Thank you so much for following this blog

Friday, April 15, 2011

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan....Syoknya!


  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah. Orang yang menangis kerana takut Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 tahun.
  • Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  • Barangsiapa keluar Ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
  • Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya, Allah akan memuliakannya di dalam syurga.
  • Barangsiapa direzekikan dengan anak, wajiblah baginya mengajar anak itu adab dan akhlak semoga dia mendapat kemewahan rezeki dan syafaat (pertolongan) anak-anaknya. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu dengan ilmu dan adab, pahala anak itu turut diperolehinya.
  • Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerana meninggalkan sembahyang jika telah berumur 10 tahun. Pisahkan anak-anak lelaki dari anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.
  • Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun maka kahwinkanlah dia

Kata Zur: Alamak Zara...kalau Zara umur 16 tahun dah kahwin, siapa nak temankan mama pegi shopping, pergi spa, pergi saloon and pergi bercuti? Siapa nak teman mama masak di dapur...huuuhuhuu




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts