Thank you so much for following this blog

Wednesday, June 23, 2010

Jakarta Trip-2nd Day (separuh masa pertama..)

Hari kedua bermula agak awal, walaupun zur tidur agak lewat kerana masih sempat berborak dengan friends sebelum tidur, percaya atau tidak, jam 4.30am mata ni dah terbuka, bukan apa, ingatkan sudah jam 7am sebab diluar sudah cerah. Hmmm...zur ni, kalau dah terjaga, memang susah nak lelap balik, so terus bangun mandi dan bersiap-siap. Jam 7.30am, kami semua sudah ready di bawah untuk breakfast!

 Girls ready for shopping! yeah...muka semua sembab sebab tak cukup tidur. Biasalah kan, kalau travel, manalah nak cukup rehat kan..kan...kan..

Hahaha..ini paling kelakar, ingatkan kamilah orang terawal turun untuk breakst tapi rupa-rupanya sarapan dah habis. Aik? Pukul berapa diorang ni turun melahap ni? adeh..takpe..takpe, nasib baik bawak bekal biskut, so my breakfast for that day is coffee and biscuit..alas perut je..hehehe

Sempat lagi pose, walaupun blur-blur ikan..hehehehe

In front of the hotel, pak guard hotel tu tolong ambilkan, baik hati..senyummmm je..hehehe

Okay, selepas breakfast, we decided to walk to Tanah Abang. Yes, it sound crazy kan, sebab kitorang rasa yang dari hotel ke tanah abang tu sangatlah dekat (kononnya lah). So sebab masih awal (tanah abang buka jam 9am), so kami pun jalanlah slow-slow sampai depan Plaza Indonesia. Here is some photos taken during the walk session...
 
Warung yang banyak terdapat di sepanjang jalan, teringin nak cuba tapi tak berani, takut perut tak sekuat perut badang...hehehehe

Tak sure dia bawak apa, nak panggil sebab nak beli tapi pikir-pikir balik entah apa tah, tapi rasanya sejenis keropok kot..

Inilah roundabout yang ceritakan di entry hari pertama tu. Air pancut tu giler tinggi, ternganga jap tengok..kagum...kagum..
 
Di hadapan Plaza Indonesia, diorang kata banyak shooting drama-drama Indonesia dibuat di sini..entah..ye lah kot, nampak macam grand je. Zur cume berminay dengan tu..kat atas tu, butik LV...hehehe (macamlah duit banyak sangat..ahhahaha)

Punyalah lama kitorang berjalan sampai depan Grand Hyatt Hotel, jauh tu, tapi bayang tanah abang pun tak nampak, nak ambil bajaj, memang tak adalah (sebab bajaj tak boleh digunakan di jalanraya besar, lorong-lorong belakang je), so tunggu punya tunggu tetiba ada sebuah bas lalu. Ala, bas ni ala-ala bas metro yang banyak kat Kotaraya tu. So kami pun tahan bas and naik..tambang lebih kurang 70 sen la. Bas ni takde loceng so kalau nak berhenti, bangun dan ketuk siling bas tu (alamak, kalau yang jenis pendek macam zur ni, cubalah korang bayangkan kan). 

Dalam bas, seronok sebab drebar tu bawak laju macam nak racing, hahahah..rasa macam naik roller coster je..adventure sungguh.Zur rasa orang-orang kat dalam bas tu mesti panggil kitorang ni jakun..hahaha

Akhirnya..sampailah di Tanah Abang dan inilah sebahagian daripada pemandangannya, dari luar..

Tulah bas hijau yang kitorang naik and inilah bajaj, yang kaler orange roda 3 tu...

 Deretan bajaj menunggu penumpang..seronok tengok benda ni tapi bising, enjin macam bunyi mesin rumput..heheh

Ini baru pemandangan di luar, tunggu...korang mesti excited nak tahu apa ada di dalam TANAH ABANG tu kan, syoook sangat tau...sabar ye..

to be continued.....

Jakarta Trip - Hari pertama yang mencabar..

Hye all, salam sejahtera and good day ya.

Last month, zur telah berpeluang menjejakkan kaki ke Jakarta, sebuah kota yang sangat padat, sangat sibuk dan sangat jerih, penuh dengan pelbagai ragam kebanyakannya menceritakan kegigihan penduduknya mencari rezeki demi sesuap nasi. Perjalanan dari KL ke Jakarta dirasakan terlalu lama, mata yang mengantuk tidak mahu pejam, terlalu excited, tak sabar rasanya nak melihat negeri orang, menimba pengalaman baru yang pastinya amat berharga.

Zur bersama 2 orang rakan menaiki flight MAS jam 7.50pg. Pagi yang sangat kecoh dan mendebarkan sebab kami cuma tiba di KLIA 2 minit sebelum kaunter ditutup. Nasib baik my friend melakukan satusudah web check-in pada malamnya, so sempatlah kami ambil boarding pas. Airmata dah nak mengalir ni, sebab takut terlepas flight. Syukur...Allah mengizinkan perjalanan ini diteruskan.

Happy, sebab tak terlepas flight..senyum macam pengantin nak naik pelamin...heheheh

Masa dalam flight, kami di beritahu bahawa penerbangan delay sebab ada masalah teknikal. Lamanya tgu sampai satu jam, perut lak dah lapar sebab tak sempat nak bersarapan. Takde aktiviti lain, majalah semua dah khatam, makanan tak ada, minuman pun tak di serve..so apa lagi, nak hilangkan kebosanan, kitorang snap snap gambar...

Kak as, zur dan shima...muka bengang sebab dah kepanasan dan kelaparan

Akhirnya..

Yang ditunggu dah tiba..menu pilihan, nasi lemak sambal ikan bilis + udang, kek buah, jus orange and ferrao rocher...

then..




Selepas menikmati juadah yang disediakan tanpa sepatah kata yang keluar dari mulut masing-masing...inilah hasilnya...hehehe (memang terserlah kelaparannya) 
 
Ini Shahran, steward yang dengan sabarnya melayan karenah kami yang macam budak-budak ketagih gula-gula, ada ke zur mintak air mineral,dia kata dah habis...aishh! Zu tanya dia "agak-agak pernah rasa tak terbang sambil duduk kat kepak kapal terbang kat luar tu?".. hehehehe

Jakarta..pemandangan dari atas...(tak berapa sure itu padang ke atau sawah padi, but we assume itu sawah padi kot :p) but...Jakarta, here we come..

 Finally....yes!

Singgah minum di A&W di airport, selepas melalui process imigresen yang agak lama dan terkejut kerana disambut penuh meriah oleh pak-pak supir yang berebut-rebut nak kitorang naik teksi diorang , punya lah panik, sebab diorang siap pegang beg and then ikut kitorang sampai ke luar, ramai pengiring tu. So jalan selamat, masuk A&W, order air dan duduk sekejap..ambil nafas...phewww!! Adventure just begin..

After 20 minutes, selepas bertanya pada budak-budak yang kerja di A&W tu, we decided untuk naik bas atau dipanggil damri sehingga ke Tanah Abang, lepas tu baru ambil taksi untuk ke hotel. Tak ingatlah berapa tambangnya tapi agak selesa juga, bersih. Bagus juga, selain jimat, boleh tengok-tengok bandar Jakarta kan.

 Ni masa dalam damri, sebenarnya time ni dah kepenatan sangat,selain kebengangan sebab banyak masa habis, schedule lari sebab flight delay. Capek deh..

Tugu apa tah, di tepi jalan, kat area situ ada tasik yang agak besarlah jugak..terfikir jugak syoknya kalau dapat mandi, sebab badan dah berlengas..hehehe. Gambar ni di ambil semasa dalam perjalanan ke damri station.

It is really a busy city..



Lagi, part of Jakarta city
 Ha, kat sini roundabout yang paling menarik sebab ada air pancut yang teramatlah tingginya, nanti zu upload gambar, korang mesti tak percaya. Menarik tertarik kau memang de bom!

Sempat lagi posing kat bilik. 

Akhirnya selepas menempuh perjalanan yang amat memenatkan, akhirnya kami sampai ke hotel penginapan kami, Studio One hotel. Hotel ni baru dibuka pada bulan Aug 2009, so agak baru dan masih bersih. Lokasi, Jln Talang Betutu, belakang Plaza Indonesia.

Semasa tiba di hotel, jam sudah pun menunjukkan pukul 1.30pm, maksudnya kami sudah terlewat solat zohor dan kami cuma ada beberapa jam sahaja sebelum Tanah Abang ditutup. So apa lagi, selepas buat apa-apa yang patut, masing-masing pantas bersiap.Dalam masa sejam, kami dah pun berada di Tanah Abang..naik taksi bluecab.

Jalan ke Tanah Abang ni sangatlah sibuk dan sesak, bukan sahaja dengan kereta yang bersimpang siur, jalan yang sempit tapi sesak juga dengan orang-orangnya yang sibuk mencari rezeki, ada yang angkut barang, jual barang, macam-macamlah. Pendek kata masing-masing ada sahaja cara untuk mendapatkan rezeki. Memandangkan masa amat singkat, tambahan pula sudah kepenatan, kami tidak mahu terkejar-kejar, so sampai sahaja di Blok A, Tanah Abang, kami menyusuri dari tingkat ke tingkat, terlalu banyak barangan yang di jual, terlalu besar tempatnya, sehingga kami 'blank' dan rambang mata.
Selepas membuat pembelian dan makan malam di foodcourt, kami mula beredar, di luar sangatlah sesak, jalan sangat macet, orang berpusu-pusu keluar, semuanya mahu cepat pulang ke rumah. So this time, teksi is not a good choice, so we decided to try bajaj, sejenis kenderaan seperti tut-tut di Thailand. Dari Tanah Abang ke hotel, cuma 15000 rupiah. Okaylah, better than spend more on teksi kan..
 Ni kat dalam bajaj, masa ni zu tengah sibuk keluarkan duit sebab nak sedekah kat seorang budak yang datang tepi bajaj tu, menyanyi sambil tepuk-tepuk tangan. Tak kasihan tengok sebab dia ada usaha, not simply datang and mintak duit, so mengenangkan kata-kata mak, kalau berada tinggi di langit, jangan lupa rerumput di bumi, so zur sedekahlah setakat termampu..

So sampai sahaja di hotel pada jam 6pm tapi di sini cepat gelap, so 6pm tu dah macam 7.30 waktu KL. Selepas membersihkan diri dan berehat sebentar, kami bersiap untuk keluar, kali ini nak menunaikan hajat salah seorang dari kami yang teringin nak rebondingkan rambut dia. Lamanya tunggu, sampai jam 11pm, sehingga terpaksa ikut keluar ikut pintu belakang sebab mall dah tutup. Badan pun dah penat, mata pun dah tak larat, so selepas sampai di hotel, masing-masing terus terlena...zzzzzzzzz


Hasil 'tangkapan' hari pertama: 5 beg dan sepasang sandal hitam leather yg seksi...auuwww





Thursday, June 17, 2010

Airmata seorang isteri

Hye all,

It's Thursday evening, 6pm, while having my hot coffee and listening to my favorites songs from my MP3s list (i wish i can have a hot banana fried with me now..huhuhu ), i received one email from my friend. I remember i had received the same email long time agobut it's okay, it worth to share. Lets read this: 

**********************************************************************************
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu itu bererti dia tidak akan dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu selamanya...

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah.
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah hanya kerana dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa egonya.

Wahai suami, jika isterimu menangis keranamu, peganglah tangannya dengan penuh pengertian kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam..
Wahai suami, jika seorang isteri menangis keranamu, janganlah disia-siakan dia. Mungkin kerana keputusanmu, kau telah merosakkan kehidupannya. 
Saat dia menangis di depanmu, lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya keranamu??

Pada hari penciptaan PEREMPUAN, malaikat bertanya kepada tuhan

"Apakah keistimewaan ciptaanMu ini, wahai Tuhanku?"

Lalu tuhan berkata bahawa ada banyak keistimewaan yang dimiliki oleh ciptaanKu ini.

Di sebalik kelembutan dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat
Tutur katanya adalah kebenaran
Senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya
Pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya
Dia tersenyum melihat temannya tertawa
Dia akan menangis bila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya
Dia masih mampu tersenyum di sebalik kesedihannya
Dia sangat gembira melihat kelahiran
Dia begitu sedih melihat kematian
Titisan airmatanya bisa membawa perdamaian
Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana satu hal..
Betapa berharganya dia...

Hmmm...



Gathering yang tak berapa nak menjadi..

Salam sejahtera semua,

Last Saturday i am had a gathering party with old friend. Lamanya tak jumpa diorang semua ni, ada yang makin cun, ada yang makin berisi, ramai gak yang makin sihat. Takpe..takpe..janji senang hati kan. Location di Sri Damansara Club House, Sabtu malam jam 8 hingga 11 (tapi kitorang terlajak sampai jam 12 sebab syok sangat karaoke...hahaha).

I upload these pics here because tak boleh nak upload kat facebook. Kat office ni diorang dah blocked fb, kat rumah, xde internet (terpaksa dipotong sebab pc rosak, so dont want to pay for nothing). So buat kawan-kawan yang hadir, thanks a lot for your time, and for our patient organizer, Baharudin Bahari, thanks a lot for your effort, dont too frustated, jangan merajuk, next time kita jumpa lagi, invite lagi ramai. So friends, here is the photos:

En. Baharudin Bahari, organizer yang bengang sebab ramai tak datang..cool down, din, take it easy bro

Ni semua duduk belakang meja sebab nak cover perut..dari kiri: eppy, din and bro ramli

Kitorang berdua je girls malam tu..hehehe...zur and sexy lady, Jumaah

Bro Ramli kekenyangan, lepas makan 2 pinggan kuew tiew goreng, 5 biji karipap dan 2 pinggan buah...huhuhu, meli, aku dah suh ko diet kan..kan..kan

Entah apa lah si Ju ni, duk tergelak2 tapi this pic so nice and sweet and funny.

Ni lah hasil lepas masing-masing stop gelak, tengok si Din, tahan perut...hehehehe..

Ni lagi satu, semua tergelak sebab mamat yang ambil gambar tu suruh kitorang sebut KFC.... KFC??

Again, zur and ju, janganlah nak bandingkan zur dengan si Ju ni, dia anak dara, zur anak dua..hahaha

Semoga Aidilfitri nanti, boleh berkumpul lagi di kampung lak, atau tunggu nasi minyak Jue lah, kan ju kan..kan.

Wednesday, June 16, 2010

Things that i want to do today..

Hi all,

My life lately is suck! Anger, hates, frustrated, disappointment, all this feeling made my life upside down. But this morning once woke up i decided that today will be a new day for, fresh new start. I don't want to think too much, and i don't want to take myself so seriously. What is past is past, i dont want it to spoil my present happiness. In fact, life is too short to waste time hating someone. I want to forgive everyone for everything (i know its difficult to do especially when you hurt so much but i am trying...still trying. Even Rom cannot be conquered in a day ). I know that sometimes, i shouldn't have a negative thoughts on somethings that i cannot control. Think positive, be happy, smile, laugh more, do the right things, keep my limit and believe that Allah heals everything..ah, I should know that i need to do these.

So today, this morning, i get up, dress up and smile. That smile not as sweet as usual but i will make sure that it comes from heart. I know that no one in charge on my happiness except myself. What people gonna say about me? That is non of my business. I will be positive, make people smile and happy because i believe that we will be happy every time we saw people smile and laugh (right?). Anything that isn't useful, beautiful or joyful, i want to get rid of it.

I know it is hard to do all these and take some times to recover, but i believe that time will help me to heals and kills bad memory. And now, i want to take sometimes to sit in silence and listen to my favorite music. May Allah helps me....

Tuesday, June 15, 2010

Aku sayang M.E.R.E.K.A


Duhai anak, kaulah segala-segalanya

Kaulah racun, kaulah penawarnya

Saat mama lemah, senyuman kalian menaikkan semangat mama

Terima kasih sayang, kerana mendoakan mama

Ku tak mampu untuk memaafkan..

Cuba lihat awan di sana, putih kebiruan, cantik bukan?
Cuba rasa angin yang menghembus lembut, nyaman bukan?
Cuba dengar bunyi burung yang berkicauan, merdu bukan?
Aku tersenyum menikmati segala-galanya,
Tapi selama manakah ia bertahan?
Mampukan ia akan terus bertahan?

Tiba-tiba awan biru itu bertukar kehitaman
Angin yang menghembus lembut, bertukar menjadi ganas dan penuh kemarahan
Dimana suara burung berkicauan?
Dimana suara kanak-kanak ketawa kegirangan mengejar bola di taman?
Sekelip mata...semua hilang bersama hujan dan guruh di langit.
Aku tergamam, aku terpaku
Datang rasa kecewa yang bukan kepalang
Bukan kerana hujan yang turun secara tiba-tiba
Bukan kerana aku tidak mensyukuri nikmat-Nya
Tapi kerana aku telah bersedia tapi habis basah, habis lencun semuanya.

Kain di ampaian, karpet di jemuran
Basah tudung baruku, basah kasut mahalku
Lencun baju merah kegemaranku
Aku kesejukan, aku kebasahan

Aku salahkan diriku sendiri,
Aku salahkan diriku, 
Terlalu yakin pada hangatnya sinar matahari
Terlalu alpa pada hembusan angin
Terlalu leka pada kicauan burung..

Ah,
Aku tak mampu untuk memaafkan...




Friday, June 11, 2010

Apa rasanya bila di tipu?

Salam sejahtera semua,
Hari ini Jumaat, hari yang penuh keberkatan, hari yang sangat afdal untuk melakukan kebaikan, hari yang sangat bagus untuk memberikan kemaafan. Perlu ke memaafkan? Ya, sangat perlu kerana manusia ini tiada yang sempurna, manusia ini tak akan pernah sempurna. Macamana? Senang, terima sahaja ketidaksempurnaan seseorang itu, ikhlaskan hati, cubalah tersenyum, jika senyuman yang dilemparkan itu terasa sungguh menyenangkan hati sendiri, itulah maknanya kita telah memaafkan dia.

Ini hanyalah satu bingkisan, buat teman yang tak kering airmata kerana cinta. Ya, cinta itu suci, kawan. Jangan disalahkan cinta jika kamu ditipu, jangan benci pada cinta jika kamu dibohongi. Cuma, cubalah berharap agar cinta kamu kepadanya dan cintanya kepadamu bukanlah satu PENIPUAN. Bagi zur, tak mengapa jika hati sedikit terluka,ia boleh sembuh dan luka kembali berulang kali kerana memang jelas, tiada yang sempurna, cuma cukuplah jika segala perasaan dan cinta itu tidak palsu. Beritahu padanya, dia boleh menipu atau berbohong atas apa alasan sekalipun tapi janganlah segala perasaan sayang, cinta dan rindu itu dikotori dan dicemari dengan segala penipuan dan pembohongan.


Apa rasanya jika ditipu? Zur tak tahu nak jelaskan macamana perasaannya, bukan kerana zur tak pernah ditipu tapi kerana zur seorang yang amat mudah memaafkan. Salah zur sebab zur amat mudah percaya pada kata-kata orang lain, suka menerima tanpa berfikir. Hmm...Mungkin muka zur akan merah padam menahan marah dan jika zur mendengar sepatah lagi kata, airmata ini akan terhambur bersama segala perasaan-benci, terhina, sakit hati, marah, dikhianati, tapi selepas zur mengesat airmata yang terakhir, i know i will be okay. Tapi itu zur, mungkin pada orang lain lain pula caranya, tapi buat teman zur yang amat dikasihi ini, i know we are same.Cuma zur harap janganlah ada dendam tersimpan di hati. Jika dia menipu, jika dia berbohong walau atas alasan sebesar kuman sekalipun, biarkan dia. Adakah dia akan tenang? Adakah dia akan gembira? Adakah dia akan bahagia? Sesungguhnya Allah itu telah berjanji, bahawa setiap kejahatan akan diberi balasan setimpal dengan perbuatan.

Buat temanku yang dikasihi, zur tahu, memang perit untuk memaafkan, tapi hati kita akan tenang, jangan berfikir terlalu banyak, jangan bazirkan airmatamu hanya untuk seseorang yang melukakan kamu, mungkin dia ada alasan yang tersendiri, dengar penjelasannya, fikirkan logiknya. Apa tindakan seterusnya, pertimbangkanlah sebaik-baiknya.

Walau apapun perasaan kamu, segala keperitan itu, kesakitan itu, perasaan dikhianati itu, kebencian itu janganlah benarkan ia memayungi perjalanan hidupmu sepanjang masa. Kemaafan selalu menjadi dendam yang terindah, ibarat ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Percayalah, dalam gerimis hujan itu kita akan menghargai pelangi yang muncul selepasnya...

Wednesday, May 12, 2010

I'll call you back...

Hey girls and guys , apa khabar semua? Harap everything will be fine on your side. Me? Well, Its Wednesday, nothing much special, banyak perkara yang berlaku minggu ni, kebanyakannya hal-hal kerja lah. Yang paling worst, bila data lost and no back-up? WHAT?? Yes, unbelievable kan?

Hmm.. that one not include the most horrible, worst and intolerant boss in the world, yang nak tunjuk sangat dia tu boss ( boss lah sangat konon). Zur memang hangin dengan mamat ni, dahlah mengarah ikut suka hati dia, dah tu satu hari buat kerja dia je, sampai kerja sendiri terabai. Takpe, esok zur appraisal, akan ku luahkan segala-galanya, yang penting jangan emosional..

Bila dah tension-tension tu, mulalah sibuk nak call kawan-kawan kan, sebab nak release tension. Punyalah ramai kawan tapi semua busy. Adeh..tapi terubat jugak hati bila diorang kata 'aku tipon kau balik ye' atau dalam bahasa omputehnya " i'll call you back".

Wah...wah..ni yang mak meradang ni. Cubalah kalau nak berkata-kata tu dengan niat, mesti kita buat kan. Ini punyalah confident with i'll call you back, and the worst part is i trust them and waiting the whole day for the call. Thinking to make a call again but i'm afraid that it will disturb them since zur ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak bertimbangrasa (eeiiii...betullah, tak caya tanya mak zur..hehehe).

Talking about 'i'll call you back', have you ever think that when you say it, its likes a promise? Can you imagine if that people got something important to tell, or really need your help but at that time you are busy, and just say 'i'll call you back' as a reason to hang up? Think about this. Maybe she/he hurt, maybe she need somebody to talk, maybe she feel stress and want to cry..so many maybe. So..if you think you are not capable to call back for any reason, why not you send an email or sms or whatever way to tell them that you cant make a call now, or anything that wont hurt her.

This is only a piece of the story. I'm sure, lot of people facing the same problem.Yes, this is only a small matter for many people but not for me. For those who know me, if i say or promise something, you got my word. So zur tak faham kalau orang lain boleh buat macam tu, sebab benda-benda macam ni, just a simple step to do.

Well...dimana ada kemahuan, di situ ada jalan kan?

Thursday, May 6, 2010

Kasih I.B.U bawa ke syurga..

Kasih ibu bawa ke syurga, ayat yang dah biasa kita dengar, dah selalu sangat, sampai terkadang ia tak lagi membawa apa-apa makna pada kita. Bukan semua orang yang masih ada mak, ramai juga yang tandus kasih sayang hingga hati menjadi keras seperti batu , tapi ramai juga yang menagih suci murni hati-semuanya dari seorang yang bergelar ibu. Sebelum menjadi seorang ibu, zu tak faham bila mak sanggup buat apa sahaja bila zur nakkan sesuatu-baju baru, kasut baru, krim muka, pencuci muka, syampu; perkara-perkara asas yang pada masa dulu susah yang amat untuk diperolehi. Zur tak faham kenapa mak menangis bila kitorang adik-beradik minta baju baru bila menjelang raya, zur juga buat tak reti bila kitorang adik-beradik bertumbuk sakan sebab berebutkan sebiji bola!.

Tapi itu dulu...dulu, dah lama dah. Sekarang masa yang ditunggu dah tiba. Masa yang berlalu sentiasa memberi kita pengajaran hidup yang amat bermakna. Sekarang zur telah bergelar seorang mama kepada dua cahayamata yang sentiasa menjadi segala-galanya dalam hidup zur. Sekarang aku faham..aku faham apa yang mak aku rasa. Zur faham kenapa adakalanya mak menangis, zur mengerti kenapa mak ketawa melihat kami 7-beradik, zur rasa apa yang mak rasa-kebahagiaan itu, kesedihan itu, kegembiraan itu, semua perasaan itu, yang ada kalanya susah yang amat untuk dimengertikan, kini zur faham..sungguh faham.

Buat mak yang disayangi, kalau suatu masa dulu mak sanggup lakukan apa sahaja untuk akak, sekarang akak pun ingin katakan bahawa, akak juga sanggup lakukan apa sahaja, berkorban apa sahaja asalkan segala pengorbanan, kasih sayang mak pada akak tidak sia-sia. Maafkan akak kerana pernah buat mak menangis, tapi akak berjanji mak, demi Allah yang menjadikan langit dan bumi dengan penuh kasih sayang-Nya, mak akan tetap menjadi keutamaan dalam diri akak dan adik-adik. Sebagaimana mak menjaga dan membelai kami dengan tulus kasih sayangmu, begitulah yang akan kami lakukan. Sesungguhnya, akak bermohon kepada Allah,semoga Dia akan memberikan kami 7-beradik sedikit daripada sifat lemah-lembut dan kasih sayangNya, agar kami boleh menjaga, mengasihi dan menyayangi mak seadanya.

Kami sayang mak...kami sayang abah jugak..


Kasihnya abang...

It's really a very quite and peaceful morning, yet i still busy with all unfinished work.While preparing the report yang all the bosses ask me every hour, and having my very late breakfast (10am maa...almost lunch time), sambil checking email yang bertalu-talu masuk (pengumuman ya, ini bukan sebab saya ni jual saham, tapi memang kerjanya terima cc email orang lain..pheww), sambil berfikir-fikir apa lagi mission impossible ni, sempat lagi nak mengupdate blog. Kenapa? Ini bukanlah kerana zur ni manusia sotong ye, punya banyak tangan, tak, manusia biasa tapi multitasking...heheheh, tapi kerana sekeping gambar yang diterima melalui email.

Gambar yang sungguh syahdu, buat zur berhenti makan, air milo yang ada dalam mulut pun lupa nak telan, terkesima sekejap, sayu, sedih, pilu, semuanya bercampur-baur menjadi satu perasaan yang sungguh sukar untuk digambarkan. Buat zur rindu dan teringat pada anak-anakku sayang. Makin lama, terasa ada air jernih mengalir di pipi. Adakah zur terlalu emosional? Entahlah, you all nilailah sendiri...


Saat itu, zur berdoa kepada Allah, semoga Dia menganugerahkan zur kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik, supaya zur boleh dan mampu menjaga suami dan anak-anak zur hingga ke hujung nyawa...

Tuhan...sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Wednesday, May 5, 2010

Blackberry...oh...blackberry

Gila, memang aku dah gila, terasa bagaikan jatuh cinta pandang pertama. First time tengok hati dah terpaut, first time menyentuh, terbawa-bawa dalam mimpi. Blackberry..oh..blackberry..kau akan tetap aku miliki.

hahahah..mereng, memang aku dah mereng. Bukan nak ikutkan sangat perasaan tapi macam mana ye, tak boleh lupa dan tak akan boleh lupa. Takpe..takpe..sabar ye zuriati, do it one by one. Kalau tak kerana holiday trip ke Jakarta end of this month, memang dah sah this gorgeous handphone will be mine. Sebenarnya ini bukan first time zur survey blackberry ni, dah banyak kali dah, so far takde yang berkenan, tapi blackberry bold 9700....ternyata kau telah berjaya menakluki hati ku ini...huk huk huk.

Hubby kata, daripada beli blackberry ni, baik ambil notebook. Logically, he is correct. Why i should waste my money on something that not really need it (ni ayat nak sedapkan hati sendiri ni, tapi dalam hati..ish..ish..). Takpe, first beli notebook dulu. Ha, yang ni pun satu issue sebab dah terbekenan kat sony vaio kaler pink..(ahaks). Cute and very sweet, sesuailah dengan jiwaku yang suci lagi murni ni..ho ho ho..(masuk bakul angkat sendiri).Tapi yang ni memang mission impossible (or not really ??). It's okay, tunggu balik dari jakarta, we'll wait and see.

Owh, teringat lak birthday diri sendiri next month. So rasanya boleh kot kalau nak beli utk diri sendiri (sob..sob..xde sape ke nak hadiahkan ni..??).Hahaha...it's okay friends, memang biasa zur treat diri sendiri, hellooo...i deserve it.ok

Okay...nak sambung berangan...

Tuesday, May 4, 2010

Tips makan buah yang betul..

Salam sejahtera to all my friends,

Suka makan buah? Buah apa? Buah tempatan? Buah import? Tak kisahlah buah apa, tapi yang penting kita semua tahu buah-buahan banyak khasiat kepada tubuh badan kita. Kebetulan, whila having lunch in my room, i found one nice article on what is the correct way to eat fruit and make sure we get advantage from it. Check this out!


We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat.
What is the correct way of eating fruits?
IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.
If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities.
FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD. Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so.
In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil......
So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining - every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet etc - actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat!
Graying hair, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty stomach.
There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter.  If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight.
When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up... Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins.
But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look!
KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange.
APPLE: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.
STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.
ORANGE : Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer.
WATERMELON: Coolest thirst quencher.. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.
GUAVA & PAPAYA: Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes.
Drinking Cold water after a meal = Cancer! Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer... It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting.. Be aware of intense pain in the jaw line.... You may never have the first chest pain during the course of a heart attack . Nausea and intense sweating are also common symptoms.... Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive

Monday, May 3, 2010

Ciuman untuk anak-anakku..

Salam sejahtera to all my friends,
Monday morning starts as usual. But luckily, because i came to work yesterday (yes..yesterday is S.U.N.D.A.Y), so many things settle. Oh ya, while resting my mind, i found one interesting article, this is suitable to all moms and dad too. Read this:
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga


Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.

Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan,tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima.Rasulullah pula, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa

Ini sesuatu yang menarik tentang mendahulukan anak perempuan:

 Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Good...so every single kiss i gave to my prince and princess, Allah will give me 'pahala' for that. Alangkah beruntungnya orang-orang yang punya anak, tapi ada juga yang tak bersyukur, anugerah ALLAH dibuang sewenang-wenangnya. Sesungguhnya benarlah, dalam setiap manusia itu punya sifat haiwan, dan dalam setiap haiwan itu punya sifat manusia, jadi apa yang membezakan mereka? Itulah A.K.A.L
Fikirkanlah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts