Buat emak tersayang, terima kasih atas kasih sayang, perhatian, didikan, semangat, sokongan dan segala kebaikan yang dicurahkan. Buat mereka yang sudah tidak mempunyai ibu, sedekahlah Fatihah kepada mereka dan teruskanlah berbuat kebaikan kerana setiap kebaikan yang kita lakukan, Insyaallah, akan membantu dia di alam sana.
Agaknya beginilah yang dirasakan oleh ibu kita. Disaat anak tersayang mencium pipi, memeluk aku dan mengucapkan betapa mereka sayangkan aku, rasanya akulah orang yang paling bertuah di dunia. Memang, pada masa dan ketika itu, tak ada apa yang dapat menebus perasaan bahagia itu. Kalaulah diizinkan Allah, aku mahu melihat anak-anak membesar dan bersama-sama aku dan babahnya hingga ke akhirnya. Kalau diizinkan Allah, aku mahu mengajarnya mengaji, mengenal huruf-huruf jawi agar dia biasa membaca dan memahami kitab suci Al-Quran, mengajarnya menulis, mewarna, membaca dan selawat syifa yang sangat digemarinya. Kalau diiizinkan Allah, aku mahu menyuapkan dia, memandikan dia, menidurkan dia, menemaninya menonton tv dan bermain, melayan segala pertanyaan nya biarpun ia satu soalan yang paling sukar untuk dijawab oleh kebanyakkan ibu-ibu didunia ini- " mama, adik zara tu datang dari mana"...fuh!!
Melihat dia bermain bersama adiknya, membuat aku terfikir betapa bertuahnya aku, di usia begini, aku dikurniakan Allah 2 orang cahayamata dalam jarak yang dekat. Benar, pada mulanya hanya Allah yang tahu betapa sukarnya nak menguruskan mereka tapi aku terfikir, mungkin Muqri memang memerlukan teman bermain, sebab itulah dia sangat gembira melayan karenah zara, adiknya. Yang si adik pula, apa sahaja yang dilakukan oleh sang abang, akan diikut dengan gelak ketawa. Syukur Ya Allah, KAU berikan peluang ini untuk aku bergelar ibu, di saat ramai teman-temanku yang masih lagi
Aku coretkan pengalaman ku ini untuk dikongsi bersama mereka yang belum berpeluang untuk bergelar seorang mama atau bakal bergelar mama, ketahuilah, bila kalian melihat anak-anak yang berjiwa murni ini membesar di hadapan mata, bila kalian melihat anak-anak kecil ini ketawa gembira, bila anak-anak ini menangis dan mencari riba kamu untuk menghamparkan segala kesedihan mereka, cubalah pejamkan mata dan rasai kehangatan perasaan di dalam diri, peluklah anak itu, ciumlah mereka dan ingat, itulah anugerah dan amanah ALLAH, yang hanya diberi kepada insan yang terpilih! Amati wajah jujur mereka dan cubalah renung jauh ke dalam mata dan hati mereka, itu darah dagingmu...itu zuriatmu...itulah diri kamu..
No comments:
Post a Comment