Thank you so much for following this blog

Thursday, May 21, 2009

Cupcakes, kek dan kemanisan nya

Hari ni kelam-kabut sikit...pagi-pagi lagi dah terlewat bangun, pas tu baju kerja aku dengan hubby tak gosok lagi, beg nursery anak-anak pun belum kemas lagi. Adoii...biasanya si zara damia jadi tukang kejut, sebab dia everyday mesti bangun kul 5.30am, tapi hari ni, dia pun terlajak gak.


Bila dah bangun lambat tu, sampai office pun lambatlah. Biasa kul 8 dah ada kt opis, tapi hari ni, cecah 8.30am gaklah baru sampai. Pas tu check email gak, breakfast then pegi buat distribution document- tingkat 12, 11, 10, 9 dan 8, semua guna tangga. Exercise…hehehehehe


Time lunch sempat gaklah aku surfing internet, baca papar online, reply email customer then check blog-blog yang menjual pelbagai produk dan services. Ada satu ni yang aku amat tertarik, satu blog dia jual cupcakes dan cake, yang deco dia memang cantik-cantik: http://guladanmentega.blogspot.com


Perghh…memang cantik-cantik decoration dia, and cake and cupcakesnnye pun Nampak sedap je. Aku ingat nanti nak tempah kat kakak ni, birthday cake dan cupcakes anak aku, zara damia, sebelum puasa, untuk anak saudara aku, farish hezriey,, lepas raya dan birthday cake utk hero aku, Muqri. Syoknya…mesti diorang suka.


Bila tengok cupcakes dan cake yang dah didecorate, syok je, sampai terpikir , nak belajar lak. Tapi persoalannya, ada ke masa? Dengan kerja, family, online business lagi. Tapi memang cantik dia buat. Fondant kek pun ada..Memang professional cara dia decorate kek ni, sampai aku pun tumpang bangga sebab ada gak anak melayu yang boleh create makanan yang selazat dan secantik ni.

Aku memang salute lah dengan kakak ni. Walaupun aku tak kenal kakak ni and tak pernah order dengan dia, tapi base on hasil kerja dia, aku rasa for sure dia ni ada repeated customer. Cantik ooo..kalau tak percaya, cubalah surf blog dia dan korang nilailah sendiri.


Aku ada gak surfing blog lain yang jual cupcakes dan cake macam ni, tapi bagi aku hasil kerja kakak ni still the best lah di mata aku. Eh? Apsal aku beria sangat puji kakak ni, aku tak kenal dia pun, cuma terlalu teruja dengan cupcake dan fondant kek yang dia hasilkan. Perghh…memang class!!


Aku terfikir gak nak tempah cupcakes dan cake utk adik aku bulan 10 ni, sebab aku dah janji dengan dia nak sponsor cake dan manisan untuk hantaran. So, since aku dah terjumpa blog kakak ni, after confirm tarikh kenduri, akan ku pastikan segala cake dan cupcakes harijadi, anniversary dan hantaran akan ditempah oleh kakak ni. Kak ita, tunggu sahaja order dariku…hehehehe


Tapi sebab tak sabar, rasa macam nak order sikit dulu, untuk birthday aku, 29 June ni. Apa-apapun, kena call kakak ni dulu kan. Cuma satu je kelemahan nya, dia tak buat delivery, self-pick up only. So rasanya kalau nak order setakat sebiji kek atau 25 ketul cupcakes tak berbaloi lak nak pegi seri kembangan.


Tengoklah..apa-apa, aku nak korang tengok hasil kerja dia, and for sure korang setuju dengan aku

Monday, May 18, 2009

Inilah KEHIDUPAN

Sepanjang perjalanan ke office pagi ini, aku asyik berfikir. Betul ke, ada orang kata dunia ni tak adil buat mereka? Kalau betul, mesti ada sebabkan. Allah tak akan buat sesuatu itu melainkan ada hikmahnya. Kalau hidup kita penuh dengan kegembiraan, Allah nak tengok sebenarnya kita ni tahu bersyukur atau tak. Kalau hidup kita penuh dengan kedukaan, itu tandanya Allah sedang menduga kite. See..there always a reason.

Tapi persoalan nya setakat mana kesabaran kita nak menghadapi semua dugaan dan ujian-Nya. Adakah keimanan kita sekuat Sumaiyah? Adakah kepercayaan kita kepada Allah seteguh Rasulullah SAW? Adakah ketakwaan kita menyamai ketakwaan sahabat-sahabat Rasul? Tepuk dada tanya hati. Sucikah hati kita? Murnikan jiwa kita? Teguhkan semangat kita. Wallah hualam, sesungguhnya hanya kita dan Allah yang tahu sedalam mana kasih kita kepada-Nya, kan?

Duhai hati, sabarlah, tabahlah. Wahai semangat, kuatlah. Wahai jiwa, tenanglah. Sekuat mana dugaan yang aku hadapi ini, biarlah kepada-Nya sahaja aku berserah. Dia Maha Mengetahui. Dia Maha Berkuasa. Tak guna berdendam, tak guna membenci, tak guna menyimpan perasaan. Aku bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di dalam agama suci ini kerana aku tahu, di saat aku memerlukan kesempurnaan, hanya DIA yang mampu memenuhi. Di saat aku rindukan kasih sayang yang tulus dan suci, hanya di riba-Nya aku temui. Ketika hati ini berkecamuk, merusuh penuh kebencian, Dialah penenangnya. Dan sewaktu perasaan ini sunyi dan rindukan kegembiraan, Dia ada segalanya.

Ya Tuhan, terima kasih kerana mengurniakan aku hati dan perasaan, biarpun adakala aku lupa pada-Mu. Ya Tuhan, terima kasih kerana menguji aku kerana sungguh, ujian-Mu itu mengembalikan aku kepada-Mu.

Betapa bertuahnya aku, betapa beruntungnya aku kerana punyai apa yang aku mahu. Namun, kenapa hati ini masih lagi tidak bersyukur?

Saturday, May 16, 2009

Cuti...oh...cuti

Hadui...terlepas lagi nak booking flight time diorang buat free seat promotion. Dah register, dah letak detail, dah enter kredit kad detail pu, pas tu bila nak confirm payment je, tetiba lak hang. Aduss...apsal lak ni. Tunggu punya tunggu...lek elleh,..tengok dah kul 12.30pm. mm...jawabnya, memang takde rezeki lah. Terpaksalah tunggu next promotion.

Cerita pasal holiday trip ni, teringat lak aku punya family holiday kat Port Dickson last few month. Syok gak lah. Seronoklah anak-anak aku mandi-manda kt theme park hotel Tiara Beach Resport tu. And aku lak, walapun tak berkesempatan nak join the club (sebab masa tu zara kecik lagi, tak yakin lak nak bawak main air time panas-panas macam tu), for the first time in my life aku cuba fish spa tu. Sejam RM30 (itupun dah kira murah, siot, nak dibandingkan dengan spa kt Dr. Fish, Pavillion, sejam RM85...gile mahal).

Masa mula-mula masukkan kaki dalam kolam ikan tu...ish..cuak gak..kot-kot anak-anak ikan tu spesis piranha kang, tak kena naya.
Bila aku rendam je kaki kat dalam bekas tu...fuh...macam setahun tak makan, anak-anak kan tu kerumun kaki aku. Aku pun rasa kegelian lah pulak. Lama lah jugak baru aku
mendapat keyakinan diri..for the first 5 minutes tu, memang meremang je bulu roma, geli sebab terasa gigi dia kecik-kecik gigit kulit kat bahagian kaki tu. Tapi bila dah lama-lama tu rasa macam kena massage je. Lama gak lah aku menyerahkan tapak kaki aku tu kat ikan-ikan tu..dekat sejam gak. Oklah..aku suggestlah kalau ada kawan-kawan yang nak cuba, patut trylah (cubalah...kalau berani). Kalau sesapa yang tapak kaki macam ada kulit kasar-kasar tu, should try this method...sambil tu boleh relaks sikit.

Cerita pasal dinner lak..pergh...memang best. Adik ipar aku belanja kitorang makan seafood...ketam dan udang bakar, pas tu ada nasi dan ikan bakar jugak. Memang sedap..ketam dan udang bakar dia, memang berperisa, sambal cicah pun memang sedap. Pendek kata, licin lah segala yang ada malam tu. Tapi kitorang tapau je, makan kat hotel memandangkan anak-anak sema dah mengantuk.

Tapi kat Tiara Beach Resort tu, ada satu je lah masalahnya...TAKDE LIF. So kalau sesiapa yang berniat nak menginap kat situ dan rasa tak larat nak panjat tangga tu, elok infom diorang awal-awal. Kesian mak aku, naik pas tu just turun time balik ej...huhuhuhu...sorry mak..lain kali kita mintak tingkt bawh sekali eh...

On the way balik, ada gak menyinggah nak tengok rumah api, tapi tak jumpa. Pas tu singgah shopping kat pantai port dickson, oklah..adalah beli satu-dua barang termasuklah benda wajib yang mesti aku carik-FRIDGE MAGNET. Cuma satulah yang aku rasa tak syok..kat pantai PD tu, penuh sangatlah, sampai mencacatkan pemandanga yang cantik tuh. Tahlah, pembangunan memang merosakkan alam.

Oklah..pas tu kitorang jalan-jalan Nilai 3. Mak aku apa lagi...memborong sampai penuh satu kereta. Siap kata nak datang lagi bawak van tuh. Fuh...aduh, mak aku ni buat lawak ke? Tapi aku rasa macam betul-betul je.

Alang-alang dah share cerita, elok share gambar sekali. Tak dapat g langkawi, g PD pun ok. Maybe nak g jalan-jalan TELUK BATIK, sebab pantainya cantik, kos murah. Insyaallah.

* oh ya, gambar-gambar ni discrapkan oleh kak teh dr http://photoscrap2u.blogspot.com/. Bagi kredit sikit kat dia atas hasil kerja nya yang bravo!!







Thursday, May 14, 2009

Hidup tanpa FACEBOOK

FACEBOOK....FACEBOOK...FACEBOOK...

Sejak opis aku dah 'mengharamkan' FB ni , hidup rasa sunyi dan boring je. Mana taknya, kat situlah nak dengar cerita kawan-kawan lama, kawan satu sekolah lah, kawan-kawan kat tempat kerja lama lah, kawan-kawan masa belajar uitm dan jugak kawan-kawan seangkatan. Kat FB lah nak tahu minah ni dah nak kawin, minah tu lak baru kawin, yang ni tengah pregnant, yang tu lak baru je bersalin (twin lagi-alhamdulillah), yang kawan yang ni lak baru celebrate birthday anak lah, birthday hubby lah, baru balik bercuti lah, ada gak yang baru balik honeymoon...bla...bla...bla...

Sebab tu lah sekarang aku bertukar ke blog lak. Dulu nak menulis kat blog punyalah liat, kira tahap
kemalasan tu memang di luar kawalan lah, tapi skang, alhamdulillah, bolehlah nak berkongsi cerita. Kira kalau aku dok merapu kat sini, belum adalah lagi yang email aku dan menyatakan ketidakpuasan hati kat luahan aku ni. (hehehehe). Bak kata kawan aku, si Ogy : " Kak zur, jangan disia-siakan bakat menulis tu". Yelah, ada ke suruh aku tulis cerpen ke, novel ke...gile ke hape, manalah aku ada talent nak buat cerita bersiri panjang berjela macam tu, merapu je. Kang merosakkan industri penulisan negara je.

So bagi kawan-kawan yang masih lagi aktif berfacebook tu, selamat bersukaria lah ye. Aku ni, nak harap online malam, huhuhuu...entahlah. Masalahnya, bila aku tidurkan anak-anak aku, mesti terlelap sama, sampai pagi lak tuh. Aduh, macamana lah ye. So nak inform kalau ada kawan-kawan yang nak berkogsi cerita tu, just email je kat aku ye: zjzuriati@gmail.com. Atau mana yang tahu no phone, call je lah, lagi senang. Mana-mana yang dah bersalin, baru kawin, sambut birthday anak, email je lah gambar-gambarnye, atau korang park je lah gambar-gambar korang tu kat fotopages, bukan aku je boleh tengok, satu dunia pun boleh berkongsinya...hehehehe

adios..jumpa lagi kat next post..



Anak..oh...anak

Hari ni on the way hantar anak-anak ke nursery, si abang, Muqri, ternampak sebuah kereta sport yang sangat cantik kat simpang jalan. Dengan penuh semangat, dia kata:

Muqri: Mama, mama tengok kereta tu. Cantik kan?
Aku: Hmm..cantik..abang suka ke?
Muqri: Suka, nanti abang nak beli satu macam tu boleh ke, ma?
Aku: Boleh sayang...tapi nanti abang kenalah belajar pandai-pandai ye
Muqri: Yelah, abang nak pegi sekolah agama lah mama
Aku: Ye sayang, tahun depan mama bawak abang pegi daftar kat sekolah agama ye
Muqri: Mama, nanti abang nak beli kereta cantik dengan umah besar untuk mama tau
Aku: Iye? Betul ke? Abang nak beli untuk mama? Babah?
Muqri: Untuk babah jugak. Abg beli kereta, pas tu abg nak ajak babah naik kereta abg..
Aku: Habis mama, mcmn? Takkan mama duk kt umah je
Muqri: Mama duduk kat belakang , dgn adik..
Aku: ......

Tingginya imaginasi dia, tinggi lagi harapan aku. Bila kenangkan mcmn lah anak-anak aku bila dewasa, rasa takut pun ada. Yelah, nanti dia dah ada kehidupan sendiri, aku takut kalau-kalau mama dan babahnya ini dipinggirkan. Sampai satu tahap aku bagitau dia ' abang, nanti dh besar tinggl dengan mama ye, biar mama jaga cucu-cucu mama ye, abg kawin dgn pilihan mama ye..bla...bla..bla..;. Tah apa lagi aku mengarut kat dia, dia pun just angguk-angguk kepala sambil ternganga-nganga. Hahahaha..teruklah mama ni kan, sayang.

Itu baru cerita pasal sport car. Belum masuk topik dia nak naik jet nak pegi moon. Atau kereta Toyota Alphard tu boleh tukar jadi robot, macam dalam cerita Transformers tu. Atau dia nak belikan adiknya, Zara damia anak patung barbie yang dia nampak dalam katalog Toys'r'us. Huhuhuhu...Ya Allah, tak kiralah bagaimana masa depan anak-anakku di masa hadapan, tapi biarlah iman dan kepercayaannya tetatp pada-MU, Tuhan yang Maha Agung. Amin..

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Rabu

Hahahaha...apa ada dengan hari rabu, selain hari yang berada kat tengah-tengah minggu? Macam biasalah, bangun pagi, celik mata pikir kerja, anak-anak, duit dan business aku. Datang office tengok bertimbun je kerja atas meja..huh, nasib baiklah aku suka kerja aku. So, takdelah rasa terbeban sangat.

Malam tadi zara menangis lagi. Kesian anak mama, seksa sungguh nak tumbuh gigi ni ye. Punyalah lama menangis sampai kembung perut dia. Aku pun apa lagi, mulakanlah operasi menyelamat. Mula-mula aku gosok-gosok gusi dia dengan kain lembap, tak jalan, pas tu bagi gripe water, pun tak jalan, letak lak teething gel..tak jalan gak..last sekali, aku ambil ais tu seketul dua, letak dalam kain yg bersih, ikat dengan getah pas tu aku basahkan kain tu (dekat bahagian ketulan ais tu) dengan air sejuk, pas tu aku gosok-gosok kat gusi dia. Aik? Wah, nampaknya cara ni berkesanlah. Zara dia je..mula-mula dia taknak, siap geleng-geleng lagi, tapi bila dia dah rasa sejuk ais tu, mulalah seronok. Siap pegang tangan aku lagi, tak kasi keluarkan kain tu. Sampai cairlah ais tu digigitnya. Finally, aku bentangkan toto kat depan tv, pasang cerita Jim Jam & Sunny (favorite dia tu) yang dah aku rekodkan (nasib baik pakai Astro MAX- thanks yayang)..tengok-tengok..aiyaiyai..tak sampai 10 minit dah terlelap. Dengan mamanya sekali tertidur. Bila aku terjaga, tengok-tengok si abang, Muqri, pun join the club tidur kat luar. Hai anak-anak mama...

Esok dah khamis, then jumaat. Minggu ni hubby pegi lumut, ada treasure hunt. Aku tak kira, next year aku nak ikut gak. So weekend ni, tengoklah siapa yang akan datang menemani aku dan anak-anak kat umah. Maybe mak ke, atau adik lelaki aku yang study kt uitm tu.

Skang dah lunch, makan pizza dengan chicken wings+air pepsi (sihat sungguh diet aku). So now, get back to work. Nanti citer lagi..banyak betul nak citer nih...heheheh

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

10 May, aku rasa hari yang dinanti-nantikan oleh semua ibu-ibu di seluruh dunia. Pada semua ibu/mama/umi/bonda atau apa sahaja gelarannya, selamat hari ibu untuk semua. Tahniah kerana kita semua berpeluang mempunyai seseorang yang memanggil kita dengan panggilan emak/mama/ibu kerana di dunia ni, ada ramai lagi isteri-isteri yang belum berpeluang untuk bergelar ibu.

Buat emak tersayang, terima kasih atas kasih sayang, perhatian, didikan, semangat, sokongan dan segala kebaikan yang dicurahkan. Buat mereka yang sudah tidak mempunyai ibu, sedekahlah Fatihah kepada mereka dan teruskanlah berbuat kebaikan kerana setiap kebaikan yang kita lakukan, Insyaallah, akan membantu dia di alam sana.

A
gaknya beginilah yang dirasakan oleh ibu kita. Disaat anak tersayang mencium pipi, memeluk aku dan mengucapkan betapa mereka sayangkan aku, rasanya akulah orang yang paling bertuah di dunia. Memang, pada masa dan ketika itu, tak ada apa yang dapat menebus perasaan bahagia itu. Kalaulah diizinkan Allah, aku mahu melihat anak-anak membesar dan bersama-sama aku dan babahnya hingga ke akhirnya. Kalau diizinkan Allah, aku mahu mengajarnya mengaji, mengenal huruf-huruf jawi agar dia biasa membaca dan memahami kitab suci Al-Quran, mengajarnya menulis, mewarna, membaca dan selawat syifa yang sangat digemarinya. Kalau diiizinkan Allah, aku mahu menyuapkan dia, memandikan dia, menidurkan dia, menemaninya menonton tv dan bermain, melayan segala pertanyaan nya biarpun ia satu soalan yang paling sukar untuk dijawab oleh kebanyakkan ibu-ibu didunia ini- " mama, adik zara tu datang dari mana"...fuh!!

Melihat dia bermain bersama adiknya, membuat aku terfikir betapa bertuahnya aku, di usia begini, aku dikurniakan Allah 2 orang cahayamata dalam jarak yang dekat. Benar, pada mulanya hanya Allah yang tahu betapa sukarnya nak menguruskan mereka tapi aku terfikir, mungkin Muqri memang memerlukan teman bermain, sebab itulah dia sangat gembira melayan karenah zara, adiknya. Yang si adik pula, apa sahaja yang dilakukan oleh sang abang, akan diikut dengan gelak ketawa. Syukur Ya Allah, KAU berikan peluang ini untuk aku bergelar ibu, di saat ramai teman-temanku yang masih lagi terlalu sibuk dengan kerja, sehingga tidak pernah terfikir betapa bahagianya bergelar seorang mama.

Aku coretkan pengalaman ku ini untuk dikongsi bersama mereka yang belum berpeluang untuk bergelar seorang mama atau bakal bergelar mama, ketahuilah, bila kalian melihat anak-anak yang berjiwa murni ini membesar di hadapan mata, bila kalian melihat anak-anak kecil ini ketawa gembira, bila anak-anak ini menang
is dan mencari riba kamu untuk menghamparkan segala kesedihan mereka, cubalah pejamkan mata dan rasai kehangatan perasaan di dalam diri, peluklah anak itu, ciumlah mereka dan ingat, itulah anugerah dan amanah ALLAH, yang hanya diberi kepada insan yang terpilih! Amati wajah jujur mereka dan cubalah renung jauh ke dalam mata dan hati mereka, itu darah dagingmu...itu zuriatmu...itulah diri kamu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts