Thank you so much for following this blog

Friday, October 21, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Never Lie to Woman


A man called home to his wife and said, " Honey, I have been asked to go fishing up in Canada with my boss & several of his Friends

We'll be gone for a week. This is a good opportunity for me to get that Promotion I've been wanting, so could you please pack enough Clothes for a week and set out my rod and fishing box, we're Leaving From the office & I will swing by the house to pick my things up"
" Oh! Please pack my new blue silk pyjamas. "

The wife thinks this sounds a bit fishy but being the good wife she is, did exactly what her husband asked.

The following Weekend he came home a little tired but otherwise looking good.

The wife welcomed him home and asked if he caught many fish?

He said, "Yes! Lots of Salmon, some Bluegill, and a few Swordfish. But why didn't you pack my new blue silk pyjamas like I asked you to Do?"

 
You'll love the answer...

The wife replied,

"I did. They're in your fishing box ..."



 

Monday, October 17, 2011

WHAT LOVE MEANS TO AGE 4 TO 8 YEAR OLD CHILDREN :)

Slow down for three minutes to read this. It is so worth it. Touching words from the mouths of babes.

What does 'Love' mean?
A group of professional people posed this question to a group of 4 to 8 year-olds, 'What does 'love' mean?'
The answers they got were broader and deeper than anyone could have imagined. See what you think:

'When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore. So my grandfather does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's love'. Rebecca, age 8

'When someone loves you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth.'. Billy - age 4

'Love is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other.' Karl - age 5

'Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs.' Chrissie - age 6

'Love is what makes you smile when you're tired.' Terri - age 4

'Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK.' Danny - age 7

'Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk more. My Mommy and Daddy are like that... They look gross when they kiss'. Emily - age 8

'Love is what's in the room with you at Christmas if you stop opening presents and listen.' Bobby - age 7 (Wow!)

'If you want to learn to love better, you should start with a friend who you hate,' Nikka - age 6 (we need a few million more Nikka's on this planet)

'Love is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday.' Noelle - age 7

'Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well.' Tommy - age 6

'During my piano recital, I was on a stage and I was scared. I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling. He was the only one doing that. I wasn't scared anymore.' Cindy - age 8

'My mommy loves me more than anybody . You don't see anyone else kissing me to sleep at night.'
Clare - age 6

'Love is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken.' Elaine-age 5

'Love is when Mommy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsomer than Robert Redford..'
Chris - age 7

'Love is when your puppy licks your face even after you left him alone all day'. Mary Ann - age 4

'I know my older sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones.' Lauren - age 4

'When you love somebody, your eyelashes go up and down and little stars come out of you.' (what an image)
Karen - age 7

'Love is when Mommy sees Daddy on the toilet and she doesn't think it's gross.' Mark - age 6

'You really shouldn't say 'I love you' unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget.' Jessica - age 8

And the final one -- Author and lecturer Leo Buscaglia once talked about a con test he was asked to judge.

The purpose of the con test was to find the most caring child. The winner was a four year old child whose next door neighbor was an elderly gentleman who had recently lost his wife.

Upon seeing the man cry, the little boy went into the old gentleman's yard, climbed onto his lap, and just sat there. When his Mother asked what he had said to the neighbor, the little boy said,

'Nothing, I just helped him cry'

I said: When there is nothing left, that is when you find out that love is all you need.


Apple family


Wakakakakaka...Have a nice day everyone


Friday, October 14, 2011

Harus baca-Gambaran Hari Kiamat

Assalamualaikum,

Sahabat sekalian, aku dah banyak kali terima email berkenaan tajuk entry hari ni tapi hati ini tak pernah terbuka untuk membaca, meneliti dan memahaminya, Dan untuk kesian kalinya, I received this email again from my best friend, Izan. Dan entah mengapa, dalam kesibukan tiba-tiba mata ini tajam memerhati subject email yang baru diterima ini. Dan dengan izin Allah, dalam kesibukan tiba-tiba aku punya masa untuk membaca dan memahami. Bukan, bukan selama ini aku tak punya masa, tapi aku tak pernah dapat kekuatan untuk membacanya, tapi entah mengapa, hari ini.....Subhanallah.

Bukakan minda dan terima hakikat yang kita akan melalui semua ini, suatu hari nanti...ya, suati hari yang pasti!


Gambaran Hari Qiamat
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. 

Wallahualam.

So in love with.....stripe!


I never so in love with stripe but now....oh dear, love is in the air!

Happy Friday everyone.

Weekend is just around the corner!!

Thursday, October 13, 2011

Mee Udang Kuala Sepetang

Mee udang Mak Jah yang famous ini letaknya di Kuala Sepetang. Aku dah tak ingat sangat macamana nak ke sini secara detailnya sebab dah menempuh perjalanan yang jauh, dari KL, dengan pelbagai karenah anak-anak sepanjang perjalanan. Tapi apa yang aku ingat, selepas exit Changkat Jering terus masuk kiri dan jalan sahaja terus ke depan sampai jumpa sign board Mee Udang Mak Jah.

Sepanjang perjalanan selepas exit Changkat Jering tu, you all akan jumpa alot of signboard for mee udang, kalau nak cuba tak salah, cuma for me yang dah dihasut dek hubby sejak seminggu sebelum perjalanan kami, itu sahajalah yang ada dihati; Mee Udang Mak Jah. Ah..Im starving. I travelled all day long just to taste this mee udang yang diwar-warkan. If you ask me...it is super duper delicious!

Okay...pictures....here with go
 To recognize this stall, here is the sign. Left side, here we go, together with this is the email and contact number ( I published this at no cost okay, not even free mee udang...hahaha)

Okay, kat sini disediakan parking lot yang agak luas, free of charge, khas untuk pelanggan kedai mee udang mak jah sahaja okay, bertentangan dengan kedai makan tadi. Minah kat dalam gambar ni dah over excited, sebab akhirnya sampai jumpa.. (and I feel so relieve, no more "are we there yet?" every 20minutes)

Suasana dalam kedai makan, agak tenteram. Makan pun berselera sebab ditemani angin sepoi-sepoi bahasa dan dalam suasana kampung, agak unik perasaan itu, walaupun orang ramai silih berganti, tapi tetap balun sampai 2 mangkuk (ops!)

And last but not least......taraaaaaaaaaaaaaaa.....

Yummy!

Tak sangka aku belasah sampai 2 mangkuk, lapar kot..Ada macam-macam menu,semuanya ada udang. Mee udang, mee udang special, mee goreng udang, kue tiew goreng udang, nasi goreng udang, tomyam udang ... u said it, macam-macam ada. Oh ya, kat sini wifi pun ada, tapi kena mintak password lah. Harga agak sepadan, aku kira my mee udang special, they got 11 pcs yg size sedang-sedang tau. price RM11 ++

Alhamdulillah....

Hasilnya..heheh





Korang ada cadangan tempat makan yang best-best dan harga berpatutan? Tell me...I will go, if weekend got nothing to do...hahaha (yes, aku memang gila travel)

Kata Aku: Nikmatilah nikmat makanan sementara masih sihat dan punya selera :) Enjoy life

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts