Thank you so much for following this blog

Wednesday, April 27, 2011

Gila Laksa

Assalamualaikum semua, salam 1Malaysia...

Zur pasti ramai yang suka makan, especially Malaysian people who exposed to variety of foods. Ada masakan melayu, cina, India, Nyonya dan lain-lain. Melayu pula banyak, melayu jawa, melayu minang, melayu asli...fuh, kalau nak cerita memang boleh buat Folio Sejarah macam zaman-zaman sekolah dulu.
Yummylicious-pics taken from uncle google

Ini, zur nak cerita sikit pasal salah satu masakan atau makanan yang terkenal, L to the A to the K to the S to the A...LAKSA.Laksa ni setahu zu ada banyak-banyak jenis pula, ada laksa assam, laksa lemak, laksa kari. Ada lagi ke? Kalau ada lagi, you all tolong inform ye.

Honestly zur bukan penggemar laksa, malah boleh dikatakan tak suka sangat. Tapi pada suatu hari yang sibuk ditambah pula dengan cuaca yang mendung dan perut yang berkeroncong, zur yang pada ketika itu dah mati kutu fikir nak makan apa time lunch..tah macamana terbuka hati nak mencuba laksa. Ini gara-gara kakak secretary kat opis ni lah, yg 'meracun' zur. Ceh! Kan dah terjebak dengan laksa kat kedai mamak ni, dahlah sedap..haish. Sudahnya setiap Khamis terpaksalah zur turun makan laksa, siap tapau makan lagi.

Pada penggemar-penggemanr laksa, kalau berkesempatan bolehlah merajinkan diri naik LRT Putra ke station Dang Wangi, pas tu carilah Menara Safuan. Sebelah Menara Safuan tu, ada kedai mamak yang agak tersorok, datang pada hari Khamis sahaja dan rasalah penangan Laksa Assam nya yang menyengat kalbu, buat tidur malam mu tak lena, menghitung hari menanti hari Khamis yang berikutnya. Kalau berani, cubalah!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts