Thank you so much for following this blog

Saturday, April 2, 2011

Hati yang makin kurang berperasaan...

Hati ini rasanya makin kurang berperasaan...semua bagai hilang bersama masa
Mana hilang semua rasa cinta, pupus sudahkah rasa sayang
Hati...yang kian hari semakin kering dengan rasa cinta
Walaupun jauh di sudut sana, ia masih ada..



Pernah tak dalam hidup you all menjadi seorang yang tidak berperasaan? Tak payah hitung tempohnya, walaupun sesaat pasti ada. Ya, zur sekarang, pada waktu ini adalah seorang yang tidak berhati perut...oooh tidak, itu terlalu kejam untuk digunakan ke atas diri sendiri...hmmm...bukan seorang yang tidak berhati perut tapi seorang yang hatinya kosong..hatinya tidak punya apa-apa perasaan...Adakah ini simptom-simptom ke arah menjadi seorang yang 'tidak berhati perut' ?

Okay...here is the scenarios

Senario pertama:
Suami di rumah, anak-anak juga. Its off-day tapi kamu dengan muka selamba bangun seawal pagi seperti hari-hari biasa, bersiap-siap dan terus kejutkan suami yang sedang lena diulit mimpi, minta dia hantarkan kamu ke pejabat because you cant drive (boleh ke bawa kereta tanpa lesen?). Anak-anak yang sedang syok tidur pun menjadi mangsa. Adakah ini tanda-tanda bahawa seseorang itu punya hati yang tak berperasaan?

Senario kedua:
Makcik dan keluarga dari kampung datang bertandang ke rumah. Seronok sebab sudah lama sangat tak jumpa, jadi mereka bermalam di rumah kamu. Tapi keesokan paginya, kamu bangun awal pagi dan kejutkan suami supaya menghantar kamu ke pejabat, walhal ada tetamu di rumah. Persoalannya, adakah kamu seorang yang makin kurang perasaan dalam hati kamu?

Senario ketiga:
Mak di kampung banyak kali menelefon dan menghantar sms, menyuruh kamu pulang kerana rindukan cucu-cucunya. Tapi kamu dengan selamba menyatakan bahawa kamu terlalu sibuk dan terpaksa datang bekerja pada hujung minggu. Adakah ini juga tandanya kamu seorang yang tidak berperasaan.

*sigh*...life is not easy. Sometimes we feel like 24hours is never enough for us, we want more. Kita tak tahu nak bersyukur? Bukan...kita bukan tak tahu, hakikatnya kita terlalu malas untuk bersyukur.

Zuriati...pulanglah ke pangkal jalan




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts