Thank you so much for following this blog

Wednesday, April 13, 2011

Jangan jadi Hantu Kangkang!

Kisah hantu kangkang ni makin lama makin banyak yang zur dengar. Sana sini orang bercerita,mula-mula seram jugak mendengarnya, tapi lama-lama jadi bahan lawak, bahan gosip sambil minum kopi di petang hari.

Kalau di luar sana heboh orang bercerita tentang Hantu Kak Limah balik rumah, bagi zur kisah hantu kangkang ni lagi seram. Boleh tegak semua bulu roma bila mendengarnya, bagi mereka yang tak biasa dan belum terdedah pada bahaya radiasi kisah hantu mengangkang ni, elok-elok duduk jauh-jauh, bukan apa, zur takut nanti boleh pengsan. Bagi mereka yang tak kuat semangat, ikutlah nasihat zur supaya beristigfar banyak-banyak, semoga hantu ni tak akan 'menukar' lebih ramai manusia menjadi seperti mereka.

Hantu kangkang ni memang bahaya. Dia bukan macam drakula atau pontianak yang suka menghisap darah demi melepaskan keinginan mereka. Dia lagi bahaya sebab dengan sekali kangkang je, memang mereka yang kurang semangat dan iman akan terjebak...mungkin untuk seketika, mungkin menjadi hamba untuk selama-lamanya.

Hantu jenis ni memang ada dimana-mana, lagi dia suka di hotel-hotel mewah. Concorde ke, Hilton ke, Mandarin Oriental ke, atau kalau mangsa nya suka terbang sana-sini, dia suka mengangkang di atas tengkuk mangsanya. Yang mangsanya seronok juga, boleh lepaskan nafsu serakah, habis dah hantu tu kerjanya mengangkang, dia pun suka lah.

Kalau mangsanya punya banyak wang, lagi lah hantu ni menjadi-jadi. Kalau setakat shopping mall kat KL ni...eleh..KLCC, Pavillion, Mid Valley, itu semua dia pandang sebelah mata je. Mesti nak ke Paris sana.  Mobile phone kalau setakat Nokia,or Sony , hantu ni tak pakai, pilihan mesti Iphone atau Blackberry, mesti yang ada class. Pakaian mesti yang branded okay, Ipad atau Tab salah satu koleksi, belum tengok lain-lain aksesori, jam, kasut atau yang sebagainya...ish..kalau kita manusia biasa ni, mana-mana yang tak mampu tu, memang telan airliur lah... Hebatkan hantu kangkang ni.

Ramai sudah yang terjebak, dan dah bertukar menjadi hantu kanggkang ni. Mana-mana yang kurang solat, tak ingat tuhan, tak ingat dosa dan pahala, pasti akan menjadi mangsa. Zur takut, sebab tu zur nak kongsi dengan semua.Meremang bulu roma. Dengar-dengar ada juga yang nak mencuba menukarkan zur menjadi hantu jenis ni tapi tak berjaya. Mungkin Allah masih mahu zur berada di landasan-Nya.

Janganlah sampai hantu-hantu ini menjadikan cara hidup mereka sebagai satu cara yang boleh diterima-pakai oleh umat manusia...Nauzubillah.




Kata zur: Maybe i am a bit notty  tapi aku tak jahat. If you misunderstand my care and my smile, i am sorry. Aku tak layan sampah-sampah mcm korang sbb aku ada agama yang membezakan akal aku dan akal KAU!


4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Dia akan sentiasa ad bersama kita jika kita sentiasa ingat pada-NYA...
    p/s:: masih nak mati dalam iman..btw hantu kak limah lagi mantop dari hantu kangkang!
    sapa setuju sile angkat tangan macam saye ~ sambil angkat tangan melambai macam usop wilcha!

    ReplyDelete
  2. todt: syukur alhamdulillah..takut tau. Pelik bila org suka jadi hantu kangkang, tgh syok meng'hantu' tetiba Allah ambil nyawa

    Hantu Kak Limah....hahahaha...lawak nak mampos. Hidup Usop Wilcha!!

    ReplyDelete
  3. kahkahkah...good one la Zur. i've heard of nasi kangkang but apparently hantu kangkang lagi bahaya. :p

    ReplyDelete
  4. Anonymous: bahaya tahap dewa, boleh jadi penyebab huru-hara ooo :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts