi menoleh ke belakang, teruskan memenangi hati isterinya kerana bagi zu, tak berbaloi jika berpisah selepas bertahun-tahun mengharungi susah dan senang bersama. I just think that both of them made a correct decision.
Kisah-kisah begini banyak mengajar zur.Itulah kehidupan. Memetik kata seorang sahabat, hidup ini adakalanya tidak banyak pilihan. Tapi ada masanya terlalu banyak pilihan di depan mata sehingga kita keliru dan tidak tahu yang mana yang benar, yang mana yang salah. Hati...ya, soalnya hati. Terpulang apa kata hati tapi kalau zu, zu akan pastikan suara hati itu datangnya dari fikiran kerana itulah tujuannya Allah kurniakan kita akal.
Merenung kembali usia perkahwinan zur yang baru sahaja menjangkau usia 6 tahun baru-baru ini, terasa masih banyak kekurangan diri ini dalam mendapat keredhaan suami. Terlalu banyak cacat dan celanya, terlalu hebat dugaannya, terlalu rapuh, too fragile, maka zur tahu, haruslah terus menatangnya bagai minyak yang penuh. Banyak lagi yang harus dilakukan, membaja cinta agar sentiasa harum mewangi, mengambil berat perkara-perkara remeh yang sebenarnya memberi kesan yang amat mendalam dalam sesuatu perhubungan. Jauh, masih jauh perjalanan, banyak lagi yang harus ditempuh tapi zur yakin, selagi diri ini sujud kepada-Nya, Dia akan sentiasa menunjukkan zur jalannya..
Buat suami tersayang, zu tahu he is one of my silent reader too. Zur cuma nak ucapkan terima kasih padanya kerana menjaga zu dengan baik selama ini, sentiasa bersabar dengan sikap zur yang agak keanak-anakan ini dan menerima zur seadanya. Maaf, kerana masih banyak kekurangan diri ini tetapi terima kasih kerana terus memberi peluang pada zu untuk menjadi diri sendiri.
Happy 6th Anniversary, my dear. May Allah bless both of us.
Kata Zur : Never forget 3 important word: I love you, Im sorry and Thank you ;)
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam viewers, Entry hari ni simple, sesimple cara menyediakannya. Eh? Kenapa nak buat sendiri? Kan baru balik dari spa. Ohh..macam ni, adik...
-
Salam sejahtera sahabat yang dihormati... Hari ni, Ahad, adalah hari-hari yang biasa je. Tiada apa yang luar biasa, kehidupan semua biasa je...
-
Salam semua, Hari ni, one of my friend yang sedang mencari rezeki di perantauan mengadu dia rasa tak sihat, bukan sebab H1N1 tapi sebab sa...
-
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung min...
-
Hmmm.. Salam sejahtera semua. Sebagai permulaan , aku nak kemukakan satu soalan panas: pernah tak korang rasa menyampah atau tak suka deng...
-
Salam sejahtera to all my wonderful friends, Today is Friday and it's closing of a wonderful week soon :). I was so busy this wee...
-
Hye, good day everyone, Last weekend zur and family sempat meluangkan masa jalan-jalan cari makan di Pantai Jeram. Lokasi sebenar atau...
-
Salam sejahtera semua.. Today is Wednesday already, eh, baru zur perasan kebanyakan entry zur diposkan pada hari Rabu. Haha..nampak sangat...
-
Assalamualaikum semua, Hobby baru...baking. Bukan sebab dah beli oven baru (no..no..no..) tapi sebab rasa macam hilang stress bila mem'...
-
Salam guys, How's your day so far? Must be very busy. Still Monday blues? Well, im not saying im not but mostly i had switch on the mo...
as k.zu mentioned ----> Never forget 3 important words: I love you, Im sorry and Thank you ☻
ReplyDeletewill bear it in my mind.. 1st n 3rd part will be kacang to say but it will take lots of effort to 2nd part..moga² hati ni sentiasa lembut dan tidak goyah dengan bisikan² busuk!...♥
Mida,
ReplyDeleteJauh lagi perjalanan, makin banyak dugaan, harus tambahkan kesabaran, maniskan dgn senyuman dan lembutkan dengan kata-kata maaf kerana ego tak akan pernah membawa kebaikan.
Just bear in mind, syurga mida sekarang di bwh tapak kaki suami :)
kata akak pd diri sendiri: ikut hati mati, ikut rasa masuk neraka...pilihlah ;)
kakzu, u've been hit by me----> http://todtakubest.blogspot.com/2010/12/mama-kembar-3-buat-giveaway-yay.html
ReplyDeletehehehehe