Semalam aku pulang lambat, selepas berbuka hampai jam 9 malam baru sampai di nursery mengambil anak-anak. Kasihan anak-anak mama, terpaksa menunggu. Badan yang letih, otak yang penat, segala-galanya hilang sebaik sahaja melihat wajah kedua-dua jantung hatiku. Menerima pelukan dan ciuman hangat daripada si adik, melihat senyuman si abang yang tersipu-sipu bila aku mencuit hidungnya cukup untuk mengembalikan semangat yang kian hilang dimamah waktu.
Mama!!!. Itu jeritan yang aku rindukan setiap hari, jeritan yang membuatkan aku tak pernah berasa sabar untuk berjumpa mereka berdua. Bertuahnya diri, punya buah hati yang menjadi segala-galanya dalam hidupku. Beruntungnya kerana bisa mendengar panggilan 'mama' itu setiap hari. Tekanan, keletihan dan segala kepenatan yang bersarang dalam diri selepas seharian dalam kesibukan hilang serta-merta sebaik sahaja mencium ubun-ubun mereka. Bagi aku, mereka sentiasa harum, walaupun tubuh lencun berpeluh dek bermain. Kanak-kanak.............penghuni syurga...
Lately ada beberapa peristiwa yang menyentuh naluriku. Si adik tak lena tidur, kerana gatal-gatal seluruh badan. Mungkin allergic. Badan yang penat, mata yang teramat mengantuk, keenakan dibuai mimpi terpaksa ditolak tepi apabila mendengar dia merengek sambil menggaru-garu di seluruh badan. Aku renung tubuh kecil itu. Rasa bersalah mula menyelubungi diri, menyesal kerana tidur terlalu lena sedangkan dia sedang bertarung dengan ketidakselesaan. Pantas aku bangun, aku cium pipi mulus itu, aku selak rambutnya yang panjang, perlahan-lahan aku pegang tangannya dan menepuk perlahan, tangannya sudah berhenti menggaru, matanya kembali pejam. Tidurlah anak, biar mama membantu....tanganku menggosok-gosok seluruh badannya. Aku lihat di bahagian kaki nya sudah berdarah kerana digaru. Kasihannya, kalau bukan kerana aku tertidur, tidaklah sampai berdarah begini. Aku ambil ubat dan aku sapu perlahan-lahan, mulutku tidak berhenti-henti membaca Fatihah, semoga Allah mengizinkan dia untuk tidur lena untuk malam itu.
Ku lihat sebelah, ah, si abang merengkuk kesejukan. Entah kemana selimutnya. Aku capai selimutku dan pantas menyelimuti tubuh kecil itu, agar dia terasa sedikit panas dan boleh tidur dengan lena. Si adik nampaknya sudah lena, perlahan-lahan aku baring di tengah-tengah antara putera puteri hatiku. Mataku kembali pejam, syukurlah, insyaallah...si adik akan dapat tidur dengan lena hingga ke pagi. Tiba-tiba aku rasakan ada tangan kecil memeluk leherku dengan erat sehingga aku boleh merasakan kehangatan pipinya menyentuh pipiku.Aku tersenyum dan tanpa ku duga, dia bangun dan menciumku bertalu-talu di seluruh muka. Oh anak, kamu membuat mama terharu. Mungkin inilah caranya untuk dia mengucapkan terima kasih atas kesanggupan aku melupakan keenakan dibuai mimpi nan indah. Sesungguhnya, ini adalah sesuatu yang terlalu manis, sayang.
Masa berlalu. Hari ini aku tidak dapat pulang awal dan berbuka puasa bersama-sama suami dan anak-anak, ada kerja penting yang harus diselesaikan di office. Ah, hati sudah di rumah tapi apakan daya. Aku cepat-cepat menyelesaikan tugas yang ada agar aku boleh pulang dengan segera. Dalam hati tertanya-tanya, apakan santapan mereka untuk berbuka nanti? Terbayang-bayang kami sekeluarga duduk di meja dan si abang akan membaca doa sebelum makan bersama-sama. Terdengar-dengar suara si adik yang meminta ayam walaupun itu adalah ikan. Ah...aku harus bekerja dengan lebih pantas, aku rindu mereka.
Jam 11 malam baru aku sampai di rumah. Si adik menerpa dan memeluk aku sebaik sahaja aku melangkah masuk sambil minta di dukung. Mana abang? Oh, abang sudah tertidur di sofa. Kasihan anak mama. Hari ini hari pertama dia berjaya puasa penuh tapi mama tak ada untuk bersama-sama meraikan kejayaannya. Maafkan mama, sayang. Aku pantas mandi dan menunaikan solat Isyak. Pada tahiyat yang terakhir, aku rasakan ada seseorang di sebelahku. Dalam hati terdetik " siapa pula?". Aku cuba lebih kusyuk...tiba-tiba, aku terasa ada ciuman singgah di kedua pipiku....kiri dan kanan. Ya Ampun...Muhammad Muqri!
Salam diberi. Ku melihat si abang duduk bersandar di dinding menunggu aku habis bersolat. Sebaik sahaja aku habis memberi salam, pantas dia datang dan baring atas ribaku.Hmm...aku tersenyum, aku cium dahinya, ku usap rambutnya yang lembut...Ya Allah, terima kasih atas kurniaanMu ini.
Sesungguhnya anak-anak itu anugerah yang tidak ternilai...
I dream what I want to dream; I go where I want to go; I be what I want to be, because I believe that I have only one life and one chance to do all the things I want to do.
Tuesday, August 16, 2011
Friday, July 22, 2011
Life Lesson from a baby porcupine :)
Another lesson
learned here...
The parable is worth sharing…. But have you ever
seen a baby porcupine?
Moral of
the story:
The best relationship is not the one that brings together perfect
people, but when each individual learns to live with the imperfections of
others and can admire the other person's good qualities.
The real moral of the story:
LEARN TO LIVE WITH THE PIN PRICKS IN YOUR
LIFE
Zur's says: ^__^
Monday, July 18, 2011
No heart entry...
Actually i dont know what is the suitable title for my entry this time. Should i put a sad title that can describe my feeling at this moment, or should i put something that can show that i am a toughest woman in this world. I dont know, I'll let you people to decide then tell what i title it...
So many things happen in this world lately. From the series of earthquake that killed many people all around the world till the rally that occured in this fine country few days back. All these.....all of these had influence my emotion. Dont know why, I am just so damn worried. Where is in this world safe for us? If in our own home we cant sleep peacefully, where else..
I dont know. Even to give my kids to be takecare of my own family also worried me, sending them to the nursery every morning with their eyes still close already made the feeling worst. Oh dear...
It just a full of worries day ....

Thursday, July 14, 2011
Just...Dont Give Up On ME ..... please
I don't to church enough
I curse out loud,
I drink too much
I'm more of a sinner than a saint
Got a dusty Bible on my shelf
I just pick it up when I need help
Lord know there's a lot I need to change
And I want to, baby, you make me want to
You tie the knot
When I'm at the end of my rope
You never stop believin' in me
When I don't know who I am
Or what I'm supposed to be
I don't give you no good reason
But baby, don't give up on me
I've smoke my last cigarette
At least a hundred times I bet
I guess I'll just keep quittin' til' it sticks
But for all the things I've failed to do
I've never failed at lovin' you
We both know I can't grant your every wish
But I want to, baby, you make me want to

Tuesday, July 12, 2011
Ipad2
Kelam-kabut....serabut
Itu perkataan yang boleh men'describe'kan keadaan aku sekarang. Ah, kalau dilihat kembali, cepatnya masa berlalu, rasa baru semalam terima bunga sempena ulangtahun kelahiran, tup-tup, pejam celik pejam celik, datang bunga yang baru, menandakan bertambah setahun lagi usia. Alhamdulillah
Sejak entry yang bersuka-ria sebab apa yang dihajatkan selama ini telah dilunaskan, belum pernah dapat masa yang tenang untuk menulis disini. Ada yang bertanya, apa isi kandungan kotak tu. Tak tahu patut atau tak hadiah tu dipaparkan disini, harap jangan ada yang menganggap aku sebagai menunjuk-nunjuk...
Ipad 2..dah lama mencari, jenuh ke semua apple and Mac store tapi semua berakhir dengan kehampaan. So pada bloggies di luar sana yang berhajat untuk mendapatkan ipad2, sila lah ke website apple sendiri untuk membuat pembelian secara online di sini: Apple Store Tak payahlah korang nak bermimpi nak beli direct from apple store kat KL ni, buat habis duit parking je. Delivery within 2-3 weeks.
So for original apple product accessories, sure mahal kan. So rajin-rajinkanlah meluangkan masa berjalan-jalan ke Low Yat. I got screen protector for RM11 and ipad cover for RM25. Okaylah for short-term use. Tunggu cukup budget baru dapatkan yang ori....tunggu gak kalau-kalau ada orang yang nak belikan ke.. (huhuhuhu....beranganlah kau, zuriati)
Itu perkataan yang boleh men'describe'kan keadaan aku sekarang. Ah, kalau dilihat kembali, cepatnya masa berlalu, rasa baru semalam terima bunga sempena ulangtahun kelahiran, tup-tup, pejam celik pejam celik, datang bunga yang baru, menandakan bertambah setahun lagi usia. Alhamdulillah
Ipad 2..dah lama mencari, jenuh ke semua apple and Mac store tapi semua berakhir dengan kehampaan. So pada bloggies di luar sana yang berhajat untuk mendapatkan ipad2, sila lah ke website apple sendiri untuk membuat pembelian secara online di sini: Apple Store Tak payahlah korang nak bermimpi nak beli direct from apple store kat KL ni, buat habis duit parking je. Delivery within 2-3 weeks.
So for original apple product accessories, sure mahal kan. So rajin-rajinkanlah meluangkan masa berjalan-jalan ke Low Yat. I got screen protector for RM11 and ipad cover for RM25. Okaylah for short-term use. Tunggu cukup budget baru dapatkan yang ori....tunggu gak kalau-kalau ada orang yang nak belikan ke.. (huhuhuhu....beranganlah kau, zuriati)
Oh ya, kalau order online, kita akan dapat free engraving kat bahagian belakang. So ada few tips la untuk sesiapa yang nak order for engraving ni. When you request for this free engraving (yes, it is free), kalau boleh jangan request for something like your own name unless you want to give this stuff as a gift. Reason, in future manalah tahu kalau-kalau you all nak jual, jarang ada orang yang suka bila tengok kat situ dah 'tertattoo' nama korang. So jalan selamat, like me, i put my favorite quote: Every Life has a Story. Cool kan.... Ada gak terfikir, best juga kalau boleh request to engrave our favorite cartoon...nak request Optimus Prime .... hehehehe
So pada first time user mcm aku ni ha, memang agak confuse sebab tak tahu apa connection antara itunes and ipad ni. Kalau korang telah menjadi yang empunya apple product ni, you will know. But honestly speaking i would prefer Samsung Tab rather than Ipad..IF Tab come out with bigger size like Ipad size. As usual apple comes out with thousands nice application and fun games but be careful, nanti asyik purchase je, tup-tup bil kredit kad melambung. Masak!
Game yang best? I like cooking dash (thinking to purchase full version of this game), hubby like game flight stimulation (berangan nak jadi pilot lah tu...), lil' hero loves roller-coaster and race car and anak dara kecik tu? Oh dear, she loves Talking Ben so much. Berhantu lah Ben si anjing tu...huhuu
Till here...next time kita share pasal cerita my new babies
PS: Yang dikejar dah dapat, tapi yang dikendong tetap berciciran...*sigh*
Monday, June 20, 2011
Something that will complete my day...
Assalamualaikum bloggies,
Pagi ni sangat-sangatlah busy, sudahlah lambat sampai ke office, kerja pula masih banyak yang belum settle. Hmm...nilah kalau tak datang time weekend, jawabnya Monday will be a hectic day for me.
After breakfast and ready to start my work, I got an email from the receptionist saying that there is one box for me at the reception. Wah...adakah itu barang yang ku nanti-nantikan. Sungguh bersemangat, i ran to the reception area and surperiseeee...
Tapi skang tengah busy so laterlah....(walaupun sungguh tidak sabar...)

Friday, June 17, 2011
Suami Teladan
Suatu hari datanglah seorang lelaki ke
rumah Saidina Umar untuk mengadu masalah rumahtangganya.
Sesampainya di
halaman rumah Saidina Umar, tiba-tiba ia mendengar suara isteri Saidina
Umar sedang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. saidina Umar
ketika itu sepatah pun tidak menjawab, bahkan dia hanya berdiam sahaja.
Lelaki itu membatalkan hajatnya untuk mengadu masalahnya kerana
mendapati Saidina Umar pun menghadapi masalah yang sama sepertimana
yang ia hadapi. ia pun mengalih haluan untuk pulang ke rumahnya.
Kedatangan lelaki itu disedari oleh Saidina Umar dan beliau pun memanggil
lelaki yang telah mula melangkah separuh jalan untuk pulang itu.
Saidina Umar pun bertanya : "apakah hajat kamu datang ke mari?".
Jawab lelaki itu. " Ya
Amirul Mukminin, tujuan kedatangan aku untuk mengadukan hal aku kepada
mu. Aku sekarang ini memiliki seorang isteri yang sentiasa menyakiti
hati aku. Tapi belum pun sempat aku mengadu, aku dapati engkau pun
menghadapi masalah sepertimana aku juga, maka tidak jadilah aku hendak
mengadu hal itu kepada engkau." .
Dengan tenang Saidina Umar berkata, " Wahai
saudaraku, sesungguhnya aku sabar menanggung kepahitan tingkah laku
isteri ku itu kerana khidmatnya kepada aku dan rumahtangga aku sangat
besar.
Dialah yang memasakkan makanan untuk aku dan anak-anak ku dan
sabar pula berhadapan dengan bahang api yang panas dalam masa membakar
roti semata-mata untuk aku dan anak-anak ku.
Dialah juga yang membasuh
pakaianku. Dia juga menyusukan anak aku hingga besar. padahal semua
kerja-kerja itu wajib bagi aku dan tidak wajib keatasnya. Dan lagi,
dialah yang menyelamatkan aku dari pada melakukan perkara haram (zina)
.
Dia juga menjadi tempat aku berseronok-seronok dengannya ketika aku
berhajat dengannya. Memandangkan hal itu , segala kesakitan yang aku
tanggunggi kerana tingkahlakunya itu amat kecil kalau dibandingkan
dengan segala khidmatnya kepada aku ".
"Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah keadaan aku". Jelas lelaki itu.
Saidina Umar membalas, " Sabarlah
menanggung itu semua, sesungguhnya penderitaan itu cuma sekejap
sahaja (kalau dibandingkan dengan penderitaan di akhirat)".
Kata Zur: Anda pula bagaimana?
Jiwa Kacau..
Hi bloggies,
Kali ni entry tak best, baca title pun dah boleh nampak yang diri aku tengah down giler.
Dah hampir seminggu macam ni, tak tenang. Jasad je yang masuk office, melalui hari-hari sibuk dengan kerja yang semakin bertimbun dan tiada tanda-tanda akan berkurangan *sigh*. Semangat, kemana kau pergi? Pulanglah....aku rindu
Macam-macam perkara yang berlaku. Most of the time,happy moment cant swipe away sadness that keep deep inside..terlalu jauh untuk diselam. Hilang punca. Tak tahu apa sebenarnya hala tuju. Hati...kenapa kau meracau? Fikiran...aku perlukan kau untuk lebih fokus *sigh*
Perasaan buat masa ini? Risau.Fikiran berkecamuk. Bergelora. Pelayaran hidup aku sejak akhir-akhir ini sangat tidak stabil. Adakah ini kesan daripada persekitaran aku yang menyedihkan? Keruntuhan rumahtangga kawan-kawan rapat. Ada yang putus cinta. Ada yang sakit hati. Ada yang salah faham. Semuanya menjadikan aku 'nakhoda' yang tak tentu arah. Ah..mahu sahaja aku persetankan segala-galanya tapi semuanya bagai sudah 'di tattoo' ke dalam diri...
Entahlah.....
Friday, June 10, 2011
Thursday, June 9, 2011
Kisah kami dan Mojo & Coco
Kisah kehadiran Mojo dan Coco ke dalam keluarga kecil kami bukan satu perkara baru. Di Wall Facebook dan inbox penuh dengan comment-comment yang berbaur hasad dengki (hahaha..). Ada yang mengeji kami kerana membuat keputusan sedemikian, tak kurang yang menyokong kami dengan kata-kata manis yang pedih menikam.
Walau apa pun kata mereka di luar sana, Mojo dan Coco telahpun secara rasminya menjadi ahli keluarga kami. Malah zara secara sukarela menggelarkan dirinya 'kakak' tatkala berbicara dengan Mojo dan Coco. Dua beradik ini hanya terkebil-kebil bila Zara mula menyanyi lagu 'Aku Cinta Aku Rindu' kepada mereka. Walaupun pada mulanya mereka agak takut-takut akhirnya kami pasti mereka telah berjaya membiasakan diri dengan suasana bising di teratak kecil kami.
Kedua anak kecil ini agak kacak. Sebab itulah kami jatuh cinta pada pandangan yang pertama. Mojo kacak bergaya dengan rambutnya yang berwarna kelabu dan berjalur hitam di tengah dan Coco pula agak unik, berambut putih. Kedua-duanya mempunyai perangai yang berbeza. Mojo lebih suka meneroka, lebih banyak berfikir tetapi Coco, lebih suka menghabiskan masa dengan bermain.
Kami bersyukur dengan kehadiran mereka, ternyata telah 'memeriahkan' lagi keluarga kami yang memang sudah sedia 'happening ' ini. Mojo, Coco, we love both of you...

Tuesday, June 7, 2011
Tips Supaya Si Dia Tetap Sayang Kamu...
How's your day so far? Mine is less busy, but still got lots of things to do. But now, i need rest (hehehe...). Crazy man, from the moment i stepped in this office till now, i have no time for myself. Today I had quick lunch alone in the office and by 3pm, I need my coffee already because my eyes....almost 'ssssshut down'. Wish at this moment I am at home, cuddle with my kids while watching HBO...
Ladies, beside news about baby yang dibunuh sana-sini, one more news yang kerap kita terdengar ialah divorce, atau dalam bahasa standardnya: keruntuhan institusi kekeluargaan. Banyak faktor yang menjadi penyebab, malah kalau kita tanya, masing-masing akan tampil dengan alasan masing-masing. By the way, for ladies yang bergelar isteri dan adik-adik yang bakal mendirikan rumahtangga, here is few tips (yang dikutip daripada my own experience and learnt from others too). Hopefully these tips can help you girls/guys to enhance your love toward each other.
1.Sweet name for a sweet person
Dulu time bercinta biasalah kan kalau kita gunakan panggilan manja.Sayang, baby, cinta and macam-macamlah lagi. Apa kata kekalkan macam tu sampai bila-bila. You know what is the best part about calling your spouse sweet name like that? First, you spouse feel appreciated and being loved and second, nobody care and people dont feel sick of you. Plus they will be impress and adore you. Dont believe me? Try!
2. Give some space
Yes, dont too attached to your wife/husband. Give them some space for their own time, like you need your own time-off. Everybody needs time-off, although it is just for an hour. Some people not understand why i travelling so much without my husband but here is the answer. It is not because I dont love him but he gave me some space to spend time alone, with friends. That's why I can go karaoke, spa, shopping and lepak2 with friends. Try to be understand. Same goes to him. If he going out with friends, try not to sms or bbm or email or call them every 10minutes.Enough to know that they went out with whom and where they lepak2. Wish your spouse to have fun. Trust me, they will love you more..
3. Dress to kill
This is actually very important element, especially for woman. But for all man out there, please know that we also loves if you are tidy and smart and smells good athough at home. For ladies, dress to kill, especially at home. Buy nice clothes, sexy one, put on light make-up and a sweet smell perfume. Tidy up your hair, and make sure he feel lazy to going out, just because he loves to be with you . I tried this before and its work, how about you? I insist you to try this..*wink wink*
4. Be a good chef
Dont misunderstand this by point out the responsible to prepare the dish to woman only. My husband is a person who loves cooking (and no wonder i put on weight now...huhuhuhu) and me and kids especially loves whatever he cooks (except for kentang sambal because it too too much spicy lah honey). Most of the top chef in the world is men, so try it out, maybe you have a talent. For ladies, especially those who has a career, try to prepare a very nice dish on weekend. Try something that your family loves to eat. Remember ya, love comes from heart, love comes from tummy also, so you know what to do...
5. Spend time together
Everyday is honeymoon. No time? Impossible. You have time, remember that you always win if you want. Everything comes from heart. Try to find time to lunch or dinner together. Go for date, at least once a week. If you want to know how i manage it, here is the plan. Everytime we plan to go out for date, we will come early to work and on the way to go home, we will stop at the mall and spend time by window shopping or makan-makan together. Sometimes we went to spa and karaoke together, both after work because we cant do that on weekend, it's times to be with kids.
My friend have a crisis with her hubby and I suggest her to start with lunch together. The more we spend time with spouse, the more we have time to communicate and the more we communicate, the more we understand each other. Remember, knowing and loving your loves one is the whole life process so please....do not stop!
6. Love ... make love
Sex is a very important element in marriage. Come one, why say no when it can make you feel good? I know some woman especially working wife so exhausted after 8-9hours at office and when comes to intimitate issue, you are damn lazy.Ladies, cuba ingat satu perkara, sex is like 'makan nasi' to men, so you can give 1001 reason to say no but what happen if your spouse go out and have sex with other woman? Ya ampun, then come back home with disease (?). Sanggup ke?
So, love to make love. This is the tips to remember: Treat your spouse like you are a porstitute/gigolo. Then you will understand why he/she loves you...more and more...hehehe
7. Respect and appreciate each other
I think this is the most important element. Without respect, happy marriage is just a storytale. Easy.. start with yourself. If you know how to appreciate, then you will know how to respect yourself.Identify your-self values, your capability and your weakness. Be positive and happy person. If you respect people, people will respect and appreciate you, when you know that they treat you nicely, you will be happy and happy person will bring smile not only to themselves but also to other people around them. So keep smiling...theeeeee
Happy reading...and hope that these tips will be useful to you out there...
Monday, June 6, 2011
Breakeven...
I'm still alive but I'm barely breathing
Just praying to a God that I don't believe in
'Cause I got time while she got freedom
'Cause when a heart breaks no it don't break even
Her best days will be some of my worst
She finally met a man that's gonna put her first
While I'm wide awake she's no trouble sleeping
'Cause when a heart breaks no it don't breakeven... even... no
What am I supposed to do when the best part of me was always you,
And what am I supposed to say when I'm all choked up and you're ok
I'm falling to pieces, yeah,
I'm falling to pieces
They say bad things happen for a reason
But no wise words gonna stop the bleeding
'Cause she's moved on while I'm still grieving
And when a heart breaks no it don't breakeven even... no
What am I gonna to do when the best part of me was always you,
And what am I supposed to say when I'm all choked up and you're ok
I'm falling to pieces, yeah,
I'm falling to pieces, yeah,
I'm falling to pieces
One still in love while the other one's leaving
I'm falling to pieces
('Cause when a heart breaks no it don't breakeven)
Oh you got his heart and my heart and none of the pain
You took your suitcase, I took the blame.
Now I'm try'na make sense of what little remains ooh
'Cause you left me with no love and no love to my name.
I'm still alive but I'm barely breathing
Just prayed to a God that I don't believe in
'Cause I got time while she got freedom
'Cause when a heart breaks no it don't break
No it don't break
No it don't break even no
What am I gonna do when the best part of me was always you and
What am I supposed to say when I'm all choked up and you're ok
(Oh glad your okay now)
I'm falling to pieces yeah
(Oh I'm glad your okay)
I'm falling to pieces yeah
(One still in love while the other ones leaving)
I'm falling to pieces
('Cause when a heart breaks no it don't breakeven)
Oh it don't break even no

Kata Zur: Bila post entry lirik lagu, itu tandanya yang empunya blog dah ketandusan idea....dr katil hospital
Friday, June 3, 2011
Coretan...
Aku tak pernah tahu bagaimana untuk memulakannya
Dan aku tak pernah mahu menamatkannya
Ia datang dan akan pergi begitu sahaja
Bagaikan angin lalu yang bertiup nyaman
Hadirnya sungguh menenangkan
Tapi perginya....di luar kesedaran
Cinta,
Sukar dilafazkan, sukar ditafsirkan, sukar dibuktikan
Perasaan,
Sukar dimengertikan, sukar difahami, sukar diketepikan
Hati,
Adakala gembira, adakala pedih, adakala sedih
Dan aku?
Aku berdiri di tengah keramaian namun masih terasa asing
Aku ikhlas mengukir senyuman namun tampak kosong dan sombong
Ah..persetan semua perasaan karut ini!
Pergi kau...jangan kau kembali lagi.
Hello hari esok,
Kau akan ku sambut dengan penuh kegembiraan
Selamat tinggal semalam..
Terima kasih kerana memberikan aku pengajaran hidup
Terima kasih kerana mematangkan aku
Terima kasih kerana luka yang kau tinggalkan membuatkan aku lebih matang
Dan hari ini?
Aku adalah insan yang baru
Langkahku adalah langkah yang pasti dan yakin
Senyumku adalah dari hati yang bahagia
Aku adalah seorang wanita berani
Semalam..tak akan dapat lagi merudum perasaanku..
Kata Zur: dari katil hospital....
Tuesday, May 31, 2011
Sesi Fotografi bersama kawan-kawan 'sekapal'
Hye bloggies,
Lamanya tak update blog, macam-macam cerita sebenarnya, dan dah merata-rata tempat zur pergi selama ini, itu yang tak sempat nak update blog. Dah bersawang ni...
Ini cerita lama tapi ada few close friends nak sangat tengok gambar-gambar diorang dipaparkan di sini (hehehe...). Ni korang, cheq interframe kan kome sume ye.So pas ni glamerlah korang, satu dunia tengok depa.
| K.A.M.I |
Here is few pictures yang bagi zur sangat berbaloi bagi kami yang rela berpanas dan berpeluh sakan, semata-mata nak nampak cantik...hihhii. Oh ya, so sesapa nak hire kami utk jadi model blog diorg, please send ur inquiry in my inbox....hahahahahaha... (ada ke? gulp!)
| Action...smile! |
| Calon Gadis Melayu Musim Baru...hehehe |
| My favorite shot :) |
Sunday, May 15, 2011
Kerana...
Kerana hidup ini tak selalunya tenang
Kerana hari-hari itu tidak selalunya gembira
Kerana ada hati hati yang perlu dijaga
Kerana senyum itu penawar duka
Aku tak akan menyerah kalah
Kerana kasih ini tidak bertepian
Kerana sayang ini sentiasa bertautan
Kerana cinta ini terlalu mendalam
Biarlah hati ini terluka daripada terus melukakan
Biarlah bibir ini terus mengukirkan senyuman
Kerana hati yang luka tidak selamanya gundah
Kerana aku yakin masa akan menjadi penawar kedukaan
Duhai hati yang disayangi
Duhai jiwa yang dicintai
Aku adalah kepunyaanmu dan kau adalah milikku
Kembalilah kau...walau setinggi langit pun kau terbang
Singgahlah pulang...bersama harum kasihmu
Ubatilah hatiku, jadilah penawar abadi
Kerana ketahuilah..
Walau sekejam manapun robekanmu itu
Diri ini sentiasa memaafkan..
Walau sebesar manapun luka itu
Hati ini sentiasa akan menyayangimu..
Aku mahu kau sentiasa bersamaku
Aku mahu tidur dan bangunku melihat wajahmu
Aku mahu bercanda denganmu, menikmati hidup ini
Kerana aku mahu menjadi milikmu...hanya milikmu
Selama-lamanya.
Kata Zur: Tak terkata apa-apa...
Wednesday, May 11, 2011
Kisah aku dan ah soh gagap
Hubungan aku dan Ah soh memang sudah diketahui ramai. Ah soh adalah kawan kepada atuk aku, dan panggilan 'gagap' diberikan kerana pertuturannya tidak begitu teratur, agak gagap. Kejam sungguh orang yang memberi gelaran itu. Kesian ah soh..
Ah Soh ni tinggal di perkampungan cina di Kerdau. Yes, Kerdau yang baru-baru ni ada pilihanraya kecil tu. Dengar cerita dia orang pembangkang tapi dia sangat kamcing dengan atuk yang pro-kerajaan. Tak kisahlah ah-soh, orang merah ke, biru ke, hijau ke tapi yang pasti ah soh tetap kawan kami.
Kalau time hari raya, Ah soh mesti datang beraya satu family. Dia akan bawa isteri, anak-anak dan cucu-cucunya datang beraya, makan lemang 3-5 batang, belasah rendang dan kuah kacang, pas tu siap bawak bungkus balik. Tak apa, kitorang tak kisah, kitorang seronok ah soh datang, atuk pun suka, atuk memang buat lemang-lemang tu untuk ah soh tau. Atuk sanggup tak keluar ikut kitorang beraya sebab nak tunggu ah soh dan family beraya.
Atuk dan ah soh memang close.Orang-orang kampung pun memang dah kenal sangat dengan ah soh. Apa taknya, bila time ah soh dapat bunuh babi hutan, dia akan ikat babi tu atas motor dan lalu kat tengah-tengah kampung. Ah soh..ah soh. Tapi dia tahu jaga sensitivity walaupun ada masa dia main hentam je.
Oh ya, kalau time sambutan tahun baru cina, ah soh beria-ria tempah sate, beli kuih-kuih dari orang melayu,sediakan air tin, air botol, pinggan mangkuk kertas sebab ah soh nak kitorang datang beraya kat rumah dia. Kitorang pun pergi ke rumah dia, duduk kat luar rumah sambil makan sate yang ditempah dr kedai melayu kat simpang empat Kerdau, sambil berborak-borak dan tengok bunga api . Pas tu kami akan bergambar, muhibah sungguh.
Skang ah soh pergi Hong Kong, melawat saudara-mara dia di sana. Ah soh pesan kat atuk tolong tengok-tengokkan kebun dia dan tolong bagi makan anjing dia yang menjaga kebun tu. Atuk bengang sbb atuk malas..tapi zur tengok atuk start gak motor pergi jalankan tugas yang diamanahkan. Oh ya, hari tu atuk pernah jatuh sakit, seminggu atuk demam teruk, langsung tak boleh bangun, ah soh datang rumah melihat atuk, lama dia duduk meneman atuk, macam-macam topik yang keluar. Kalau ah soh datang, mesti dia tanya wan: aaalong mana? ... ah soh memang sayang kat zur :p
Sebab tu masa zur kahwin dulu, ah soh sentiasa ada. Masa orang kampung sibuk pasang penanggah, ah soh pun sibuk tolong, ah soh buat macam-macam. Ah soh dah macam bayang-bayang atuk, mana ada atuk, situ ada ah soh. Masa Zur bersanding atas pelamin, ah soh suruh semua ahli keluarga dia naik bergambar, nasib baik tak runtuh pelamin. Tapi kalau runtuh pun, mesti itu akan jadi satu kenangan yang amat lucu untuk dikenang.
Ah soh, terima kasih sebab jadi kawan kami. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama, kita tetap sama. Kalau tak wujud konsep 1Malaysia pun, kita dah lama macam ni.
ah soh..oh ah soh
Kata Zur: Sayang Ah Soh ..macam sayang keluarga sendiri...

Thursday, May 5, 2011
Kasih ibu membawa ke syurga :(
Assalamualaikum..
Apa khabar para mama? Buat mama-mama yang sibuk bekerja, yang sibuk di dapur, sibuk mencari rezeki di luar sana, semoga Allah merahmati kita. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semasa kita keluar bekerja untuk membantu meringankan beban para suami, demi mencari rezeki yang halal di bumi Allah yang maha luas ini. Buat para bapa yang bekerja keras memberi kesenangan buat keluarga, semoga anak-anak kalian juga dilindungi Allah, kerana demi Allah, kita sanggup diuji, kan, apa sahaja, tapi bukan bilamana ia melibatkan anak-anak kita.
Mereka permata timur kita, hadir mereka mungkin pada mulanya sukar diterima tapi zur percaya, tatkala melihat ke dalam mata wajah mulus itu, air mata seorang lelaki itu boleh mengalir. Itu jiwa seorang bapa, apatah pula kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan anak itu selama 9bulan dengan penuh susah-payahnya. Kasih bapa setiap masa, kasih ibu membawa ke syurga...
Menatap gambar di atas membuat hati zur meruntun sedih. Dapat zur rasakan peritnya ujian yang sang ibu harus hadapi, kuatnya dugaan Allah-diambilnya 3 orang buah hatinya dalam sekelip mata. Innalillah...sabarlah hati, semoga sang ibu ini akan kuat semangatnya menahan kepiluan dan kerinduan di hari-hari mendatang. Zur percaya para ibu di luar sana mampu mengerti erti tangisan itu, seakan separuh nyawa melayang, usahlah patah hati duhai ibu, kuatkan dirimu...tabahlah...
Buat anak-anak mama, mama sayang kalian dan mama perlukan anak-anak mama sepanjang hidup mama...

Kata zur: Unlike...
Monday, May 2, 2011
Tampil Seksi Menggoda di Hadapan Suami... (eyes blinking..)
Assalamualaikum semua,
Selamat Hari Pekerja. Selamat Bercuti. Ramai yang menarik nafas lega sebab agak lama kita tak mempunyai hujung minggu yang panjang. Time-time cuti macam ni, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman, ada juga yang bercuti tapi ramai juga yang datang bekerja (seperti saya...huhuhu).
Friend, zur ambil masa 5 minit untuk merehatkan minda, penat selepas dari pagi bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang ada. Zur terbaca satu artikel tentang memelihara hubungan suami-isteri dengan tampil menggoda di hadapan suami, membuatkan zur berfikir sejenak.Zur rasa amat bagus kalau zur berkongsi tips yang zur dapat ni dengan isteri-isteri di luar sana, dan bagi yang bakal mendirikan rumahtangga, i thinks you should read and understand these too.
Jom..kita tengok
Rambut Terurus
Rambut merupakan mahkota wanita. Kalau di rumah, rapikan rambut dan tampillah dengan kemas. Jangan dibiarkan ia kusut dan mengerbang, menakutkan tau. Jika ia panjang, biarkan ia mengurai. Lelaki suka pada wanita yang berambut panjang beralun, ditambah pula dengan kelembutan dan keharuman rambut membuatkan sang suami tak jemu-jemu membelai you all.. *wink*.
Bibir Merah Menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki. Oh ya, ada sesetengah suami suka melihat bibir mulus isteri tanpa sebarang lipstik tapi kita boleh gunakan lipgloss supaya bibir kelihatan sihat dan seksi...auwww.

Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Selain kulit menjadi lembut,ia juga lebih wangiiii.. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem * wink wink*

Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

| Photo credited to Lusiana Maharani...thanks dear |
Tukar Gaya
Ha, ini point yang paling perlu dititikberatkan. Sayang-sayang semua, kalau di rumah you all biasanya berbaju t-shirt dan berkain batik, apa kata bertukar kepada sesuatu yang lebih 'hot' dan memberangsangkan untuk tontonan si dia. Tak salah berbelanja sedikit agar bergaya di rumah, lagi pun..come on, he is your husband.Sekali sekali pakai baju tanpa lengan atau blouse ketat menampakkan lurah dada you all atau skirt pendek berbelah di tepi atau seluar pendek ketat. Masih tak seksi? Semburkan sedikit haruman dan biarkan rambut you all kemas terurai...hmm Eh? Siapa kata tak boleh? Boleh...dalam rumah lagilah di bolehkan, especially untuk suami, okay? Dapat pahala lagi tu :)

Pelihara Organ Intim
Dalam
banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki,
organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para
isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak
berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami
mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini. Sekarang ni di pasarana ada banyak produk, kalau nak suggestion, zur suggestkan guna produk Mak Dara atau Puteri Binari *wink*Friends...selamat mencuba. Ingat, you always can IF you want
Kata zur: T-shirt lusuh dan kain batik diHARAMKAN di rumah, perfume dlm masa 1 bulan dh nak habis...tak kisah, janji suami sayang ....hihihihihih
Subscribe to:
Posts (Atom)